Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

KUALA TERENGGANU 26 Feb. [Utusan] – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengubah aliran laluan trafik di beberapa kawasan di sekitar pusat bandar raya ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya bermula bulan depan.

Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk mewujudkan jalan sehala di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

”Bagi melicinkan pergerakan trafik di sekitar bandar raya ini, MBKT dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan telah membuat perancangan mengubah laluan bagi mengelak kesesakan lalulintas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara laluan yang terlibat dalam perubahan itu ialah Jalan Air Jernih iaitu bermula dari persimpangan Tenaga Nasional Berhad hingga ke simpang empat Jalan Sultan Ismail.

”Laluan ini diubah menjadi laluan sehala dengan arah alirannya bermula dari susur masuk Jalan Kemajuan sehingga susur keluar Jalan Sultan Ismail,” ujarnya.

Beliau menambah, laluan dari simpang empat Jalan Sultan Ismail berdekatan Bangunan PMINT hingga ke simpang empat Jalan Sultan Ismail juga akan diubah menjadi laluan sehala.

”Arah alirannya akan bermula dari susur masuk di Bangunan PMINT menuju ke persimpangan Jalan Tok Lam,” katanya.

Beliau berkata, aliran di Jalan Batas Baru juga akan diubah menjadi laluan sehala, bermula dari simpang empat berdekatan bangunan Kokitab hingga ke simpang tiga menuju ke Jalan Kemajuan.

”Ia turut melibatkan laluan dari persimpanan Jalan Batas Baru ke Jalan Air Jernih,” katanya.

Advertisement

Read Full Post »

Buy this set of books suitable for Primary 6 to secondary school students:

These books were published by Oxford University Press UK

This set of 3 is available with a very special price… only RM15.00!

  1. Vixie – by Angela Ball (138 pages)
  2. The Devil Finds Work – by Roger J. Green (172 pages)
  3. The Eyes of The Blind – by Alison Morgan (208 pages)

With each set of books purchased you are entitled to get another book for free: Little Angel Bonjour – by Rachel Anderson

The Devil Finds Work

The Devil Finds Work

Little Angel, Bonjour!

Little Angel, Bonjour!

Original Prices:

  1. Vixie – RM15.00
  2. The Devil Finds Work – RM14.80
  3. The Eyes of The Blind – RM14.80
  4. Little Angel Bonjour – RM8.00

Also available individually with these special prices:

  1. Vixie – RM5.00
  2. The Devil Finds Work – RM5.00
  3. The Eyes of The Blind – RM5.00
  4. Little Angel Bonjour – RM3.00

Read the reviews of the above books here:

  1. Vixie – http://www.amazon.com/Vixie-Angela-Ball/dp/0192715550 atau http://search.barnesandnoble.com/Vixie/Angela-Ball/e/9780192715555/?itm=9
  2. The Devil Finds Work – http://www.abebooks.com/products/0192715569
  3. The Eyes of The Blind –http://www.amazon.com/Eyes-Blind-Alison-Morgan/dp/0192715429/ref=sr_1_1?ie=UTF8&s=books&qid=1234964676&sr=8-1 atau
  4. Little Angel Bonjour – http://www.amazon.com/Little-Angel-Bonjour-Rachel-Anderson/dp/0192715917 atau http://www.fantasticfiction.co.uk/a/rachel-anderson/little-angel-bonjour.htm

Read Full Post »

ORANG ramai setia menunggu nelayan untuk membeli ikan segar di pantai Tok Jembal yang mengalami hakisan.


KUALA TERENGGANU 26 Feb. – Keindahan pantai yang terdapat di negeri ini sememangnya tidak perlu dipertikai lagi lebih-lebih lagi melihat kepada pasirnya yang putih bersih.

Justeru, kecantikan pantai itu harus dikekalkan dan dipertahankan dengan penjagaan melalui kaedah pemuliharaan oleh segenap lapisan masyarakat.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku di kawasan pantai berdekatan Kampung Tok Jembal di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku hakisan teruk sepanjang pantai berkenaan sepanjang kira-kira 300 meter.

Pokok rhu dan kelapa sawit juga dapat dilihat tumbang selain condong dan hampir menyembah bumi.

Seorang penduduk Kampung Tok Jembal, Othman Hassan, 53, ketika ditemui berkata, hakisan pantai berkenaan bermula sejak Disember lalu.

”Kira-kira 50 meter pantai terhakis sepanjang 300 meter pantai ini. Keadaan ini berlaku kerana ombak kuat ketika musim tengkujuh.

”Keadaan bertambah buruk ekoran penambakan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang menyebabkan ombak bertambah kuat di kawasan ini,” katanya.

Beliau yang bekerja kampung berkata, jika tiupan angin semakin kuat, pantai itu mungkin lebih cepat dihakis.

Menurutnya, kira-kira 30 buah pokok termasuk pokok rhu dan kelapa yang ditanam di sepanjang pantai itu tumbang sejak kejadian berkenaan.

Rakannya, Omar Taib, 80, berkata, hakisan tersebut jika tidak dibendung daripada berterusan mungkin akan mengganggu kehidupan penduduk kampung tersebut yang majoritinya merupakan nelayan.

”Kira-kira 50 buah bot nelayan menggunakan pantai itu untuk mendaratkan hasil tangkapan mereka.

”Jika hakisan pantai berkenaan menjadi lebih buruk, kami akan mengalami kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendaratan hasil tangkapan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pendaratan hasil tangkapan dilakukan kira-kira 100 meter dari pantai Tok Jembal.

”Bagaimanapun, kami mula mendaratkan bot di sini selepas projek pembinaan lapangan terbang dan penambakan pantai dijalankan di sana,” ujarnya.

Warga emas yang turut menjual hasil tangkapan di pantai tersebut menambah, mereka tidak tahu di mana lagi akan menjalankan kegiatan harian seperti menangkap ikan setelah mengalami hakisan kuat di pantai berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk kampung, Salwadi Sulaiman, 18, meminta pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah itu.

”Keindahan pantai di sini juga akan terjejas jika masalah itu tidak diberi perhatian secepat mungkin.

”Pantai ini juga sering didatangi oleh orang ramai bersama keluarga masing-masing untuk beriadah,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 26 Feb. [Utusan] – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 23 nelayan asing Vietnam termasuk sembilan remaja bawah umur yang menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini dalam dua kejadian berasingan semalam.

Ketua Penguat Kuasa APMM Terengganu, Komander Maritim Syed Mohd. Fuzi Syed Hassan berkata, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 10.30 pagi, Kapal Maritim Segantang melakukan rondaan berdekatan Pelantar Minyak Semangkuk A.

Menurutnya, rondaan yang diketuai Leftenan Maritim Khairul Anuar Abdul Majid itu dibuat selepas APMM menerima maklumat daripada kakitangan pelantar minyak itu terdapat bot nelayan mencurigakan berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

“Kapal peronda itu kemudian terserempak dengan sebuah bot nelayan asing yang membawa lapan nelayan Vietnam sedang menangkap ikan di bawah pelantar minyak berkenaan.

“Bot nelayan itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran kapal peronda tersebut, tetapi ia berjaya ditahan selepas dikejar kira-kira 10 minit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap tekong dan tujuh awak-awak berusia antara 15 hingga 46 tahun itu, nelayan terbabit tidak mempunyai permit menangkap ikan dan dokumen pengenalan diri.

Dalam kejadian berasingan kira-kira pukul 11.11 pagi, katanya, kapal peronda yang sama menahan sebuah bot lagi nelayan Vietnam kira-kira 74 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tekong dan 15 awak-awak berusia antara 14 hingga 41 tahun melakukan kesalahan yang sama iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan dan permit menangkap ikan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, APMM merampas kira-kira 800 kilogram hasil tangkapan iaitu pelbagai jenis ikan dan sotong bernilai RM5,600 daripada kedua-dua bot nelayan asing tersebut.

Katanya, semua nelayan asing tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya telah menahan 68 nelayan asing bersama tujuh bot sepanjang bulan ini.

“Pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan perairan di negeri ini kini lebih berkesan selepas berakhirnya musim tengkujuh,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 25 Feb. [Utusan]- Seorang pemilik kedai peralatan marin kerugian lebih RM200,000 apabila kedainya di Jalan Pak Tuyu, Mengabang Telipot musnah dalam kebakaran di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mangsa, Abdul Salam Udin, 41, dari Kampung Padang Nenas berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakan kira-kira pukul 3 petang yang memaklumkan kejadian itu.

”Saya berada dalam perjalanan ke Kuantan apabila seorang rakan memberitahu mengenai kebakaran itu.

”Saya pun bergegas ke kedai untuk melihat keadaan,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya, apabila dia tiba, kedai berkenaan telah musnah terbakar.

Dia percaya kebakaran tersebut berlaku akibat kejadian litar pintas.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd. Syukri Mohd. Daud berkata, jabatan berkenaan menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira 3.44 petang.

Read Full Post »

Mat Spröng Kelecak Barak II

Bersambung dari bahagian pertama Mat Sprong Kelecak Barak I

(asal dari: Blog Awang Goneng: http://kecek-kecek.blogspot.com/ pengarang buku “Growing Up in Trengganu”)

*********************************************************************

Döh nök Asör döh baru napök payang dok belambong atah ömbök.

Habih gègèr orang pata bila perahu payang masok. Muséng buka kuala ning orang kata ada ikang banyök: ikang layor dudok belèkör ddalang pètök perahu, ikang butir nangka, anök nnècèk; ikang kembong, tambang beluru, ikang tenggiri tu dök söh nök katalah, besör betih dok ggölèk ssama ikang aye, ikang cerming hidop lagi dok gelepör gguling galök. Sebakol ikang tambang hök Wang Mamat buat kerepok, sebakol lagi untuk Jènak dok tunggu nök ssiang ttepi telaga Sura Tok Syeikh. Orang pata keluör habih gi beratang tèngök.

Budök-budök kaki hhanya jembe ke perahu derah-derah, ada yang bawök supék, ada yang bawök timba repéh. Kerja ccuri ikang ni mèmang döh jjadi adat budök-budök pasör, dapak lima nang èkör gi jual dapak pitis samah wak belanja beli rökök. Pah tu baru Tok Peraih sandör basika ppohong nyiör, kilah kaing gi pilih ikang nök wak naik ppasör: Ttanjong atau Keda Payang; gi Lladang ddepang sekölöh satu bahagiang, pah tu ke Cabang Tiga pong bawök jugök.

Mat Sprong tèngök sereme ning dari jauh, mata dia dök kkellik. Tangang dia belang cukél gigi lepah makang belebak sutér kkeda Mök Nöh; pah tu basoh denge kopi öh pahik llepang nök wak hilang ngattok sebak malang tadi dia dök léh tidor jugök, ppala dia mmusing, hidung tupak, kaki dia kadang-kadang ssètök kkarong sapa takdök aröh nök buak. Ppala dia dok ddenyuk lagi tapi dia buléh ök.

Hari Munöh dök balik derumoh dia paka baju kurong warna samör denge kaing batik Wang Ddölöh hök mök dia beli masa dia pah Föng Tiga di sekölöh nnengöh. Lijöh mök dia suroh dia gi beli nyiör sebutir ppasör sebab nök wak ikang sarök hari Isnèng minggu lepah. Lijöh tunggu di kukorang sapa ggarék dia dök balik jugök; dia ingak Munöh singgöh derumöh Ki dia di Nèsang Pak, tapi bila Lijöh gi tanya takdök jugök di nung dia pong mula göbör perok.

“Ba’pe yang mung dök beritahu aku hari tu jugök?” Mat tanya Lijöh masa makang roti cana kkeda Pök Löh hari dia jjupe Mat di wakah.

“Aku ingak dia dök lah hilang lesak sapa lama ggining,” jawak Lijöh sambil nnangih sèk-sèk sapa nök nniték air mata ddalang kuöh kari Malabari Pök Löh. “Lagi pong, bukang senang nök cari mung le ning, Mak.”

Mat nnengung sebetör dok ingat kata Lijöh. Ppala dia mula ddenyuk.

Tepak payang ujong Tanjong tu jauh dari rumöh Lijöh, tapi ppata ning macang-macang orang mari nök nnusuk dari masa’alöh. Dia tèngök dari jauh ke tepak orang gelibuk ttepi perahu payang takdök pulök baju samor, takdök pulök…Ppala Mat berhenti mmikir, dia tenung sapa jauh, pah tu keluör perkataang ddalang ppala dia…anök Lijöh.

“Anök Lijöh,” Mat kata ssorang dia, mata dia tundok ppasir, tèngök ketang kecik dok körèk lubang ttepi pelepöh sagu hök hanyut dari darak. Dia tèngök kkasut dia, döklah kkilak sangat döh tapi mölèk lagi, dia urut kaki seluör kaing kaki hök dia potong kkeda Lam Seng Tèlor* dulu masa dia banyök pitih.

Masa Mat Sprong ada kes, dia paka jjuruh mölèk, baju kemèja, seluör panjang denge kasut kulit. Dia tèngök ddalang kömik mata gelak di Amerika paka töpi, kadang-kadang denge cerming mata hitang, dia rasa mölèk sunggoh tapi dia döklah ikut sapa ggitu nati orang kata pulök dia ning göng ccapor ddö’öh. Tapi bila kena hari, dia rajing jugök paka sökök gi semejid sebab orang bawök macang-macang cerita lepah semayang hari Jema’at.

“Aku ning mata-mata gelak,” kata Mat, ccakak ssörang. “Dulu aku buléh jadi posmèng, jadi puléh, jadi orang kelauk, tapi aku pilih nök jadi mmata-gelak sebak negeri Teganung ning kena maju macang Niu Yök.” Mat nnengung, ngilling ppala dia sekejak.

“Aku ning mata gelak,” dia kata lagi. “Kalu aku dök dapak cari Munöh tu saja sangaklah aku ning!”

Mata dia nnengung jauh, Mat wak keluör sapu tangang, cak Pyramid hök dia dapat masa gi majlis orang nniköh; dia kesak mata dia, gamok oh masok habok. Bunga rapa ada lagi bbau serebök; dia sèng hingus dia jatoh ttanöh.

[Ssambong Lagi…To Be Continued]

*********************************************************************************

Buku

Growing Up in Trengganu (GUiT)

Growing Up in Trengganu (GUiT)

Ada dijual di ALAM AKADEMIK dengan harga RM39.90

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) — Lebih 230 orang peserta dari 13 buah negara dijangka menyertai kejohanan Triathlon Antarabangsa Tasik Kenyir kali kelima di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 28 hingga 29 Mac depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini, antara peserta yang dijangka menyertai kejohanan itu termasuklah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Belanda, Australia, Jerman, Perancis, Singapura, Thailand serta Malaysia.

“Acara tahunan kali kelima ini akan menyaksikan peserta menguji kekuatan dan ketahanan mereka dalam acara triathlon iaitu renang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan larian 10 kilometer.

“Ini merupakan satu lagi acara persada di bawah ECER bagi meningkatkan aktiviti pelancongan di negeri Terengganu,” katanya.

Katanya ia terbahagi kepada lapan kategori — lelaki berganti-ganti, campuran berganti-ganti, lelaki 16-29 tahun, lelaki 30-39 tahun, lelaki 40-49 tahun, lelaki 50 tahun keatas, wanita 16-34 tahun dan wanita 35 tahun ke atas.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM50,000 dan pasukan yang berminat untuk acara berganti-ganti dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM150 manakala peserta individu perlu membayar yuran penyertaan RM60.

Borang penyertaan acara tersebut perlu diserahkan sebelum 20 Mac, manakala pendaftaran akan diadakan di Tasik Kenyir Resort dan Spa pada 28 Mac.

Terkenal dengan keindahan semulajadi, flora dan fauna, Tasik Kenyir telah dipilih untuk pembangunan akuakultur dan pelancongan di bawah ECER.

Tasik Kenyir mempunyai 340 pulau dalam kawasan perairan seluas 38,000 hektar dengan pulau terbesar hampir sama dengan saiz Singapura, 14 air terjun, dan gua batu kapur yang dipercayai pernah didiami oleh orang Neolitik .

Tahun lepas, Terengganu mencatatkan kehadiran pelancong berjumlah 3.5 juta orang bersempena Tahun Melawat Terengganu, peningkatan 24 peratus berbanding 2.8 juta pelawat pada 2007.

— BERNAMA

Read Full Post »

APMM jamin keselamatan

leftenan Khairul Anuar Abd Majid (kanan) bersama anggota APMM kapal Segantang menahan nelayan Thailand yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia di lokasi 4 batu nautika dari pelantar minyak Semangkuk, Terengganu, baru-baru ini. – UTUSAN / AZLAN BAHRUM

MARANG 24 Feb [utusan.com.my]. – Kewujudan agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk polis dan tentera membolehkan rakyat Malaysia menikmati keamanan dan kemakmuran sejak penubuhannya lebih 50 tahun lalu.

Ini kerana agensi-agensi berkenaan telah memastikan negara ini serta rakyat sentiasa terhindar daripada pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan kita semua.

Begitu juga usaha kerajaan menubuhkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) empat tahun lalu dalam memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara berjaya menjaga keselamatan maritim Malaysia.

Melalui beberapa rancangan televisyen, rakyat Malaysia boleh melihat bagaimana polis dan tentera melakukan operasi dalam membanteras jenayah dan kegiatan yang menjadi ancaman kepada negara.

Malah, operasi anggota penguatkuasaan berkenaan turut menjadi plot-plot rancangan drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Justeru, pasti ramai akan bertanya bagaimana pula dengan operasi yang dilancarkan APMM, adakah ia berbeza dengan operasi yang dilaksanakan di darat dan di laut?

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Timur, Datuk Hamzah Ismail berkata, operasi APMM bermula sama seperti agensi penguatkuasaan lain iaitu dengan melakukan pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan perairan.

“Kebanyakan kes dan kegiatan haram yang dilakukan dikesan melalui rondaan yang dilakukan di sekitar kawasan yang telah diketahui menjadi lokasi-lokasi kegiatan tersebut.

“Kami juga melakukan pemantauan di kawasan tertentu selepas menerima maklumat dan informasi daripada komuniti maritim terutama nelayan,” katanya.

Jelas Hamzah, senario pemeriksaan dan penggeledahan yang dilakukan apabila sebuah bot atau kapal nelayan yang disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram, satu perintah operasi akan dikeluarkan dan satu pasukan menggeledah akan ditubuhkan.

“Anggota pasukan menggeledah akan menaiki dua bot lalu menghampiri dan mengelilingi bot nelayan disyaki dan jumlah keanggotaan pasukan ini bergantung kepada saiz bot atau kapal yang akan ditahan.

“Selepas mengelilingi bot nelayan itu, anggota pasukan bersedia untuk menaiki bot berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, apabila menaiki bot nelayan tersebut, empat anggota pasukan itu akan berpecah kepada dua kumpulan dan memeriksa bot berkenaan.

Jelasnya, satu pasukan akan memeriksa geladak atas bot manakala satu lagi pasukan melakukan pemeriksaan di bilik enjin bot.

“Ketua pasukan akan mengarahkan tekong dan awak-awak bot nelayan tersebut untuk berkumpul di bahagian hadapan bot untuk pemeriksaan.

“Tekong dan awak-awak berkenaan akan diperiksa badan sekiranya terdapat senjata bahaya. Ini dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau memberitahu, anggota pasukan pemeriksaan dan penggeledahan kemudian akan memeriksa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membolehkan mereka menangkap hasil laut di kawasan perairan negara.

“Antara dokumen yang akan diperiksa ialah lesen, permit bagi pekerja nelayan asing, peralatan menangkap ikan, jumlah krew bot dan buku pendaftaran bot.

“Anggota pasukan juga akan memastikan bot nelayan melakukan aktiviti menangkap ikan di zon penangkapan ikan yang dibenarkan,” tambahnya.

Kata Hamzah, kesemua krew bot tersebut akan ditahan jika didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Bot nelayan berkenaan kemudian akan ditunda ke jeti APMM,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya APMM menemui kegiatan jenayah lain yang berlaku di bot berkenaan seperti penyeludupan diesel dan dadah, kes berkenaan akan diserahkan kepada agensi penguatkuasaan berkaitan.

Read Full Post »

Peta Mercutanda Bandar Kuala Terengganu

Peta Mercutanda Bandar Kuala Terengganu

Untuk imej yang lebih besar:

http://alamakademik.bravehost.com/peta_mercutandaKT.JPG

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 22 Feb (Bernama) — Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) berhasrat membina wisma setinggi kira-kira 20 tingkat bernilai RM20 juta di sini sebagai mercu tanda dan pusat kegiatan pelancongan di negeri ini.

Pengerusi PPNT Wan Mohd Ariffin Wan Long berkata wisma tersebut akan dibina di tanah seluas 5,481 kaki persegi di atas tapak bekas perhentian bas ekspres Tanjung, berhampiran Pasar Raya Astaka.

“Kita telahpun menghantar permohonan berhubung cadangan tersebut kepada kerajaan negeri dan berharap ia akan dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Wan Mohd Ariffin yang juga Pengerusi Eksekutif Noor Arfa Batik berkata mengikut perancangan, wisma itu nanti akan menempatkan semua agensi yang berkaitan dengan pelancongan di bawah satu bumbung.

Dengan wujudnya wisma pelancongan, katanya ia diharap akan dapat membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Mohd Ariffin berkata PPNT juga menyokong cadangan kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah badan pelancongan di Terengganu untuk memantapkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Badan tersebut nanti boleh dinamakan sama ada Yayasan Pelancongan Terengganu atau Perbadanan Pelancongan Negeri Terengganu, katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

Older Posts »