KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) — Kementerian Pelajaran akan mengkaji terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan program e-Book yang dilancarkan di Terengganu, Isnin sebelum diperluas dalam sistem pendidikan negara, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Terengganu merupakan negeri perintis kepada program e-Book yang menyediakan komputer riba kepada pelajar bagi menggantikan buku sekolah.
“Ini merupakan satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Saya difahamkan ia agak mahal, jadi kita akan lihat dahulu bagus atau tidaknya penggunaan e-Book ini.
“Kalau ia bagus, kita akan pertimbangkan penggunannya untuk masa depan,” katanya pada majlis pelancaran e-Book di sini.
Alimuddin berkata keberkesanan projek tersebut hanya dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan sebaik ia mula digunakan oleh murid darjah lima di Terengganu Mei ini.
Kementerian turut melihat projek e-Book sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid, katanya.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kilang pemasangan komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini dijangka siap Mac ini.
Seramai 23,000 hingga 25,000 murid tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua dan satu, katanya.
Beliau berkata fasa kedua program e-Book akan melibatkan pelajar sekolah menengah Terengganu.
Katanya kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek tersebut.
“Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan kita akan pastikan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Book sebelum mengedarkannya ke negeri lain,” katanya.
Ahmad berkata beberapa buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan e-Book dan membeli komputer dari Terengganu.
— BERNAMA
[…] Program E-book Dilancar Di Terengganu – https://alamakademik.wordpress.com/2009/01/12/program-e-book-dilancar-di-terengganu/ […]
[…] Posts Program E-book Dilancar Di Terengganu Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman15,000 komputer riba, e-book diagih ke sekolahTerengganu Cipta […]
[…] Posts Program E-book Dilancar Di Terengganu Terengganu Cipta Sejarah Lancar E-bookTaman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman15,000 komputer riba, […]
MANA ADIL KERAJAAN TERENGGANU BAGI EBOOK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG BILA NAK DAAAAPAT DAH NAK HABIS SEKOLAH NIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
APSAL KITA DAPAT E-BOOK AKHIR TAHUN?
Salam. Saya merupakan penjaga kepada saudara saya yang menerima e-book di Sek. Keb. Bukit Gasing baru-baru ini. Pada mulanya saya amat tertarik dengan idea Menteri Besar Terengganu tentang e-book ini dan cemburu kerana kanak-kanak di KL (kerana saya lahir di KL) yg dikenali dengan “advanced” tidak dapat merasa penggunaan e-book ini.
Tetapi,sebenarnya penggunaan e-book memberikan impak yang agak kuat t’hdp kanak2 ini dan boleh saya katakan negatif. Dimana mereka tidak boleh berenggang dengan e-book. Dan hanya main game + mendengar lagu. Saya juga melihat e-book dilengkapi dengan wifi. Ini membimbangkn pihak ibu-bapa kerana ditakuti anak2 tidak perlul lagi ke cyber cafe, tetapi ke “kopitiam” dan sebagainya yang mempunyai khidmat wifi semasa ketiadaan ibu bapa dirumah.
Saya adalah salah seorang penjaga yang melihat kepada “contra” penggunaan e-book. (dimana semua org mesti tgk pro nye). Pada pendapat saya, mungkin pihak pendidikan terengganu perlu meneliti dengan lebih mendalam tentang penggunaan e-book ini.
Dan saya juga ada mendengar, sekiranya e-book rosak, takde maintenance. Akan masuk ke stor. Adakah setiap penerima e-book menandatangani perjanjian dimana sekiranya ia rosak, ia perlu diganti atau di bayar kos pembaikan? seperti buku juga?
Mungkin Terengganu ingin mengurangkan penggunaan kertas, iaitu satu langkah untuk menghijaukan alam kita.
Pendapat saya,sekiranya ingin menggunakan e-book,perlu dilakukan pada pelajar tahun 4. jadi mereka mempunyai masa yang lebih sedikit untuk serasi dengan penggunaan e-book ini.
selepas ni, Terengganu perlu sediakan spek mata percuma lah ya??
Tapi apa2 pun… e-book adalah idea “1 step ahead” congrats terengganu.
*** boleh komen tak apa yg sy tulis? TQ**
aku nk jadi administator aku nk pass trg!!!!!!!