Feeds:
Posts
Comments

Archive for January 12th, 2009

KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) — Kementerian Pelajaran akan mengkaji terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan program e-Book yang dilancarkan di Terengganu, Isnin sebelum diperluas dalam sistem pendidikan negara, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Terengganu merupakan negeri perintis kepada program e-Book yang menyediakan komputer riba kepada pelajar bagi menggantikan buku sekolah.

“Ini merupakan satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Saya difahamkan ia agak mahal, jadi kita akan lihat dahulu bagus atau tidaknya penggunaan e-Book ini.

“Kalau ia bagus, kita akan pertimbangkan penggunannya untuk masa depan,” katanya pada majlis pelancaran e-Book di sini.

Alimuddin berkata keberkesanan projek tersebut hanya dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan sebaik ia mula digunakan oleh murid darjah lima di Terengganu Mei ini.

Kementerian turut melihat projek e-Book sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid, katanya.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kilang pemasangan komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini dijangka siap Mac ini.

Seramai 23,000 hingga 25,000 murid tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua dan satu, katanya.

Beliau berkata fasa kedua program e-Book akan melibatkan pelajar sekolah menengah Terengganu.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek tersebut.

“Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan kita akan pastikan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Book sebelum mengedarkannya ke negeri lain,” katanya.

Ahmad berkata beberapa buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan e-Book dan membeli komputer dari Terengganu.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) — Nampaknya personaliti calon yang lebih diperkatakan menjelang pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Mungkin ekoran ketiadaan isu lain, maka soal peribadi dan bentuk fizikal calon dikupas dan diungkit pada setiap kempen.

Calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang akan menentang calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Azam, turut menerima tempias apabila dituduh sebagai seorang yang sombong.

Belau terpaksa menangkis serang peribadi itu dengan menyifatkan pihak yang menyerangnya sebagai pihak yang muflis isu.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga dilihat memiliki wajah serius mengingatkan pengundi agar memilih calon yang berkebolehan dan bukannya berdasarkan rupa paras.

“Selalunya orang kita melihat pada personaliti seseorang dan perwatakan, sehingga melupai soal lain yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin seperti prestasi dan kebolehan dalam memenuhi hasrat rakyat.

“Wan Ahmad Farid seperti orang kata jarang senyum, seperti saya juga. Kadang kala kita merasa terganggu dengan anggapan ini, tanpa mereka melihat kepada soal kebolehan sebenar Wan Ahmad Farid,” katanya.

Bagi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, isu berwajah sombong atau tidak bukan isunya.

“Saya kenal Datuk Wan Ahmad Farid. Beliau sangat mesra dan bekerja keras membantu ramai orang. Berwajah serius bukan bermakna beliau tidak boleh menjadi wakil rakyat yang baik,” katanya.

Pengundi Cina juga tidak mempunyai masalah dengan wajah calon.

“Kami kenal sangat dengan Wan Ahmad Farid. Beliau pernah bekerjasama dengan masyarakat Cina, malah pernah mempunyai rakan Cina dalam firma guamannya,” kata Pengerusi MCA Negeri, Toh Chin Yaw.

Beliau berkata sebaliknya calon PAS, Mohd Abdul Wahid yang perlu lebih meyakinkan pengundi Cina.

“Beliau walaupun nampak jujur tetapi bukan seorang yang bersifat sederhana,” kata Toh.

— BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) — Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM500,000 bagi membantu 677 keluarga yang melibatkan 3,385 mangsa banjir yang melanda negeri itu Disember lalu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata pemberian bantuan itu berasaskan kerugian yang dialami oleh keluarga yang terlibat melalui bancian yang dibuat oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bantuan yang diberi dari Tabung Bencana Alam negeri itu bukanlah berbentuk ganti rugi. Ia cuma pemberian saguhati yang berasaskan kepada kerugian yang dialami mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak di sini hari ini.

Sejumlah 234 keluarga di kawasan perumahan itu menerima bantuan itu berjumlah RM249,370.

Ahmad berkata kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM200,000 bagi mengagihkan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa semasa banjir melanda negeri itu.

Beliau berkata kerajaan masih belum memperolehi jumlah sebenar kerugian akibat banjir di negeri itu yang berlaku akhir tahun lepas.

Sementara itu, Ahmad meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian menyeluruh di kawasan Taman Perumahan Pusu Tiga bagi mencari jalan penyelesaian masalah banjir yang sering berlaku di situ.

“Semasa kajian untuk membina Empangan Kenyir dahulu, memang kawasan ini dikenalpasti sebagai kawasan tadahan air. Jadi apabila kawasan yang rendah ini dijadikan taman perumahan, maka banjir mudahlah berlaku,” katanya.

Semasa banjir melanda tahun lepas, 15 buah pusat pemindahan telah dibuka dan daripada jumlah itu enam pusat melibatkan mangsa banjir di kawasan Kuala Nerus termasuk Taman Perumahan Pusu Tiga.

— BERNAMA

Read Full Post »

[petikan harakahdaily] Saya berhasrat untuk menceritakan tentang perkembangan terbaru berhubung dengan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.

Pertama, menurut sumber saya kehadiran kira-kira 10,000 anggota polis dari pelbagai peringkat termasuk komando dan unit 69 mempunyai tujuan tertentu.

Ia dijadikan bahan pemanas pilihan raya kali ini. Yang penting polis dipercayai akan digunakan untuk mengundi bagi pihak Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu terdesak setelah bilik gerakannya melaporkan parti itu akan kalah tanpa bertindak sesuatu termasuk menggunakan polis untuk tujuan tersebut.

Kedua, krisis dalaman Umno begitu ketara dan dipamerkan sejak hari penamaan calon lagi apabila kelompok Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dilihat berada berasingan dengan kelompok bekas menteri besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh.

ImageIa semakin ketara apabila dipercayai jawatan pengarah pilihan raya kecil itu bertukar tangan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Semasa penamaan calon situasi persekitaran kelihatan agak jauh berbeza antara penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Penyokong BN lebih suka berkelompok membincangkan pemilihan Umno sementara penyokong PR menumpukan perhatian untuk menyokong calon PAS dalam pilihan raya tersebut.

Ketiga, beberapa tindakan tidak demokratik dilaporkan berlaku termasuk agen-agen BN memaksa kakitangan kerajaan persekutuan mengundi parti itu secara pos.

Mengundi secara pos biasanya dibuat di hadapan ketua jabatan masing-masing sebelum dihantar ke tempat mengundi.

Dengan cara demikian sahaja kakitangan kerajaan dipastikan mengundi BN. Seperti juga kakitangan kerajaan persekutuan, guru-guru yang mengundi dalam pilihan raya tersebut dikumpulkan di tempat tertentu untuk dibrainstorming oleh agen BN bagi memaksa mereka mengundi parti itu.

ImageSaya melihat perkembangan tidak sihat ini sebagai suatu tindakan terdesak BN kerana parti itu mengetahui P36 Kuala Terengganu adalah kubu kuat pembangkang di Terengganu apabila tiga dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya dimenangi dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

Ini termasuk Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang. Manakala Bandar dimenangi BN. Calon PAS di parlimen tersebut, Haji Mohamad Sabu kalah dengan majoriti tipis sekitar 600 undi sahaja.

Arwah Dato’ Razali Ismail calon BN memenagi kerusi parlimen tersebut sementara calon bebas yang dikenali dengan Tok Mun hilang wang pertaruhannya. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana tidak ada penaja.

Kali ini calos PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bertanding menentang calon BN, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon bebas.

Saya juga mendapat laporan di kalangan ahli Umno bahawa Wan Farid sendiri dikatakan tidak begitu mesra dan agak sombong dengan kelompok Ahmad Said, menunjukkan krisis dalam Umno menghantui parti itu dalam pilihan raya tersebut.

Ia menjejaskan gerak kerja kempen secara kolektif di kalangan ahli Umno. Laporan terbaru, jika tidak ada aral melintang calon PAS boleh memenangi pilihan raya ini dengan majoriti sekitar 5,000 undi.

ImageKita tunggu dan lihat keputusannya pada 17 Januari ini dan diharapkan pengundi mengggunakan kuasa mereka dengan bijak untuk membawa suara mereka ke parlimen melalui calon pakatan rakyat yang dilihat semakin berkesan di parlimen sekarang.

BN terpaksa akur desakan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk ‘cool down’ kemarahan rakyat terhadap kerajan itu kerana BN tahu suara ahli parlimen pembangkang adalah suara rakyat sebenar.

Justeru itulah, BN mula membuka kempen dalam pilihan raya kecil itu dengan selogan “Dari Rakyat, Untuk Rakyat,” bimbang mereka diketepikan lagi dalam pilihan raya kecil itu setelah mereka kalah besar dalam pilihan kecil Permatang Pauh. – mks._

Read Full Post »

[Harakahdaily] USAH terkejut apabila melewati setiap batang jalan di Kuala Terengganu, orang pertama yang ditemui ialah anggota polis. Jalan sikit jumpa lagi anggota polis.

Hairan juga. Ada rakan berhujah ketika rakyat Palestin dilayak habis-habisan tentera Yahudi sepatutnya orang yang lengkap bersenjata lebih baik bantu penduduk Islam di sana.

Lain benar apa yang berlaku di Terengganu sekarang. Bukan seorang dua, mungkin semua orang pun naik hairan. Kalau tidak hairan pun pemimpin yang jaga Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Waduh.. bisa kapan sekali, kata orang Indon. Menurut satu sumber terdapat kira-kira 10,000 anggota polis yang dibawa dalam misi khas menjelang 17 Januari ini. Cuma yang disebut secara rasmi seperti dilaporkan media seramai 6,000 anggota polis yang dikerah ke sini.

ImageKata rakan media pula 2,000 anggota tidak berpakaian seragam. Biar apa pun jelas Kuala Terengganu sekarang disedatkan anggota polis. Di segenap penjuru ada polis. Bagi mereka yang baru tiba di sini, jangan terkejut.

Entah-entah bagi penduduk kampung yang tidak biasa dengan situasi itu mungkin bertukar pula dengan keadaan di Palestin. Ramai sangat anggota polis di sini sekarang, difahamkan tidak pernah berlaku dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Orang kampung memberitahu terdapat empat markaz besar khas untuk anggota polis dibina. Lengkap pula dengan sistem penghawa dingin. Menurut mereka lagi ada 28 markaz taktikal di Kuala Terengganu sekarang.

“Di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di kawasan parlimen Kuala Terengganu ada sebuah markaz polis. Tempat itu dikawal ketat, ada anggota yang lengkap dengan senjata di muka pintu.

“Ambo lihat macam situasi darurat di selatan Thailand. Polis berkawal di segenap jalan dan lokasi,� kata seorang peniaga dari Wakaf Mempelam yang sering berurusan di negara jiran.

Seorang lagi rakan terkejut melihat kedai makan yang dikawal ketat anggota polis. Deretan kenderaan polis di kiri kanan jalan. Orang lain mungkin tidak dibenarkan masuk ke dalam restoran tersebut.

ImageMaka tidak hairanlah situasi di Kuala Terengganu sekarang macam di Palestin, cuma di sini tidak ada yang mati kerana bom atau tertembak. Tiada juga yang cedera kecuali sakit hati kerana dendam politik.

Seorang bekas wakil rakyat dari Kelantan yang enggan dikenali berkata, tentunya ada strategik yang tersembunyi dengan kehadiran begitu ramai anggota polis.

Kata seorang pakcik di Losong, itu kaedah mudah untuk memenangkan calon Barisan Nasional. – mj _

Read Full Post »