TERBARU DARI AWANG GONENG …
SEDIA MENGAMBIL TEMPAHAN SEKARANG RM35.90
Maklumat lanjut dan terkini di http://daruliman.wordpress.com/
Karim 019-3199-788
Posts Tagged ‘Growing Up in Trengganu’
Buku Terbaru Awang Goneng: A Map of Trengganu
Posted in Promosi-Jualan, tagged A Map of Trengganu, AMoT, Awang Goneng, Growing Up in Trengganu, GUiT on March 26, 2011| Leave a Comment »
Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuhkan
Posted in Alam Akademik, kebudayaan-warisan, Kerajaan, Sejarah, tagged Alam Akademik, Awang Goneng, Growing Up in Trengganu, GUiT, Jalan bandar, jalan Banggol, Jam besar, Kg. China, LTAWNT, nostalgia, Pasar Payang, Paya Keladi, pembangunan, runtuh, Sejarah, tamadun, warisan, warisan sejarah on July 19, 2009| 6 Comments »
dipetik dari: http://akarimomar.wordpress.com/2009/07/19/lagi-mercu-sejarah-terengganu-akan-diruntuh/
Hari ini Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terenggganu (LTAWNT) mengeluarkan notis menghalau para peniaga di deretan kedai Jalan Bandar/Kg. Cina dan sebahagian Jalan Banggol/Paya Keladi untuk meruntuhkan bangunan yang bersejarah demi “pembangunan kompleks Paya Keladi”.
Notis bertarikh 13 Julai 2009 menyuruh para peniaga di kawasan terlibat keluar dalam masa 30 hari dari tarikh notis (walaupun notis hanya diserahkan kepada para peniaga pada hari ini 19 Julai 2009). Ini bermakna para peniaga hanya mempunyai lebih kurang 3 minggu untuk mengosongkan premis perniagaan mereka.
Nampaknya satu demi satu tapak dan premis bersejarah negeri Terengganu menyembah bumi demi pembangunan untuk membina tamadun.
Gambar di atas menunjuk (tanda X) dua bangunan bersejarah yang telahpun lama hilang dari muka bumi ini. Yang sebelah kiri kini adalah tempat letak kereta Pasar Payang manakala yang ditengah ialah Jam Besar yang amat bersejarah digantikan hanya dengan jalan berturap tar tanpa apa-apa erti kepada sejarah. Kini bangunan sebelah kanan (tanda panah) pula yang hendak dimusnakkan.
Ketika cuba mendapat maklumat lanjut dari LTAWNT tidak membuahkan apa-apa penjelasan kerana kesemuanya amat jelas tidak berani memberi komen. Walhal para peniaga tertanya-tanya apakah tindakan yang harus mereka ambil dalam tempoh yang amat singkat.
Ada peniaga yang telah mula menambahkan stok mereka bagi menyediakan kedatangan Ramadan dan sambutan Raya Aidil Fitri. Kebanyakkan mereka merungut bahawa di dalam suasana ekonomi yang amat tidak menggalakkan mereka berdepan pula dengan suasana paksaan kerajaan untuk berpindah.
Para sejarahwan mula bertanya kewajaran tindakan kerajaan. Malah mereka mempersoalkan pula lembaga untuk amanah warisan negeri tetapi memusnahkan warisan yang berharga. Di sinilah bermulanya para peniaga negeri Terengganu lebih seratus tahun lalu. Di sinilah terletaknya kedai-kedai yang bersejarah yang banyak disebut di dalam buku unik “Growing Up in Trengganu” karangan Awang Goneng (Wan Hulaimi). Malah, satu-satunya kedai yang masih kekal perniagaan asalnya dari mulanya masih bertapak di premis asalnya Alam Akademik Sdn Bhd. (Keda Pok Loh Yunang).
TOLONG SELAMATKAN WARISAN-WARISAN YANG ADA DI TERENGGANU.
Sudah cukuplah satu demi satu bangunan bersejarah yang telah ranap menyembah bumi.
- Masjid Raja Bukit Besar Akhirnya Sembah Ke Bumi
- Old Mosque Bites the Dust II
- Masjid Raja Bukit Besar Akan Tinggal Sejarah
- Masjid Raja Chendering Diroboh
Jangan hanya berslogan:
Memahat Sejarah Mencipta Tamadun
tetapi bertindak secara:
Meruntuhkan Tamadun dengan Melupakan Sejarah
Perjumpaan “Bloggers” Terengganu
Posted in Uncategorized, tagged Alam Akademik, Awang Goneng, bloggers, Growing Up in Trengganu, GUiT, Monsoon Cuppa, Pok Loh Yunang, Terengganu on April 16, 2009| 5 Comments »
Hasil dari kejayaan menganjurkan majlis pelancaraan buku “Growing Up in Trengganu” karangan Awang Goneng lebih setahun lalu, kini Alam Akademik bercadang untuk mengadakan satu perjumpaan para bloggers Terengganu.
Tarikh untuk perjumpaan tersebut belum ditetapkan namun mempelawa cadangan untuk tarikh yang sesuai untuk diadakan perjumpaan tersebut. Satu cadangan ialah untuk kita adakan sempena cuti Hari Raya nanti. Namun, kami ingin mendapat maklumbalas dari para bloggers untuk mencadangkan tarikh yang paling sesuai.
Untuk tujuan perjumpaan, definisi bloggers Terengganu ialah
- bloggers yang tinggal di Terengganu
- bloggers kelahiran atau dibesarkan di Terengganu tetapi kini tinggal di luar
- bloggers yang menulis hal-hal berkaitan Terengganu
Majlis tersebut akan diadakan di kedai Alam Akademik sendiri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar bersebelahan dengan Pasar Besar Kedai Payang.

Orang ramai mengerumuni Awang Goneng untuk mendapat tandatangan semasa Monsoon Cuppa 2007
Memandangkan sambutan yang amat memberansangkan serta kehadiran ramai bloggers pada majlis “Monsoon Cuppa” pada 25 Disember 2007 itu telah memberi semangat untuk kami menganjurkan pertemuan para bloggers ini.
Kami menyeru kepada para pembaca terutama bloggers Terengganu untuk memberi pelbagai cadangan yang terfikir untuk kita sama-sama adakan majlis yang mungkin ulung-ulung kalinya diadakan di Terengganu.