Alam Akademik adalah kedai buku yang tertua di negeri Terengganu. Mulanya diasaskan oleh seorang pedagang dari Yunan, China, Haji Abdullah al-Yunani (dikenali ramai sebagai Pok Loh Yunang), yang menetap di Terengganu pada awal kurun ke 20.

Cop bulat asal yang dicop pada setiap buku yang dijual di Keda Pok Loh (ihsan Wan Ahmad Hulaimi @ Awang Goneng - Growing Up in Terengganu)
Selepas menghampiri satu abad, walaupun masih kekal di tapak asal, Keda Pok Loh Yunang yang kini dimiliki dan diuruskan oleh salah seorang cucu Pok Loh sendiri telah banyak berubah. Namanya mula ditukar kepada Kedai Buku Ahmad Omar pada tahun 1970an. Untuk meletakkannya lebih maju sesuai dengan keperluan pendaftaran syarikat, ianya melalui satu proses penjenamaan semula (rebranding) pada akhir tahun 1980an dan kini dikenali sebagai Alam Akademik Sdn Bhd.
Selain dari perubahan pada nama kedai, perubahan yang amat ketara ialah suasana dalaman yang amat mengamit pengunjung. Kedai yang penuh berhawa dingin beserta dengan cahaya yang terang memberi suasana nyaman dan selesa untuk pengemar buku.
Dengan disambut mesra oleh kakitangan kedai, Alam Akademik menyediakan pembayaran melalui kad kredit. Potongan harga yang bersesuaian diberi untuk kebanyakan buku kecuali alat tulis, buku teks, majalah/akhbar dan al-Quran.
Di tingkat atas yang berlantaikan karpet membolehkan pengunjung duduk bersila atau di atas bangku yang disediakan. Di tingkat atas ini turut digemari pengunjung kerana terdapat pilihan pelbagai buku agama dan rujukan. Ianya juga menempatkan ruang khas untuk buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kunjungilah kami di:
No. 12 Jalan Bandar/Kg. China 20100 Kuala Terengganu Tel: 09-623-6329 Faks: 09-623-0111 emel: akademik@streamyx.comLaman blog: https://alamakademik.wordpress.com/
Laman Sesawang: http://alamakademik.bravehost.com/
Untuk peta klik di sini.
Di antara perkhidmatan selain jualan buku ialah:
- Perkhidmatan fotokopi
- Perkhidmatan kiriman faks
- Jualan pelbagai peralatan tulis dan persekolahan
- Pelbagai peralatan untuk lukisan dan kraf
- Alat Bantu Mengajar
- Perabut sekolah/pejabat dan perpustakaan
- Alat perhubungan
[…] Alam Akademik […]
[…] kasih kepada Abg Karim dari Alam Akademik kerana bawak balik buku ini, dah lama kepingin untuk baca buku nih, cuma dekat kedai buku sekitar […]
nak taye ada tak novel seorang tua di kaki gunung… sy nak beli tp tak de dijual pun.
mcm mane nk dptkan novel tu