Feeds:
Posts
Comments

Archive for January 16th, 2009

KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) Hanya beberapa jam lagi menjelang tempoh pengundian suasana nampak tenang biar pun kesesakan jalan raya masih lagi terasa di beberapa tempat.

Bangsal-bangsal panas tempat menyemak daftar pemilih juga disiapkan parti-parti yang bertanding tidak jauh daripada tempat pembuangan undi.

Kelihatan di beberapa tempat bangsal panas disiap lengkap dengan komputer sebagai tempat menyemak nama pemilih. Setakat jam 11 malam hanya kelihatan petugas PAS yang rancak menyiapkan persiapan tersebut.

Malam ini tidak ada kempen melalui ceramah sebagaimana yang diadakan pada malam-malam sebelumnya. Calon dan petugas parti hanya melakukan aktiviti lawatan dalam kelompok yang kecil.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentapkan peraturan sehingga jam 12 malam ini sebarang bentuk kempen dihentikan.

Manakala petugas bantuan daripada luar Terengganu sedang sibuk mempersiapkan jentera sebagai bantuan kepada petugas tempatan.

Misalnya PAS Pasir Puteh telah mengadakan taklimat kepada tenaga petugasnya awal malam tadi, dengan menyusunkan jenteranya mengikut bidang tugas masing-masing.

Petugas bahagian keselamatan, perayu undi dan tempat bangsal panas diberi taklimat mengenai bidang tugas yang perlu mereka lakukan bermula malam ini sehingga berakhir tempoh mengundi.

Mereka akan bertugas di tempat mengundi Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin. PAS kawasan Jeli, Tanah Merah dan Wilayah Persekutuan juga bertugas di lokasi tersebut.

Penyelaras jentera PAS Pasir Puteh, Mohd Judin Samat menyampaikan taklimat akhir kepada petugas yang terdiri daripada pemuda, dewan ulama dan muslimat.

“Saya berharap petugas menjaga disiplin masing-masing dan bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. Kita hanya membantu petugas tempatan bagi melancarkan segala urusan berkaitan pengundian,” katanya.

Kumpulan petugas dibahagikan kepada lima kumpulan akan bergilir-gilir membantu Unit Peti Undi Pantai Terengganu.

Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Muhammad berharap semua petugas memikulkan tugas yang diamanahkan dengan baik dan berkesan bagi memastikan kemenangan calon PAS.

“Dalam mengendalikan suasana, saya berharap sangat agar tuan-tuan bertindak dalam keadaan sabar dan sentiasa memberi senyuman kepada pengundi,” kata beliau.

Turut kelihatan pada majlis itu, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan Adun Limbungan, Drs Zainuddin Awang Hamat. Hampir 100 petugas hadir pada taklimat tersebut. – mj _

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (The Star): All parties contesting in the Kuala Terengganu Parliamentary by-election have been reminded not to campaign during the cooling off period between 12 midnight and 5pm Saturday. Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof said the cooling off period was necessary to allow the voters to have a clear mind during the voting process.

”In the last 11 days, they have been bombarded with all kinds of things, statements and claims. Let them think about what they have heard so that they can make a clear choice. ”There should be no pressure, no disturbance during this period,” he said at a press conference on Friday. He also urged all parties to cooperate fully with the commissions and its officials to ensure a smooth polling.

”Let this by-election set a new record. We have had a very smooth nomination. Although there were easily 40,000 supporters from both sides, everything went well without any untoward incident.

”The campaign process was also very peaceful. If we can get 90% voters turnout, then it will be another record,” he said. The constituency has 80,229 registered voters, including 1,302 postal voters. Voters turnout in the last general election was 42.45%. Earlier, Aziz together with his deputy Datuk Wan Ahmad Wan Omar and other SPR officers were at Stadium Negeri to oversee the distribution of ballot papers to the heads of polling stations. There are 36 polling stations and 143 polling streams for the by-election. Polling will start from 8am until 5pm.

The by-election is being held following the death of Kuala Terengganu member of Parliament Datuk Razali Ismail on Nov 28.

Read Full Post »