Feeds:
Posts
Comments

Archive for January 21st, 2009

ORANG ramai cuba menyelamatkan anak ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.

Kuala Terengganu (Bernama) – Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu gempar malam tadi dengan penemuan seekor anak ikan paus yang terdampar di pantai itu.

Seorang gadis, Nurul Amelia Khairudin, 15, yang menemui anak ikan paus itu pada pukul 8.30 malam pada mula menyangkanya mayat manusia.

Sebaik sahaja penemuan itu diketahui umum, pantai menjadi riuh-rendah dengan orang ramai yang cuba menolak anak ikan paus itu ke laut dalam tempoh dua jam tetapi usaha itu gagal kerana ombak kuat.

Anak ikan itu akhirnya mati pada pukul 10.30 malam. Seorang kakitangan Jabatan Perikanan memberitahu, ikan itu cedera di bahagian sirip dipercayai tersangkut pada jaring milik nelayan.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Tindakan biadab seorang lelaki meragut rantai leher seorang suri rumah dalam kawasan masjid membawa padah apabila ditahan orang ramai, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun dari Kampung Bukit Gasing, Marang, singgah di Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, untuk ke tandas.

Difahamkan, mangsa memasuki masjid itu bersendirian manakala anaknya menunggu dalam kereta.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan K Manoharan, berkata sebaik memasuki tandas, tiba-tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk sebelum bertindak ganas menolak mangsa hingga terjatuh dan meragut rantai emasnya.

Menurutnya, selepas meragut rantai itu, suspek terus melarikan diri dan mangsa menjerit meminta pertolongan.

Menurutnya, selepas meragut rantai itu, suspek terus melarikan diri dan mangsa menjerit meminta pertolongan.

Read Full Post »

DUNGUN (Harian Metro): Seorang peneroka yang sepatutnya mengimamkan solat hajat di surau Sekolah Kebangsaan Padang Pulut di sini, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dipercayai diserang penyakit jantung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, lelaki berusia 65 tahun dari Felda Ketengah Jaya, Kerteh, itu meminta izin untuk menunaikan solat sunat bersendirian sebelum memulakan solat hajat di surau itu.

Bagaimanapun, sebaik mengangkat takbir, Isa@Harun Salleh tiba-tiba rebah menyebabkan jemaah yang kebanyakannya guru panik lalu memberikan bantuan kecemasan.

Namun, usaha beberapa jemaah itu tidak berhasil apabila Isa sudah meninggal dunia.

Read Full Post »