Feeds:
Posts
Comments

Archive for January 30th, 2009

KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) — Services application provider, SOAK Technologies Sdn Bhd will invest RM200 million over three years to establish a high speed broadband access network to meet the demands of present day customers.

Its chief executive officer, Norhisham Mohamad Noor said SOAK planned to offer sophisticated telecommunication services that met the demands of customers whose priority was fast and beyond border communications.

“Our vision is to built a broadband access that is safe and can be relied on based on a 2.3 gigahertz spectrum in collaboration with foreign and local partners to maximise infrastructure capacity and current partnership,” he told reporters after the launch of SOAK’s brand here today.

Norhisham said as a supplier of network applications, SOAK will provide additional services such as Internet Protocol (IP) telephony services, IP management, virtual private network and information communiation application services.

He said SOAK’s target markets including residential homes, business premises and mobile customers were expected to boost the company’s prospects and income in the next few years.

SOAK Technologies, which received its service provider license last year, was established by Datuk Syed Omar Abdul Kadir, a member of the Terengganu Islamic Religious Council committee.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 30 Jan (Bernama) — Program Tahun Melawat Terengganu 2008 [TMT 2008] berjaya menarik 3.528 juta pelancong ke negeri itu sepanjang tahun lepas, meningkat sebanyak 24 peratus berbanding 2.8 juta pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Za’abar Mohd Adib berkata peningkatan itu adalah hasil pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan termasuk 25 program besar sempena TMT 2008.

Beliau berkata antara program besar yang menarik pelancong ke negeri ini ialah Pesta Mencandat Sotong, Kejohanan Kuda Lasak Dunia di Lembah Bidong, Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun dan cabaran Rain Forest.

“Pada awal tahun saja, Terengganu telah dikunjungi beribu-ribu pelancong dari dalam dan luar negara sempena perasmian Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata kira-kira 380,000 daripada jumlah pelancong itu terdiri daripada pelancong asing, kebanyakannya dari Singapura, China, Taiwan dan Eropah.

Za’abar berkata Terengganu mensasarkan untuk menarik empat juta pelancong pada tahun ini dan bagi tujuan itu kerajaan negeri akan mengadakan promosi bergerak di Pulau Pinang dan Singapura.

“Kita juga akan mengadakan iklan di pintu-pintu masuk negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tempat-tempat yang strategik bagi menarik pelancong ke Terengganu,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

Program Combi mampu kawal wabak, turunkan bilangan penghidap

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 103 kes demam denggi, termasuk empat denggi berdarah dilaporkan di Terengganu sehingga 25 Januari lalu, berbanding 127 kes dengan lima denggi berdarah bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata walaupun berlaku penurunan kes sebanyak 18.9 peratus sepanjang tempoh itu, jumlah kes masih dianggap tinggi dengan Kuala Terengganu mencatat kes terbanyak iaitu 42.7 peratus, Kemaman (20.4 peratus) dan Dungun (15.5 peratus).

Katanya, walaupun pelbagai usaha dan langkah pencegahan diambil pihak berkuasa, jumlah kes denggi terus meningkat apabila 1,713 kes dicatatkan dengan tiga kematian tahun lalu, berbanding 1,279 kes dengan tiga kematian pada 2007.

Beliau berkata, pemantauan dan siasatan jabatan mendapati, 80 peratus daripada lokaliti yang melaporkan kes demam denggi mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes yang tinggi.

“Seperti diketahui, demam denggi berjangkit melalui gigitan nyamuk aedes. Justeru, langkah pencegahan yang berkesan dan mengawal jangkitan denggi adalah dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.

“Jentik-jentik atau larva tidak akan mati oleh kesan kerja mengasap. Oleh itu, orang awam diminta mengambil tindakan aktif untuk memeriksa dan memusnahkan semua tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah.

“Musim hujan serta kurangnya penjagaan kebersihan persekitaran meningkatkan lagi kewujudan nyamuk aedes. Kepadatan penduduk yang tinggi juga menyumbang pertambahan bilangan kes denggi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan mendapati kawasan yang mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran kediaman dan memusnahkan tempat pembiakan aedes secara rutin melalui Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) berjaya menurunkan bilangan kes.

Katanya, ketika ini terdapat seramai 260 sukarelawan Combi di 13 penempatan di seluruh negeri bagi memantau dan mengaktifkan program itu di kawasan mereka dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

Dr Nordiyanah berkata, pada masa ini, hanya 38.6 peratus pesakit denggi mendapatkan rawatan dalam tempoh tiga hari selepas mengalami demam dan langkah rawatan awal yang diambil membolehkan pencegahan dengan melakukan kerja mengasap kawasan terbabit.

“Orang ramai yang disyaki menghidap denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Rawatan awal ini akan memastikan rawatan segera boleh diberikan. Ia juga akan memudahkan pengesanan kes dan seterusnya aktiviti pencegahan dan kawalan denggi yang lebih berkesan.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, Jabatan Kesihatan mengadakan pemeriksaan dan penguatkuasaan berterusan di 173,877 premis yang dilaporkan ada pembiakan jentik-jentik dengan 1,004 atau 0.6 peratus didapati positif dengan pembiakan aedes.

Read Full Post »