Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Chukai’

from Nature Lover: http://sirdirahaza.blogspot.com/2009/07/in-memory-of-nadrah-maria-hertogh.html

Nadrah Maarof or Maria Bertha Hertogh passed away at the age of 72 due to leukemia.

She was adopted by one Malay Lady by the name of Aminah Mohd from Kg Banggol, Chukai, Kemaman. It was the village where my grandmother raised her children and where my mother and my aunties grew up.

In Banggol she spent her childhood days as an active girl doing what other girls were doing. She went to Quran reading classes, was active in sports.

What surprised me most was the fact that she was very close to my aunties, arwah Mak Cik Som and Mak De Hitam. I have seen her pictures with both of them when I was still in school.

The sad thing about Nadrah was that she was forced to change her faith. There was very little that we could do that time for we were being ruled by the colonials.

Her parents’ greatest mistake was to bring her to Singapore. Many said that things would have been different if she stayed in Kemaman.

We did not have power then.

Her adopted parents’ attempt to keep her by marrying her off also did not help her case.

We knew how she had suffered being forced to leave her legally wedded husband and change her faith from being a Muslim to a Christian.

May she rest in peace.

*******************************

Posting berkaitan:


Advertisement

Read Full Post »


KEGIATAN membuang sampah di Kampung Gelugor menyebabkan pelajar sekolah ‘berkawan’ dengan ribuan lalat.

Tapak dibuka 2006 jejas hutan bakau, ternakan ikan sangkar

CHUKAI (Berita Harian): Walaupun pelbagai agensi dan badan sukarela mengambil inisiatif untuk memelihara khazanah marin negara termasuk hutan bakau, semangat itu tidak dapat dizahirkan pihak berkuasa di sini apabila sebuah tapak pelupusan yang dibuka di Kampung Gelugor, Kertih bukan saja mengganggu aktiviti seharian penduduk, malah turut menjejaskan ekosistem hutan paya bakau di kawasan itu.

Lebih menyedihkan, bersebelahan tapak pelupusan sampah yang mula dibuka pada 2006 itu, terletak beberapa sangkar ikan milik pengusaha tempatan yang kini berhadapan risiko menanggung kerugian ternakan mereka mati berikutan sisa cemar air sampah mengalir ke sungai selepas hujan.

Selain memberikan kesan negatif terhadap kualiti air sungai berikutan aliran masuk sisa cemar air sampah, penduduk termasuk pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gelugor pula terpaksa menghidu bau busuk sampah serta ‘berkawan’ dengan ribuan lalat yang menjadi fenomena baru yang sangat tidak menyenangkan mereka sejak kewujudan pusat pelupusan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gelugor, Wan Engah Mohtar, 53, berkata masalah itu bukan hanya membabitkan penduduk Kampung Gelugor tetapi juga dua lagi kampung berhampiran iaitu Kampung Telaga Papan dan Kampung Tengah.

“Masalah yang membelenggu kami adalah gangguan bau busuk dan keadaan menjadi terlalu tidak menyenangkan selepas hujan kerana selain busuk kami juga diserang lalat. Kami juga bimbang pencemaran sisa air sampah akan menjejaskan sumber pencarian penduduk yang bergantung kepada hasil sungai,” katanya.

Wan Engah berkata, pihaknya sudah mengajukan aduan kepada MPKn (Majlis Perbandaran Kemaman) dan maklum balas yang diterima menyatakan pusat pelupusan sampah itu akan ditutup.

“Namun apa yang mengecewakan, sehingga hari ini aktiviti pembuangan sampah masih berterusan dan seolah-olah maklum balas yang mereka nyatakan sebelum ini hanya sekadar menyedapkan hati penduduk,” katanya.

Wan Engah berkata, kesan daripada aliran sisa cemar air sampah ke dalam sungai berhampiran, pengusaha ikan dalam sangkar di kawasan itu mendakwa banyak benih ikan yang mati berikutan penurunan kualiti air kesan pencemaran daripada pusat pelupusan sampah berkenaan.

Katanya, penduduk juga mendapati sejak kebelakangan ini hasil tangkapan mereka semakin berkurangan sedangkan kawasan itu sebelum ini kaya dengan pelbagai spesies ikan serta ketam nipah.

“Selain itu, penduduk turut menjalankan aktiviti menanam semula bakau dengan kerjasama Ecocare, sebuah pertubuhan yang diwujudkan dengan kerjasama syarikat berkaitan minyak Optimal dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk memastikan kelangsungan hidupan marin di pesisir pantai Kertih.

“Tapak pelupusan sampah di kawasan itu memberi kesan yang negatif dan mengganggu usaha yang dijalankan penduduk terutama untuk menanam semula bakau kerana banyak anak bakau yang mati kerana kualiti air yang tercemar,” katanya.

Pengerusi JKKK Kampung Telaga Papan, Jusoh Mamat, 60, pula berkata masalah tapak pelupusan sampah yang mengganggu kehidupan kira-kira 3,000 penduduk sekitar itu sering dibangkitkan dalam setiap mesyuarat JKKK.

“Kami sudah muak dengan janji manis MPKn untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia masih lagi berlarutan dan sampah masih lagi dibuang di kawasan berkenaan sedangkan dalam surat maklum balas mereka kepada JKKK, masalah itu akan diselesaikan dan kawasan pelupusan sampah akan dipindahkan ke kawasan lain yang lebih bersesuaian.

“Bagaimanapun, hingga kini, tiada sebarang perubahan dan tapak pelupusan sampah itu masih terus beroperasi dan memberikan kesan negatif terhadap persekitaran kerana menyebabkan bau busuk dan menjadi tempat pembiakan lalat,” katanya.

Read Full Post »

Petanda tidak sedap hati

CHUKAI: “Saya memang rasa tak sedap hati ketika pulang dari masjid sehingga beberapa jiran datang untuk memaklumkan rumah saya terbakar,” kata Sidek Embong, 84, mangsa kebakaran membabitkan tiga rumah papan di Kampung Banggol, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia kemudian bergegas pulang untuk menyelamatkan isteri dan tiga cucunya yang dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran itu yang menyebabkan rumah didiaminya sejak hampir 50 tahun lalu musnah.

“Saya bersyukur isteri dan cucu saya diselamatkan seorang waris yang ada di tempat kejadian ketika itu. Isteri saya cedera ringan di tangan akibat melecur ketika cuba diselamatkan,” katanya ketika ditemui.

Adik Sidek, Fatimah Embong, 65, berkata selepas mengesan kebakaran bermula dari bilik abangnya, dia menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Bomba yang tiba lima minit kemudian berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah jiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Kamerul Bieza, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.40 petang dan seramai 13 anggota dikerah untuk mengawal kebakaran.

“Punca kejadian masih disiasat dan jumlah kerugian ditaksirkan kira-kira RM260,000 membabitkan kemusnahan tiga rumah serta kenderaan mangsa,” katanya.

Read Full Post »

CHUKAI (Sinar Harian)- Musim buah durian kini kembali apabila semua gerai menjual ‘raja buah’ itu di tepi jalan sekitar Bandar Chukai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, semua gerai menjual durian terdiri daripada pelbagai saiz dan harga yang dijual berbeza-beza.

Penjual durian, Che Wan Mahmud Che Wan Harun, 54, berkata, durian yang dijual mengikut saiz dan gred durian itu dikategorikan seperti 24 D dan sebagainya.

“:Ada durian yang berharga RM5 sebiji, jika tinggi gred, semakin mahal harganya,” katanya.

Setiap hari Che Wan harun menjual antara 70 hingga 100 biji durian.

Bekalan durian diperoleh daripada pembekal yang mempunyai kebun di sekitar Daerah Kemaman.

“Ramai pelanggan luar singgah di gerai membeli durian dan mereka tidak kisah menghabiskan wang asalkan dapat menikmati ‘raja buah’,” katanya.

Menurut Che Wan Mahmud, orang ramai boleh menikmati durian sepanjang tempoh dua bulan kerana musim buah durian gugur bermula awal bulan ini hingga hujung Ogos 2009.

Read Full Post »

Alam Akademik akan mengadakan jualan luar di Tadika An Nur di Kerteh (antara Balai Polis dan masjid) pada 28 Mei 2009 (Khamis).

Sila hadir untuk mendapat promosi pelbagai buku dan peralatan tulis. Terdapat promosi istimewa untuk beberapa buku cerita kanak dalam Bahasa Inggeris.

Datanglah rebut peluang.
Hubungi Sham [012-964-6800] untuk maklumat lanjut.

Read Full Post »

CHUKAI (Sinar Harian) – Kewujudan hentian bas lama di Bandar Chukai menimbulkan tanda tanya kerana ada penduduk menyokong hentian bas itu dirobohkan, dan ada juga pembaca membantah kerana ia dikatakan mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Sinar Harian pernah menyiarkan berita ini akhir tahun lalu dan reaksi yang diterima daripada orang ramai amat memberangsangkan.

Seorang pengguna bas di kawasan ini, Junaida Jusoh, 29, berkata, sudah tiba masanya Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengubah wajah hentian bas berkenaan bagi menarik perhatian pelancong luar.

“MPK boleh bina hentian bas dua tingkat supaya semua operasi membabitkan bas tertumpu di sini.

“Ini bagi mengelakkan kekeliruan pengguna berikutan di sini terdapat satu lagi hentian bas iaitu di Geliga,” katanya.

Menurut Junaida, pemandangan di kawasan hentian bas itu bagaikan bandar lama kerana bangunan di hadapannya juga adalah bangunan lama.

“Kawasan hentian ini wajar dibangunkan semula kerana jalan sekitarnya sering menjadi tumpuan pelancong luar yang menginap di beberapa buah hotel di sini,” katanya.

Namun, seorang warga emas, Teh Awang, 65, membantah cadangan pengubahsuaian hentian bas itu kerana kawasan berkenaan mempunyai nostalgia menarik untuk dikenang generasi akan datang.

“Saya hidup pada era pembangunan Kemaman sekitar tahun 1960.

“Ketika itu, kawasan hentian ini menjadi lokasi tumpuan walaupun peredaran masa menyaksikan banyak tempat sudah diubahsuai,” katanya.

Teh berharap Hentian Bas Chukai tidak dirobohkan untuk membina kawasan hentian baru kerana apa yang penting adalah pengubahsuaian bukan dimusnahkan.

“Bagi orang lama seperti saya, tempat itu banyak sejarahnya, dan bangunan lama di hadapan hentian bas ini sudah wujud sejak zaman Jepun memerintah Tanah Melayu pada 1942.

“Saya harap bangunan itu tidak dirobohkan kerana nilai sejarahnya amat tinggi kepada masyarakat hari ini,” katanya.

Read Full Post »

KEMAMAN 14 Mei (Utusan Malaysia) – Sebuah bangunan baru setinggi empat tingkat akan dibina di Hospital Kemaman di sini untuk menampung pesakit sejajar dengan pertambahan penduduk di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, selain bangunan baru, beberapa pakar perubatan juga akan ditambah untuk kemudahan pesakit.

”Kerajaan akan mengambil alih tanah berhampiran hospital berkenaan untuk tujuan pembinaan bangunan baru itu tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Terbuka Hospital Kemaman di pekarangan hospital itu hari ini.

Menurutnya, pada masa ini Hospital Kemaman mempunyai sembilan pakar perubatan untuk pesakit kronik.

“Kita juga bercadang untuk menambah beberapa bilik bedah terutama untuk pembedahan jantung supaya pesakit tidak perlu ke Kuantan, Pahang atau Kuala Terengganu untuk rawatan,” katanya.

Beliau memberitahu, Hospital Kemaman masih memerlukan 40 pegawai perubatan bagi merawat antara 150 hingga 200 pesakit sehari.

Read Full Post »