Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Ramadhan’

Sempena menyambut kedatangan Shaaban dan disusuli nanti dengan Ramadhan, kami telah mengandakan koleksi buku-buku agama kami.

Kesemua pembekal/penerbit utama buku-buku Agama telahpun menghantarkan stok-stok tambahan termasuk banyak tajuk-tajuk baru yang pasti menarik untuk tatapan para pelanggan kami.

Datanglah dan rebutlah peluang ini sambil bersedia untuk bulan-bulan ibadah ini.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 11 Julai (Bernama) — Permintaan daging ayam di Terengganu pada bulan Ramadan dan hari raya ini, dijangka meningkat kepada 500,000 ekor berbanding 400,000 ekor tahun lepas.

Bendahari Persatuan Ternak Terengganu (PTT), Shamshudin Ab Wahab berkata jangkaan itu berdasarkan persiapan para penternak bagi menghadapi musim perayaan itu.

“Kemungkinan, jika bekalan daging ayam tidak mencukupi pada musim perayaan ini, kita akan import,” katanya ketika dihubungi di sini Sabtu ini.

Beliau berkata terdapat beberapa syarikat ternakan ayam komersil serta berpuluh-puluh penternak yang mengusahakan ternakan ayam di negeri itu.

Katanya harga ayam dijangka stabil pada musim perayaan ini kerana penternak khususnya yang menjalankan ternakan secara kecil-kecilan telah menerima insentif daripada kerajaan.

Beliau berkata harga ayam di ladang ialah RM4.20 sekilogram manakala harga yang dijual di pasar, antara RM5 dan RM7 sekilogram.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Veterinar (JPV) negeri, Dr Azizol Mohd Sharum berkata bekalan daging lembu di Terengganu mencukupi pada musim perayaan itu.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan daging lembu sentiasa mencukupi di negeri ini,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

Alam Akademik telah memulakan Promosi Ramadhannya:

penerbitan DI1. Bahan-bahan terbitan Pustaka Darul Iman; antaranya:

  • Al Quran kecil berkulit keras,
  • Al Quran kecil bersarung dengan zip dan
  • Al Quran kecil dalam bentuk diary

2. Pelbagai buku rujukan amalan-amalan di bulan Ramadhan

3. Pelbagai bahan bacaan persediaan menjelang sambutan Hari Raya

Read Full Post »

Oleh: A. Karim Omar
Dipetik dari: http://sulaimanian.wordpress.com/2008/09/25/di-mana-bedil-buka-puasa-di-tembak/

Bagi penduduk Kuala Terengganu, dentuman tembakan bedil amat sinonim dengan bulan Ramadhan atau sebaliknya. Malah, sesetengah mereka merasakan “tidak sah” apabila untuk beberapa tahun di awal tahun 2000an dentuman bedil tidak kedengaran.

Namun, saya baru mengetahui bahawa betapa ramainya penduduk Kuala Terengganu sendiri tidak mengetahui di mana sebenarnya lokasi bedil itu ditembak. Dari perbahasan dalam beberapa posting di blog Awang Goneng (http://kecek-kecek.blogspot.com/) [penulis buku “Growing Up in Trengganu“] benar-benar menunjukkan sememangnya ramai penduduk Kuala Terengganu yang sekadar agak-agak sahaja lokasi tembakan dentuman yang menandakan waktu berbuka puasa, waktu imsyak dan tanda mulanya Ramadhan dan Syawwal.

Semenjak kecil lagi, saya sememangnya sentiasa melihat tembakan ini. Dari kawasan perumahan kuarters kerajaan Lorong Mok Pe, memang kita dapat lihat dengan jelas cahaya lonjakan bahan letupan dari rumah kecil berwarna putih di puncak Bukit Pak Apil. Dengan bunyi kecil “duup” apabila bahan tersebut melonjak tinggi ke udara hinggalah dentuman kuat apabila bahan tersebut meletup kurang tiga saat selepas itu. Memang mengasyikkan bagi kanak-kanak kecil apabila beberapa das tembakan dibuat bagi menandakan mulanya bulan puasa atau esoknya kita akan berhari Raya.

Semasa kecil, ketika dalam perjalanan berbasikal dengan ayahanda ke Masjid Putih untuk solat Subuh, dentuman menanda waktu imsyak selalunya berbunyi ketika kami sedang berkayuh di Jalan Paya Bunga yang sunyi dan lengang. Cahaya dari bahan letupan yang sedang melonjak tinggi ke udara dapat menerangi suasana yang gelap sebelum subuh itu.

Apabila pulang dari KL untuk berhari Raya semalam, saya terus menjejak tapak tembakan bedil tersebut dan mengambil gambar untuk dikongsi bersama dan agar tidak lagi timbul kesangsian di kalangan penduduk Kuala Terengganu. Sayangnya sekitar tapak tembakan bedil itu kini sedang berubah. Lereng bukitnya sudah digondol. Malah, kalau dulu sukar untuk melihat pondok tempat tembakan tersebut kini sudah dapat dilihat dengan jelas dari bandar – hampir mana-mana lokasi sebelah timur bukit tersebut.

Saya telah sediakan peta lokasi untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya serta panorama Bukit Pak Apil dengan memberi gambaran lokasi tapak tembakan bedil berbanding dengan Stesen RTM yang mempunyai laluan yang berbeza.

Panorama Bukit Pak Apil diambil dari Jalan Pusara bersebelahan Perkuburan Sheikh Ibrahim

Panorama Bukit Pak Apil diambil dari Jalan Pusara bersebelahan Perkuburan Sheikh Ibrahim

Lokasi sebenar tembakan bedil berbuka puasa

Lokasi sebenar tembakan bedil berbuka puasa

InshaAllah, saya akan berkongsi banyak lagi gambar yang diambil dari puncak Bukit Pak Apil ini dalam posting berikut.

Read Full Post »

Seluruh kakitangan dan pengurusan Alam Akademik ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA serta SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Dapatkan segala buku panduan dan rujukan untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurnanya di Alam Akademik.

Di sepanjang bulan Ramadhan ini kedai kami akan dibuka Sabtu hingga Khamis 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Buku-buku agama boleh juga didapati di kedai sekutu kami:

Pelbagai kitab agama di Jendela Ilmu

Pelbagai kitab agama di Jendela Ilmu

.

JENDELA ILMU

Membekal pelbagai kitab Agama

Bahasa Arab, Bahasa Melayu (Rumi/Jawi), Inggeris

No. 111A, Jalan Sultan Zainal Abidin (Tanjung)

Kuala Terengganu

Tel: 09-623-6329

(klik untuk peta)

Read Full Post »