MENTERI Besar, Dato’ Ahmad Said bersama penduduk Kampung Pulau Manis mengangkat jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, sebaik kereta jenazah dari Kuala Lumpur tiba kira-kira jam 8.30 pagi. – Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengiringi jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, empat hari lalu, ke Tanah Perkuburan Kampung Pulau Manis, Manir, pagi ini (27 Januari 2009).
Sebelum itu, kira-kira jam 9 pagi, beliau turut menyertai lebih 100 penduduk tempatan menunaikan solat jenazah Alahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi, 22, di masjid kampung berkenaan.
Dato’ Ahmad yang diiringi isteri, To’ Puan Norliza Mahmud, tiba di rumah keluarga Alahyarham Mohd Hatta, kira-kira jam 8 pagi. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail.
Dato’ Ahmad Said mengaminkan doa sebaik jenazah pelajar mesir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Manis.
Alahyarham yang memulakan pengajian di universiti berkenaan September tahun, tinggal di Asrama Darul Iman Hayyuhasir di Kaherah dan mendapat tajaan YT.
Menteri Besar berkata, sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap keluarga, YT akan menanggung semua perbelanjaan penghantaran jenazah alahyarham ke tanah air.
Unit Komunikasi Negeri