Feeds:
Posts
Comments

Archive for January 7th, 2009

PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) — Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusannya sama ada mengarahkan pilihan raya kecil bagi kawasan negeri Ladang (Terengganu) diadakan atau menolak petisyen Umno Terengganu mencabar keputusan pilihan raya berkenaan.

“Kami menangguhkan keputusan, kami akan memberikan alasan penuh dan memberitahu pihak-pihak terbabit,” kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim-hakim Datuk Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, selepas mendengar hujah dari semua pihak terlibat.

Dalam pilihan raya umum lepas, Tengku Hassan dari PAS mengalahkan Datuk Wan Hisham Wan Salleh dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis 31-undi.

Ketua cawangan Umno Lorong Kemunting Mahari Endut yang tidak puashati dengan keputusan itu, mengemukakan petisyen pada April meminta semakan dan kiraan semula 127 undi pos yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari mengundi 8 Mac.

Beliau menamakan pegawai penyelia pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Md Razali Kassim, SPR, dan Adun Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai responden.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak petisyen itu selepas memutuskan bahawa pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya yang kerani SPR tidak menjalankan tugasnya dalam pengendalian undi pos.

Datuk Muhammad Shafee Abdullah, bagi pihak perayu, Mahari, berhujah bahawa kerani SPR telah cuai dalam mengeluarkan undi-undi pos menerusi kegagalannya menulis nombor siri pada Sampul Surat A dan Borang 2.

Akibat kecuaian itu, 127 undi pos ditolak kerana nombor siri tidak dinyatakan seperti dikehendaki oleh Aturan 7 Peraturan Pilihan Raya (Undi Pos), kata beliau.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Mohd Said menjawab bahawa kes itu diputuskan dengan betul oleh kerana terdapat bukti semasa perbicaraan bahawa nombor siri ditulis menggunakan pensil pada Sampul Surat A dan Borang 2.

Tengku Hassan diwakili oleh peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

— BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Hrkh) – Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menjangkakan bahawa akan berlaku pertukaran kerusi daripada BN kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang.

“Saya percaya akan berlaku pertukaran kerusi ibarat ‘sky change’ kerana dalam tempoh 10 bulan ini, BN telah gagal untuk mendengar mesej daripada rakyat dan tsunami politik pada Mac tahun lalu,” ujarnya kepada pemberita pada majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil parlimen Kuala terengganu di Stadium Negeri semalam.

Ditanya mengenai mesej DAP kepada pengundi Kuala Terengganu, bahawa proses pemilihan ahli parlimen ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Mesej yang hendak disampaikan adalah pilihan raya ini adalah untuk kepentingan masa depan bukan sahaja penduduk di Kuala Terengganu sahaja, malah rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau juga berpesan kepada pengundi bukan Melayu agar menganggap PRK ini adalah suatu peluang dan akan menjadi sejarah bahawa akan berlaku tsunami politik yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

“Kepada pengundi bukan Melayu, anggaplah ini adalah satu peluang untuk mencipta sejarah kerana akan berlaku tsunami politik yang lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang,” tegasnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur tersebut optimis bahawa PAS akan berjaya memenangi pilihan raya kecil ini dengan sokongan dan dokongan yang ditunjukkan oleh pakatan Rakyat serta masyarakat setempat khususnya pengundi bukan Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut. – mks. _

Read Full Post »

Juga didapati dalam bahasa Melayu dari Bernama: https://alamakademik.wordpress.com/2009/01/07/23-belia-amerika-mengajar-di-terengganu/

KUALA LUMPUR (NST): Margaret Meyer decided to come to Terengganu to teach English after reading the New Straits Times.

“I was reading the paper on-line for research purposes and was drawn to Malaysia,” said the 22-year old from South Carolina.

She is among 23 American graduates who are here to teach English in 23 schools in Terengganu for 10 months under the Fulbright English Teaching Assistants (ETAs) programme.

The programme in Malaysia is jointly sponsored by the United States State Department and the Terengganu government.

The state government is providing about RM750,000 for the programme, which cost RM1 million this year, said Dr James Coffman, executive director of the Malaysian-American Commission on Education Exchange (Macee), which administers the programme.

This is the fourth year of the American-Terengganu collaboration to provide students with native English speakers since 2006.

Coffman said this year had the highest number of ETAs here because “the state government wants to extend the programme to more schools”. In 2006, 10 graduates took part; in 2007, 13; and last year, 12.

On why the programme had only been held in Terengganu, he said it was because the state government was willing to fund it. “Typically, the local sponsor has to come up with about 75 per cent of the programme cost.”

He said that from past experience, Terengganu students had no problems learning from their American teachers.

“It did not take too long for the students to get accustomed to the ETAs because Malaysian kids grow up listening to American English on television, so the accent is not completely new to them.

“The difficulty was to make them overcome their shyness and speak in English,” he said.

The American ETAs go through a rigourous selection process to get on this programme, Coffman said.

“It’s a long application process and very competitive. You can only choose one country. So all those you see here have applied to come to Malaysia.”

The American graduates arrived on Monday and are undergoing a three-day orientation course here.

They leave for Kuala Terengganu on Friday for a two-week orientation stint, which includes Bahasa Malaysia classes, before they start teaching.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU: An acquired taste for Asyura porridge may be a pre-requisite for candidates vying for the forthcoming Kuala Terengganu parliamentary by-election.

This is because the rice dish that includes meat, corn, nuts, fried and grated coconut, sugar and spices is a local favourite during Muharam or the first month in the Islamic calendar.

Mohd Abdul Wahid Endut, the Pas candidate for the by-election, started his meet-the-people-session yesterday at a community Asyura porridge cook-out in kampung Gong Tok Nasek near here.

Only after that did the 52-year-old Wakaf Mempelam state assemblyman make his way to Jalan Zainal Abidin to join a group of volunteers to repair the house of a resident.

Barisan Nasional (BN) candidate Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, who began touring the district more than a week earlier, has openly declared his love for the delicate taste of the porridge.

His visit to a community porridge cook-out in Kampung Pasir Panjang yesterday was his fifth feasting of the dish since Awal Muharram on Monday and will certainly not be his last judging by the number of functions involving Asyura porridge on his schedule.

Earlier in the day, he joined a gotong-royong to clean up the area around Batas Baru Flat before visiting the residents of Wisma Pantai Flat in Jalan Sultan Zainal Abidin.

In between, Wan Farid shared a few laughs with Kampung Tanjung residents in a free haircut session where he also tried to showcase his hair styling “skills”.

Hundreds of schoolchildren and a handful of adults benefited from the community programme held in conjunction with the opening of the new school term.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (NST): Roses came to the rescue of Pas Kuala Terengganu parliamentary by-election candidate Mohd Abdul Wahid Endut when meeting voters in Kampung Cina recently.

Admittedly nervous about meeting the women there to introduce himself, Wahid was wondering what to do as he did not want to shake hands with the fairer sex.

He did the next best thing. He said it with roses.

“At first I was not so sure about greting the women in Kampung Cina, but luckily someone handed me a bouquet of roses.

“So every time the women held out their hand, I handed them the flowers.

“It really helped me. I am considering using flowers again, but maybe not roses. They are expensive. Next time around, it might be oranges,” he told the New Straits Times.

Wahid said the meet-the- people session went well as he observed the Chinese community here had less reservations towards a Pas candidate. Some even remembered him campaigning in the constituency many years ago.

In 1986, Wahid lost to Barisan Nasional candidate Datuk Tok Teng Sai, a former state MCA councillor for the Bandar state seat.

This time round he will be facing candidate, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Wahid was accompanied by Seputeh MP Teresa Kok.

An observer noted that the women were very happy to receive the flowers.

Read Full Post »

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Sebuah negeri Islam konservatif, musim tengkujuh dan pulau-pulau indah.

Begitulah gambaran awal yang ada dalam pemikiran sekumpulan belia Amerika Syarikat yang akan mengikuti program sebagai pembantu pengajar bahasa Inggeris (ETA) selama 10 bulan di Terengganu.

Meskipun mereka mungkin mengalami kejutan budaya berikutan latar belakang kehidupan yang berbeza, sekumpulan 23 peserta berusia antara 22 dan 33 tahun amat teruja dan bersedia menimba pengalaman baru budaya dan tarikan Terengganu.

Mereka akan ke Terengganu pada Jumaat dan ditempatkan di 23 sekolah kerajaan di negeri itu.

Seorang peserta, Khadijeh Zarafshar, 22, seorang penuntut jurusan bahasa Inggeris dari Georgetown University, Washington D.C. berkata tugasannya itu akan memberi beliau peluang untuk meneroka dan mempelajari lebih banyak tentang pelbagai budaya Malaysia daripada rakyat tempatan.

Beliau memilih Malaysia kerana “ia sebuah negara yang pelbagai budaya dan mahu mengalami sendiri bagaimana orang Islam hidup bersama dengan mereka yang berlainan agama.”

“Saya dengar negara ini cantik dan saya terpesona dengan budaya Malaysia. Walaupun ia sebuah negara Islam, budayanya pelbagai berbanding dengan negara-negara Islam lain di Timur Tengah,” katanya.

Elizabeth Bowen, 22, berkata program itu pastinya akan memberikan pengalaman baru kerana beliau akan mempelajari budaya baru dan berkongsi pengalamannya dengan para pelajar.

Ditanya mengapa beliau memilih Malaysia, Bowen berkata beberapa rakannya pernah melawat negara ini dan amat menghargai cara kehidupan di Malaysia.

“Berdasarkan kepada penyelidikan yang saya lakukan sebelum datang ke Malaysia, saya dapati Terengganu adalah sebuah negeri konservatif, maka saya akan memakai baju kurung semasa ke kelas sebagai tanda hormat saya kepada budaya tempatan,” kata penuntut University of Pittsburgh itu.

Seorang lagi peserta, Matt Skarzymski daripada University of Santiago, beliau tidak sabar untuk menikmati kesenonokan dan alam semula jadi tempatan.

“Saya amat teruja mengenai pengalaman baru yang akan saya alami dan berasa tidak sabar untu memulakan pengembaraan saya di negara ini,” katanya bersemangat.

Skarzymski berkata beliau memohon untuk ke Malaysia selepas jatuh cinta dengan rantau ini semasa mengikuti program pertukaran pelajar di Thailand pada 2006.

Program ETA yang bermula pada 2006 dengan hanya 10 peserta merupakan inisiatif yang dibiayai oleh Kerajaan Terengganu dan Jabatan Negara Amerika.

“Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan pelajar tempatan dan menjalin hubungan erat serta pemahaman budaya antara rakyat Malaysia dan Amerika,” kata Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) dan Koordinator program, Dr James Coffman pada sidang akhbar.

“Berdasarkan pengalaman kami, program ini berjaya kerana pelajar tempatan dapat meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »