KUALA TERENGGANU, 24 Jun (Bernama) — Terengganu menduduki tangga ke-29 dalam senarai negeri paling berdaya saing di dunia, kata Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Nik Zainiah Abdul Rahman.
Katanya senarai itu dikeluarkan baru-baru ini oleh Institute Of Management Development yang berpangkalan di Switzerland.
“Ini satu pencapaian yang sangat membanggakan,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Nik Zainiah berkata antara faktor kelebihan Terengganu ialah kerana Keluaran Dalam Negeri Kasarnya yang tinggi disebabkan kemudahan infrastuktur yang mapan dan keberkesanan segmen perniagaan dalam sektor swasta.
Katanya MPC telah mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu untuk mengambil inisiatif tertentu ke arah meningkatkan lagi kedudukan daya saing negeri itu.
— BERNAMA
Leave a Reply