Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) — Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengadakan kursus selepas perkahwinan kepada pasangan yang sudah berkahwin bagi mengurangkan kadar perceraian di negeri ini.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail berkata kursus seumpama itu belum pernah diadakan di Malaysia tetapi pernah diadakan di negara-negara maju seperti Singapura dan negara-negara Islam lain.

“Sebelum ini, kita lebih menumpukan kursus sebelum perkahwinan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, sedangkan kadar perceraian semakin meningkat dari tahun ke tahun.

“Jadi ia memerlukan satu kaedah untuk mengatasi masalah tersebut dan dengan adanya kursus seperti ini, kita berharap, ia akan dapat membantu mengurangkan masalah tersebut,” katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata antara penekanan yang akan diberikan dalam kursus itu memberi pemahaman tentang pentingnya pasangan suami isteri itu memahami konsep hidup berkeluarga.

“Ia supaya mereka matang dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi apabila mereka telah menjadi bapa atau ibu,” katanya.

Sheikh Harun berkata kadar perceraian di Terengganu sekarang berada dalam lingkungan 14 peratus dan adalah menjadi hasrat dan matlamat JHEAT untuk mengurangkan kadar perceraian itu kepada 10 peratus sehingga sifar peratus.

Beliau berkata jumlah pasangan yang berkahwin di Terengganu tahun ini meningkat sehingga 10,000 pasangan berbanding hampir 9,000 pasangan pada tahun lepas.

Katanya sebanyak 619 pasangan telah bercerai manakala 123 pasangan telah rujuk semula.

Sheikh Harun berkata seramai 30,000 wanita dan 20,000 lelaki telah mengikuti kursus pra-perkahwinan sejak kursus itu diperkenalkan di Terengganu bermula 2006 hingga 2008.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) — Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh. Takdok pitih (takde duit)… dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)…Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat),” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Gong Gemia di sini.

Tok Mun berkata walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

Bagaimanapun, katanya sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Dis lalu berhubung kejadian tersebut.

“Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi,” katanya.

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: “Tak sempat dah…dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat”.

“Lagipun, selagi takdok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. InsyaAllah kalau Tok dipanjangkan umur lagi, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pulak,” katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi).

— BERNAMA

Read Full Post »

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah

Read Full Post »

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=380657

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) — Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH8237 dari Jeddah yang membawa 355 jemaah haji selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini awal pagi ini.

Ini merupakan sesuatu yang bersejarah bagi kedua-dua penerbangan kebangsaan ini dan lapangan terbang tersebut kerana ini adalah pesawat penumpang antarabangsa pertama yang mendarat di lapangan terbang ini yang baru-baru ini dinaiktaraf dengan kemudahan dan sokongan untuk mengendalikan ketibaan dan pelepasan penerbangan antarabangsa.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan MAS Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata di bawah fasa pertama musim haji ini, penerbangan antarabangsa pertama yang berlepas dari lapangan terbang ini ialah pada 13 Nov lepas, penerbangan haji terus ke Jeddah.

Penerbangan kebangsaan ini berbangga sebagai sebahagian daripada pihak terbabit dengan peristiwa bersejarah ini yang memaparkan kemampuan menaiktaraf lapangan terbang ini untuk mengendalikan pelepasan dan ketibaan antarabangsa.

Di bawah fasa kedua, MAS menyediakan tujuh penerbangan terus dari Jeddah ke Kuala Terengganu dengan tambahan satu penerbangan yang akan berlepas dari Madinah pada 7 Jan yang akan tiba di lapangan terbang ini pada esoknya.

— BERNAMA

Read Full Post »

Rethink Travel – stories by Leong Siok Hui

Terengganu’s Perhentian Islands are “arguably the most beautiful islands in Malaysia,” so says the Lonely Planet guide. Though the islands have dodged major developments so far, they are starting to creak under the strain of burgeoning tourist arrivals.

For the past 16 years, expatriates Bill and Sally Addington have been soaking up the sun and exploring the glorious underwater world in the Perhentian Islands with their family.

Based in Kuala Lumpur, the Addingtons have holidayed in most islands in Peninsular Malaysia, but find Perhentian irresistible.

We used to like Tioman and went there quite a bit. Then a friend recommended Perhentian and we haven’t gone anywhere else since,” says Bill, 52. “Our kids are keen divers, the diving here is superb, and we like the laid-back, peaceful lifestyle.”

Sandy beaches, clear waters and great diving aside, the islands also boast forests that harbours a rich diversity of flora and fauna. This year, herpetologist Dr Lee Grismer from La Sierra University in California discovered a few new gecko species that are endemic to Perhentian.

“We have had tourists who have visited Taman Negara, come here and tell us they wished they hadn’t bothered because they see more wildlife here,” says Peter Caron who manages the Watercolours Resorts and Dive Centre in Perhentian Besar.

Caron, who joined Grismer and a couple of other researches on their expedition this year, says, “You can spot monkeys, monitor lizards, and various insects in a 30-minute stroll just behind our resort.”

Issues cropping up

Though repeat visitors to Perhentian like the Addingtons think the islands haven’t changed dramatically compared to destinations like Redang and Tioman, they are starting to notice the effects from the increasing tourist arrivals and new resorts.

A 2007 Reef Survey done by Reef Check Malaysia (RCM) found the reefs in Perhentian have the poorest health as its live coral cover is only 34% compared to Tioman, Redang and Tenggol which have 50% or more. Also the islands have a high number of algae-coated reef, indicating nutrient pollution, probably from poor sewage treatment.

At low tide, visitors can see the algae-smothered corals in front of the chalets. The algae could be a result of overflowing septic tanks from the chalets/resorts in Pulau Perhentian.

Poorly planned tourism development, ineffective sewage treatment and solid waste disposal, and illegal fishing are some of the factors affecting the health of Perhentian’s reef.

During peak season, in July and August, visitors are likely to spot a mound of overflowing black plastic bags on rickety pontoons scattered around the islands. These are waste left on the pontoons by resort operators. A rubbish barge, sub-contracted by Besut District Council, is supposed to collect the bags daily and dispose the waste on the mainland.

“After an evening storm, you’ll see black bags bobbing in the sea because they fall from the overflowing rubbish platform,” says Caron. “The amount of plastic is phenomenal, and the leachate from the rubbish pollutes the sea.”

The thing is, every resort operator already has to fork out a monthly fee for the rubbish collection.

“Sometimes when there is too much rubbish, the contractor just dumps the rubbish somewhere without bringing them back to the mainland,” claims Azman Sulaiman who runs the Flora Bay Divers. “No one is monitoring. And with the number of tourists here, we need a twice-a-day collection, and not once every couple of days.”

Stinky smells in ‘algaeland’

Originally from Kuala Lumpur, Azman has been running a dive shop in Perhentian for 14 years.

“Thank God, there are no major developments like golf courses and mega resorts here,” says Azman, 35, who also trains dive instructors. “But if you put the number of small chalet resorts together and each has 10 to 15 rooms on average, you end up having a lot of sewage.”

The proliferation of alga-coated reef on the beaches in front of the resorts hint at a problem.

Azman Sulaiman of Flora Bay Divers

“The resort next to ours is so crowded, and when you walk by, you smell the overflowing sewage,” says Sally. “Six years ago, when it’s low tide there was no smell and you don’t see the algae.”

Septic tanks overflow due to the increasing number of tourists and the limited capacity of these tanks. Some resorts apparently release their untreated sewage directly into the sea.

“There was a state initiative last year to try to get resorts together to share the cost of treating their sewage effectively. However, some resorts have 100 rooms while others have five rooms. Not all are owned; some like ourselves are on short leases,” says Caron, a former environmental consultant.

“If we don’t know whether our lease will be renewed next year, why would we invest all this money on tertiary treatment? What we need is the state government’s intervention to hook up the resorts.

“The cost can’t go to the resort operator in one go but it needs a system (like instalments or subsidies) so we can afford it.”

Where is ‘Nemo’?

To some of Perhentian’s regular divers’ chagrin, the fish stock in some of the dive sites are declining.

Peter Caron of Watercolours Resorts and Dive Centre in Pulau Perhentian: ‘After an evening storm, you’ll see black bags bobbing in the sea.’

“No longer can you dive at Tokong Laut, the best site on the island, and see big schools of trevally this year. We heard a local fisherman made an illegal RM15,000-catch on trevally last year,” Caron says.

“Every year, we are seeing less of the big fish,” chips in Sally, 52, an avid diver. “We used to be able to see humphead wrasse and swim along with them but now they’re harder to see.”

Most divers come for the charismatic species like turtles, black-tip sharks and whale sharks, Azman explains. But with the degradation of the reef and rampant illegal fishing, divers may eventually shy away.

“I think the snorkelers are the biggest culprits — they trample on the corals, the smokers will flick cigarette stubs into the water or throw empty plastic water bottles,” says Azman.

“To please their clients, some boatmen gets into the water, grab the turtle by its carapace, pull it up to the surface to show the snorkelers,” adds Caron. “Some snorkelers actually hitch rides on the turtles and hold their fins, distressing the turtles.”

Frequently, kids will scoop up clownfish (popularly known as Nemo because of the Hollywood movie), keep them in small bottles and release them at a different spot later. But the fish, which forms a symbiotic relationship with sea anemones, will die if it’s placed in an environment with no anemones, Caron says.

“It’s all 90% education, but is anyone educating the boatmen on the do’s and don’ts?” Caron asks.

“Can the marine park introduce training schemes for boatmen to be ‘eco’ operators. They can learn how to brief the snorkelers – don’t stand on the corals, touch the turtles, and stop feeding the fish. Resorts can cooperate by using only responsible operators.”

Each visitor to Perhentian has to pay a RM5 conservation fee when they enter the marine park.

“A lot of tourists are annoyed, and I know some who refuse to pay or ask for their money back because they can’t find much information at the marine park centre,” says Caron, who signed up for the volunteer warden programme set up by the Marine Park.

However, there has since been no follow-up activities by the park.

“Where are the patrol boats? Why are some local villagers or operators fishing within the marine park?”

Chalet staff dumping garbage bags on an overflowing pontoon. There are 10 floating pontoons for garbage, scattered around the islands. A contractor picks up the rubbish on a barge and sends them to the mainland. After a rainstorm some of these bags will fall into the sea and leachate from the rubbish will pollute the water.

The Perhentian ‘loyalists’

The lure of Perhentian keep tourists like the Addingtons and Giampaolo Gepesio of Rome, Italy, coming back over and over again. Gepesio, 33, first came to the islands in 1999.

“Of course, there’s a big difference in the number of corals now, and I meet many Italian tourists in other resorts,” says Gepesio.

“Ten years ago, I was probably the only Italian here. Italians are not usually independent backpackers so their presence here means the tour companies are selling Perhentian packages in Italy. I’m a little worried for the islands in the next 10 years. This place is in my heart — the sea, the nature and the people,” Gepesio says.

If you develop the place responsibly, bring in income for the locals and take care of the environment, the islands will remain a sustainable destination, Bill says.

Expatriate Bill Addington of England and his family have been holidaying in Perhentian for the last 16 years.

“A couple of years ago, a friend of ours came here to dive and then he went on to Australia’s Great Barrier Reef. And he sends us an e-mail saying ‘I don’t know why I bother coming to the Barrier Reef, Perhentian is so much nicer,’ “ adds Bill.

The Addingtons usually stay for a week each time they are in Perhentian. Two days before they went to Perhentian on the most recent trip, they asked their four kids, ages ranging from15 to 21, where they preferred to go for their holiday.

“It was a choice between going to JW Marriot in Phuket with the Playstation, videos, soft hotel sheets and five-star restaurant, or coming to the basic chalets here and eating local food,” says Sally smiling. “And they go, ‘Oh, Perhentian of course.”

For now, I guess the Perhentian folks are — as Sally concludes — “doing something okay here”.

But if the authorities don’t nip the emerging problems in the bud, this sandy paradise may become yet another casualty of irresponsible tourism.

Rethink Travel is a series of monthly articles on responsible tourism in collaboration with Wild Asia, a Kuala Lumpur-based conservation group. Hopefully we can help promote sustainable practices in Asian travel destinations and challenge common perceptions and ideas on travel. Click on http://www.wildasia.net for resources on responsible travel. For more information, check www.wildasia.net.

Read Full Post »

KUALA TEREGGANU, 26 Dis (Bernama) — Sokongan pengundi kaum Cina di kawasan pilihan raya Kuala Terengganu sangat penting bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen berkenaan pada 17 Jan ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahamd Farid Wan Salleh berkata setiap undi itu amat mustahak dan pengundi kaum Cina di kawasan ini amat penting untuk diberikan perhatian.

“Saya pergi jumpa mereka malam ini dan saya dapati sambutan yang diberi sangat baik dan memberangsangkan. Saya yakin pengundi Cina bersama-sama dengan saya bagi menentukan kemenangan BN pada pilihan raya 17 Jan depan,” katanya. kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke 27 Pergerakan Pemuda Malaysia cawangan Kuala Terengganu di sini malam tadi.

Kawasan parlimen itu mempunyai 80,326 pengundi dengan majoriti pengundi Melayu sebanyak 87.4 peratus, Cina (11.6 peratus), India (0.7 peratus) dan yang lain (0.3 peratus).

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands pada 28 Nov lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon ialah pada 6 Jan ini dan hari mengundi pada 17 Jan.

Pada pilihan raya umum ke 12, 8 Mac lepas, Razali menang dengan majoriti 628 undi setelah memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendapat 31,934 undi dan calon Bebas Maimun Yusof, 685 undi.

Wan Ahmad Farid yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata beliau akan cuba menemui semua pihak bagi menghadapi pilihan raya ini nanti.

“Hari ini saya telah masuk ke kampung-kampung membuat kunjungan dari rumah ke rumah. Jumpa mereka yang kurang bernasib baik, yang uzur dan sakit dan paling menarik saya dapati pada kempen kali ini, ramai anak-anak muda yang tampil memberi sokongan dengan turut sama berkempen,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 25 Dis (Bernama) — Dua borang pencalonan bagi pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan telah dibeli di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu setakat ini.

Pengarah Pilihan Raya (SPR) Terengganu Mohd Noor Daud berkata dua borang itu dibeli beberapa hari lalu, difahamkan oleh wakil calon yang akan bertanding.

“Bagaimanapun, setakat ini saya tidak dapat mengesahkan wakil itu dari parti mana,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding pilihan raya kecil itu tidak semestinya membeli borang pencalonan daripada SPR Terengganu, tetapi juga boleh mendapatkannya di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Mohd Noor berkata Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mat Razali Kassim telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil itu.

Selain itu, katanya, SPR juga telah bersedia daripada segi logistik yang diperlukan untuk proses pengundian dan penamaan calon pilihan raya kecil itu pada 6 Jan.

“Selain kira-kira 20 kakitangan SPR di negeri ini, kita juga telah memberi kursus dan taklimat kepada lebih 800 kakitangan sementara terdiri daripada kakitangan kerajaan yang akan bertugas membantu memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar,” katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Genting Highlands, Pahang pada 28 November lalu.

Barisan Nasional (BN) mencalonkan Ketua Umno Bahagian kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh manakala PAS yang telah mengesahkan akan bertanding, akan mengumumkan calon mereka pada 1 Jan.

Selain itu, beberapa calon Bebas juga dijangka bertanding iaitu dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), bekas calon Bebas Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, Isma Airfath Hassanuddin, 38, dan bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89.

Mengikut daftar pemilih setakat September lepas, terdapat 80,229 pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan 1,035 daripadanya adalah pengundi pos.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lepas, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAAS Mohamad Sabu dan Maimun dengan majoriti 628 undi.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu meliputi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Burok.

DUN Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok dikuasai PAS manakala kerusi Bandar dipegang oleh BBN.

Mengikut senarai daftar pengundi pilihan raya umum lepas, pengundi Melayu merupakan majoriti di Kuala Terengganu iaitu 88.3 peratus manakala Cina (11.1 peratus), India (0.4 peratus) dan lain-lain (0.2 peratus).

— BERNAMA

Read Full Post »

25 Disember, 2008 17:43 PM

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan sederhana kadang kala lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang, yang diramal berterusan sehingga Sabtu.

Di Terengganu ia melibatkan daerah Marang, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu manakala di Pahang melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran.

Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai, demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut amaran hujan lebat (peringkat jingga) berlaku di Johor iaitu di daerah Mersing, Kota Tinggi, Johor Baharu dan Pontian hari ini.

Amaran hujan lebat peringkat kuning di daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka berterusan sehingga esok, 26 Dis.

— BERNAMA

Read Full Post »

25 Disember, 2008 20:15 PM

BESUT, 25 Dis (Bernama) — Hanya 180 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh negara akan dipilih menyertai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kota Putera, Besut yang akan dibuka tahun depan.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebagai sebuah MRSM yang pertama melaksanakan konsep belajar secara penggunaan kemahiran berfikir, MRSM itu hanya akan memilih pelajar yang benar-benar cerdas dan berkemahiran dalam Al-Quran.

“Hanya pelajar yang mempunyai kemahiran dan bakat yang baik dalam kepimpinan dan agama di samping mempunyai daya kreativiti serta inisiatif yang tinggi akan dipilih memasuki Tingkatan Satu MRSM ini mulai tahun depan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Katanya, sesi pemilihan dan temuduga telah diadakan bagi 800 pelajar minggu lepas sebelum senarai pelajar yang terpilih diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata MRSM akan bekerjasama dengan sekolah Imtiaz di Terengganu bagi menjayakan konsep Ulul Albab yang kini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah Imtiaz di Terengganu.

Katanya, pelajar yang terpilih menyertai MRSM Ulul Albab itu nanti akan didedahkan dengan kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran dalam Tingkatan Satu bagi membolehkan mereka menghafaz 30 juzuk Al-Quran apabila masuk Tingkatan Tiga, dengan bantuan tenaga hafiz Al-Quran dari Sekolah Menengah Imtiaz.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah dijangka melancarkan pembukaan konsep MRSM Ulul Albab, Kota Putera pada 19 Jan depan, katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=379111

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah Barat dan Kudat dijangka berterusan hingga Rabu depan.

Jabatan Meteorologi berkata keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 50 hingga 60 km sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di perairan tersebut berbahaya kepada aktiviti perkapalan termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan aktiviti pantai.

Sementara itu, angin kencang serta ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di perairan Condore, Palawan, Reef North dan Pulau Layang-Layang juga dijangka berterusan hingga Rabu depan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu berkata keadaan ini bukan sahaja berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan aktiviti pantai, tetapi juga pekerja di pelantar minyak.

— BERNAMA

Read Full Post »

Older Posts »