Feeds:
Posts
Comments

Archive for January 3rd, 2009

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama) — Pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dinasihat supaya tidak sembarangan menyerahkan MyKad mereka kepada mana-mana individu bagi mengelak ia daripada disalah guna.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata ia juga bagi mengelak pengundi daripada gagal menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 17 Jan ini.

“Pengundi kena berhati-hati dan jangan serah kad pengenalan kepada individu-individu yang tidak dikenali. Kad pengenalan perlu dibawa pada hari mengundi,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis perjumpaan dengan penduduk di Kampung Gong Pak Maseh di sini hari ini.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga berkata perbuatan merampas MyKad individu lain merupakan tindakan yang tidak demokrasi apatah lagi dilakukan semasa pilihan raya.

— BERNAMA

Read Full Post »