Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 15th, 2009

KUALA TERENGGANU (Sinar Harian) – Penerima rumah di Lot Perpindahan Tok Adis diminta bersabar kerana sehingga kini, kerajaan giat berusaha menguruskan dan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan kemudahan elektrik, yang masih tidak dapat disediakan di rumah itu.

Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh berkata, kerajaan usaha itu bagi mememastikan rumah yang akan diduduki penerima, selesa dan selamat.

“Saya memohon maaf atas kelewatan pihak kami menunaikan apa yang dijanjikan. Ini kerana terdapat sedikit masalah dan perkara yang perlu diselesaikan sebelum kami membenarkan penerima tinggal di sini.

“Sehingga kini, kami dalam usaha menyelesaikan masalah berkaitan elektrik dan selepas itu, perlu mencari peruntukan untuk membaik pulih kerosakan rumah yang ada,” katanya.

Menurut Che Mat, ketika dalam proses baik pulih, pihaknya akan menyerahkan kunci kepada penerima rumah berkenaan kerana ingin memastikan mereka dapat tinggal dalam keadaan selesa dan selamat.

“Selepas penyerahan kunci rumah, segala kerosakan akan ditanggung tuan rumah. Walaupun saya bukan wakil rakyat di situ tetapi saya berjanji akan menyelesaikan masalah dihadapi secepat mungkin.

“Insya-Allah, saya juga akan cuba pastikan masalah ini dapat diselesaikan pada tahun ini juga, jika boleh sebelum musim banjir besar berlaku yang kebiasaannya pada Disember,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas masalah penduduk perumahan setinggan di Pantai Kuala Ibai.

Menurut Che Mat, penerima rumah terbabit tidak perlu gusar dan bimbang kerana mereka akan mendapat hak sepatutnya cuma mengambil sedikit masa untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

“Saya faham permasalahan penghuni di rumah setinggan Pantai Kuala Ibai kerana mereka terpaksa berdepan bahaya dan risiko setiap kali musim ombak kuat.

“Saya akui, ada juga penerima sanggup tinggal di Lot Perpindahan ini walaupun masih tidak disediakan bekalan elektrik dan air tetapi kami tidak dapat membenarkannya,” katanya.

Menurut Che Mat, larangan itu disebabkan mereka perlu mengikut prosedur yang betul.

“Sebelum menyerahkan kunci rumah, pihak kami bertanggungjawab memastikan keselamatan rumah yang akan dididuduki.

“Justeru, saya harap penerima faham dengan situasi ini, insya-Allah, kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah ini cuma perlukan sedikit masa,” katanya.

Menurut Che Mat, pihaknya meminta penerima bersabar dan yakin kerana mereka pasti mendapat hak seperti yang telah dijanjikan.

Advertisement

Read Full Post »

[UNTUK SENARAI TERKINI SILA KE https://alamakademik.wordpress.com/promosi-jualan/]

Aktiviti terdekat (dan yang baru lepas) Alam Akademik:

  • 16 Jun 2009 – Program “A Moment with English” di SMK Tengku Mahmud 2, Besut (11.20 pagi – 2.00 petang) – sila baca laporan di sini
  • 16-18 Jun 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Tengku Mahmud 2, Besut (9.00 pagi – 3.00 petang)
  • 21 Jun 2009 – Pameran dan Jualan Buku sempena Hari Koperasi di SMK Padang Negara, Kuala Terengganu
  • 22-28 Jun 2009 – Pameran dan Jualan Buku sempena Perkhemahan Kadet Bomba Malaysia di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang (8.00 pagi – 11.00 malam)
  • 28-29 Jun 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Jabi, Besut (9.00 pagi – 5 petang)
  • 30 Jun – 1 Jul 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Seri Berang (9.00 pagi – 4 petang)
  • 2-4 Jul 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (9.00 pagi – 5 petang)
  • 2 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Sultan Mansor, Kedai Buloh, Marang
  • 5-7 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut
  • 5-6 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Ajil, Hulu Terengganu
  • 9-12 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di MRSM Kuala Berang
  • 12-13 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Chalok, Terengganu
  • 14-15 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Bukit Guntong, Kuala Terengganu (8:30 pagi – 1:00 petang)
  • 16-18 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SM Imtiaz-KOSPINT, Serada, Kuala Terengganu
  • 16 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Sultan Mansor, Kedai Buloh, Marang
  • 16 Julai 2009 – Program “Enjoying English” di SMK Sultan Mansor, Kedai Buloh, Marang (baca laporan di sini: Enjoying English At SMK Sultan Mansor (SMKSM))
  • 22 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Langkap, Setiu
  • 27-28 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Kuala Besut, Besut
  • 29 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SM Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang
  • 29-30 Julai 2009 – Pameran dan Jualan Buku di SMK Renek, Besut
  • 10 Ogos 2009 – SMK Menerung, Hulu Terengganu (9.00 pagi – 2.30 ptg)
  • 11-12 Ogos 2009 – SMK Matang, Hulu Terengganu
  • 13 Ogos 2009 – SMK Bukit Diman, Hulu Terengganu (9:00 – 2:00 ptg)
  • 17-18 Ogos 2009 – MRSM Kota Putera, Setiu
  • 19-20 Ogos 2009 – SK Saujana, Setiu

* Tulisan WARNA KELABU menandakan aktiviti telah berlalu dan dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah

Sila datang temui kami untuk mendapat pelbagai tawaran dan promosi menarik pada dan tempat-tempat tersebut

MAKLUMAN – Mana sekolah yang berminat untuk mengadakan program-program di atas, sila berhubung dengan kami di 09-623-1110.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Sinar Harian) – Polis Terengganu melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menahan sepasang suami isteri yang sedang khayal bersama bayi berusia 4 bulan kerana mengedar dadah dalam serbuan di rumah mereka di Chendering, Khamis lalu.

Taktik menyembunyikan dadah dalam patung ‘Garfield’ gagal apa-bila polis berjaya merampas satu kilogram ganja, enam botol heroin dan 800 biji pil Wy bernilai kira-kira RM35,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menemui wang tunai sebanyak RM25,950 dipercayai hasil jualan dadah kepada penagih.

“Selain wang tunai, kita turut menyita harta suspek kira-kira RM101,000 berupa kereta Proton Perdana, Toyota Corola dan sekarang kita sedang kesan harta suspek yang lain,” katanya semalam.

Menurutnya, serbuan hasil risikan dan maklumat orang awam itu dilakukan kira-kira jam 10.30 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 33 dan 30 tahun yang mempunyai empat anak termasuk bayi masih menyusu sedang khayal akibat mengambil dadah.

“Berdasarkan siasatan, suspek lelaki ini mempunyai rekod jenayah narkotik lampau sejak enam tahun lalu dan dia baru sahaja dibebaskan akhir tahun lalu setelah ditahan di Simpang Renggang atas kesalahan dadah,” katanya.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu adalah dalang sindiket dadah terbesar Terengganu yang berjaya dilumpuhkan dalam masa seminggu selain dua sindiket lain di Besut dan Hulu Terengganu.

Penangkapan kedua-dua suspek yang merupakan perancang utama sindiket mempunyai kira-kira 20 ahli, polis percaya berjaya melum-puhkan aktiviti pengedaran dadah di lima daerah terutama Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Suspek merupakan pengedar terbesar dan mereka mampu mem-beri bekalan dadah kepada kira-kira 500 penagih sehari. Setakat ini kita sudah tangkap 18 orang dan mengesan dua individu,” katanya.

Sementara itu kata Roslan, pihaknya turut menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun bersama pil Wy sebanyak 600 biji dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Bukit Kenak, Jertih, Besut kelmarin.

“Hasil soal siasat ke atas suspek yang mengaku mengambil bekalan daripada seseorang, kita melakukan serbuan di rumah di Bukit Yong, Pasir Putih dan menangkap dua lelaki 20 dan 21 tahun.

“Kita turut merampas 600 biji lagi pil Wy menjadikan jumlah 1,200 bernilai RM60,000, ketiga-ti-ga suspek dan pasangan suami isteri ini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, hukuman gantung,” katanya.

Roslan berkata, selain dua sindiket itu pihaknya berjaya melumpuhkan sindiket dadah kecil-kecilan di Hulu Terengganu.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Campur tangan mentua, tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab, pasangan curang dan enggan dimadukan serta masalah kewangan adalah punca utama perceraian membabitkan pasangan baru yang usia perkahwinan mereka kurang daripada lima tahun.

Berdasarkan statistik nikah cerai di negeri ini, sebanyak 248 kes perceraian membabitkan pasangan baru yang usia perkahwinan mereka kurang daripada lima tahun dilaporkan antara Januari hingga Jun tahun lalu.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa, berkata daripada jumlah itu, 42 kes perceraian membabitkan pasangan baru yang tempoh perkahwinan kurang daripada satu tahun, 146 kes kurang tiga tahun dan bakinya kurang daripada lima tahun.

Beliau berkata, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes perceraian pasangan baru yang usia perkahwinannya kurang daripada satu tahun tertinggi iaitu 11 kes, 48 kes usia perkahwinan kurang daripada tiga tahun manakala 21 kes usia perkahwinan kurang daripada lima tahun.

“Kita juga dapati 22 kes perceraian di negeri ini membabitkan usia perkahwinan mereka lebih 30 tahun.

“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dilaksanakan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Malaysia (LPPKM) mendapati punca menyebabkan pasangan itu bercerai disebabkan campur tangan mentua, tiada persefahaman, pasangan tidak bertanggungjawab, masalah kewangan dan curang serta pasangan enggan dimadukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Hari Keluarga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, anjuran bersama YPKT dan Pusat Khidmat DUN Ladang, di sini, semalam.

Majlis perasmian program itu dilakukan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Pada majlis itu, YPKT turut menganugerahkan keluarga terbilang peringkat DUN Ladang kepada Amir Khalid Mohsen.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU: Pulau Perhentian Besar and Kecil, the havens for marine life, are under threat environmentally due to poorly planned tourism development, ineffective sewage treatment and solid waste disposal.

The state government is worried that this could lead to severe damage to coral reefs found in abundance surrounding both islands.

State Commercial, Industry and Environment Committee chairman Toh Chin Yaw said the new chalets have compounded the problem as many of them did not have proper sewage and rubbish disposal systems.

“Some of these operators are taking the easy way out by diverting all types of wastes from their chalets direct into the sea,” he said in an interview yesterday.

Toh said during the peak season, mounds of garbage bags could also be seen around the islands, believed to have been left by these operators.

“They are blaming us for not centralising the sewage system and garbage collection without realising that it is too costly for the state government to do that.

“We have commissioned a contractor to regularly collect the garbage from the islands to be disposed of on the mainland, but many of the operators are refusing to pay the maintenance fees and continued to indiscriminately throw their garbage into the sea,” he added.

Toh said the state government would build a sewage treatment plant on the islands if the operators were willing to pay the monthly maintenance fees.

However, he doubted that they would do so as at present, they were also unwilling to share part of their revenues to be utilised for the pollution control efforts as advocated by the state government.

“We are intensifying our environmental awareness programme, besides encouraging operators to improve their waste facilities.

“We will also rope in the relevant authorities to educate these operators on the importance of protecting the eco-system at these islands,” he added.

Read Full Post »

Tuanku Nur Zahirah ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 14 Jun (Utusan Malaysia) – Negeri-negeri di Pantai Timur mencatatkan kes HIV/Aids tertinggi di negara ini dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lepas.

Kelantan, Pahang dan Terengganu menduduki senarai lima negeri teratas dalam kes jangkitan penyakit itu dalam tempoh berkenaan.

Kes HIV/Aids paling tinggi dicatatkan ialah di Kelantan iaitu 346 kes diikuti Johor (269), Selangor (223), Pahang (166) dan Terengganu (140).

Ini diikuti Kedah (117), Wilayah Persekutuan (70), Perak (71), Sarawak (84), Sabah (55), Melaka (37) dan Perlis (27).

Angka ini didedahkan oleh Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Tunku Panglima Besar, Datuk Seri Tunku Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim dalam kertas kerja bertajuk Kesedaran HIV/AIDS.

Kertas kerja itu dibentangkan pada Persidangan Pesuruhjaya Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di sebuah hotel di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Menurutnya, beberapa perkara dikesan sebagai faktor utama jangkitan HIV/Aids antaranya penempatan berhampiran sempadan dan kewujudan banyak industri perkilangan

Kertas kerja itu menyebut, mereka yang dikenal pasti dijangkiti HIV/Aids ialah yang bekerja sebagai nelayan dan terlibat dalam industri perkilangan serta mereka yang bekerja dalam sektor swasta.

Beliau berkata, mereka yang dijangkit HIV/Aids tidak mempunyai suara dalam masyarakat dan menjadi mangsa stigma serta diskriminasi sehingga memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain.

”Golongan berkenaan memerlukan sokongan untuk mereka meneruskan kehidupan agar tidak lagi terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral,” ujarnya.

Beliau memberitahu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko dan tekanan terhadap penghidap HIV/Aids termasuk kaunseling, rawatan serta pemulihan untuk memastikan mereka dapat hidup dalam bermasyarakat seperti insan yang lain.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 14 Jun (Utusan Malaysia)- Sebanyak 350 pemimpin Persatuan Pandu Puteri dari seluruh negara yang berhimpun di bandar raya ini bagi menghadiri Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung persatuan itu didedahkan dengan tarikan pelancongan dan budaya hidup masyarakat negeri ini.

Ini kerana, budaya pengelolaan persidangan persatuan itu setiap tahun menjadikan segmen untuk mengenali budaya negeri-negeri yang menjadi tuan rumah sebagai salah satu acara.

Pada tahun ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara tersebut dari 1 hingga 5 Jun lepas dan ini memberi peluang kepada Terengganu untuk memperkenalkan keindahan budaya dan keunikan pantai dan lautnya.

Menurut Ketuanya, Zaini Mohd. Nor, para perwakilan dibawa melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man yang menempatkan 21 replika monumen Islam dan Masjid Kristal.

”Mereka juga dibawa melawat Muzium Negeri Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Selain itu, katanya, perwakilan juga berpeluang menyaksikan tenunan songket melalui lawatan ke Permint Sutera Semai di Chendering iaitu satu-satunya pusat tenunan sutera di negara ini.

Menurutnya, peserta juga tidak ketinggalan dibawa melawat Yayasan Tuanku Nur Zahirah yang merupakan pusat tenunan songket kontemporari dan tidak ketinggalan mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang.

Persidangan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menekankan agar persatuan turut sama menyumbangkan idea konstruktif dalam membangunkan negara dan negeri Terengganu.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pula berkenan merasmikan kemuncak acara iaitu Mesyuarat Agung persatuan itu.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Pandu Puteri Raja kepada 59 pelajar seluruh negara yang merupakan anugerah tertinggi yang diberikan dalam persatuan.

Turut berkenan memeriahkan perasmian Mesyuarat Agung persatuan ialah dua bekas Raja Permaisuri Agong iaitu Tengku Ampuan Intan Zaharah dan Tengku Ampuan Bariah.

Read Full Post »