Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 21st, 2009

NURAINI (kanan) memegang buku latihan Bahasa Inggeris yang dipinjam daripada rakan sambil melihat kesan lebam pada rakannya, Normi Hafidah di Kampung Alor Belanga, Besut semalam.


BESUT (Kosmo) – Mereka sudah banyak kali diingatkan supaya membeli buku latihan Bahasa Inggeris yang berharga RM18. Apabila mereka datang ke sekolah tanpa buku itu, tiga murid sebuah sekolah kebangsaan di Jerteh di sini pulang ke rumah dengan kepala dan betis lebam dirotan oleh guru.

Guru itu didakwa naik angin ekoran ketiga-tiga pelajar daripada keluarga miskin tersebut gagal menyiapkan kerja sekolah mereka yang berpandukan latihan dalam buku yang mereka belum beli.

Mengenang kembali kejadian itu, Normi Hafidah Muhamad, 11, mendakwa, mereka dirotan di kepala sekali dan menerima empat sebatan di betis apabila guru itu marah kerana mereka masih belum membeli buku berkenaan.

“Sejak bulan lepas sudah banyak kali saya minta duit daripada ayah untuk beli buku tapi dia diam saja,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Belanga dekat sini semalam.

Bapanya, Muhamad Nor yang menghidap penyakit kencing manis dan batuk kering mendakwa telah berusaha mengumpul wang agar anaknya dapat membeli buku tersebut.

“Saya belum dapat beri dia wang itu, tak sangka dia dirotan dengan teruk,’’ katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga tujuh beranak.

Rakan anaknya, Nuraini Afika Rosmadi, 11, pula kini fobia ke sekolah kerana bimbang dirotan lagi.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pemeriksaan ke atas rekod kewangan pejabat Umno Bahagian Dungun, kelmarin, selain menemu ramah beberapa kakitangan dan jawatankuasa Umno bahagian.

Sumber memberitahu, pemeriksaan yang dilakukan sejak jam 12 tengah hari dan berlarutan hingga 9 malam itu, bertujuan melengkapkan siasatan SPRM Selangor terhadap dua ahli Umno negeri ini bergelar Datuk yang disyaki terbabit kegiatan rasuah RM3 juta dalam projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2).

Pada 10 Jun lalu, SPRM Selangor menahan seorang Senator dan seorang bekas Ahli Parlimen di Terengganu kerana disyaki terbabit dalam rasuah RM3 juta, membabitkan kejadian pada 1999 ketika kedua-dua mereka menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang menjadi kontraktor utama MRR2.

Read Full Post »