Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 12th, 2009

KUALA TERENGGANU: At least three former state executive councillors and senior officials from the state Public Works Department will be among those to be summoned by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to facilitate investigations into the Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin roof collapse.

A source said the former exco members could provide crucial information on the probe into the June 2 mishap.

Tourist attraction: Local tourists taking a family photo infront of the stadium in Kuala Terengganu yesterday.

The source said that documents involving the selection of the contractor responsible for work at the RM300mil stadium and installation of the roof would be obtained from those concerned.

“We have identified the names of a few key individuals to aid our investigations,’’ said the source, who declined to reveal who the former exco members and individuals were.

The three exco members responsible for ensuring the stadium’s completion in time for the Malaysian Games (Sukma) 2008 were Datuk Wan Hisham Wan Salleh (Infrastructure and Public Amenities), Datuk Din Adam (Youth and Sports) and Datuk Rosol Wahid (Islam Hadhari and Welfare).

Din and Rosol are still serving as assemblymen.

The three had served under previous Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Yesterday, they expressed their preparedness to help with the MACC probe.

“Every single transaction and our respective roles were all recorded in detail. We have nothing to hide,’’ said Din, who is the Bukit Besi assemblyman.

Wan Hisham also said he was prepared to be investigated.

“MACC is doing its job and we will assist in every possible way,’’ he pledged.

“So far, I have not been contacted by the MACC. If they do, I will be there (at MACC office here) the next minute.”

Rosol, who is the Ajil assemblyman and former state Umno secretary, refuted talk that he had influenced the state tender committee chaired by State Secretary Datuk Mokthar Nong on selecting the roof contractor.

“I realised recently that certain quarters with malicious intentions were linking me with the mishap in such a way,’’ he said.

“As such, I actually welcome the probe.’’

The Terengganu Government has heeded the call by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin not to set up a separate panel to investigate the mishap.

Mentri Besar Datuk Ahmad Said told reporters that the state government would not intervene in the probe to be conducted by the state PWD.

Advertisement

Read Full Post »


AMIR SYAFIQ menceritakan bagaimana beliau berpaut pada boya setelah tersedar daripada pengsan di laut berhampiran Mengabang Telipot kelmarin.

KUALA TERENGGANU (Kosmo) – “Saya bersyukur kerana diberi peluang hidup kali kedua.”
Demikian cerita seorang jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat di Wakaf Tapai, Marang yang tiba-tiba pengsan di laut kira-kira 1.5 batu nautika dari kawasan Tanjung Gelang, Mengabang Telipot, Batu Rakit di sini kelmarin.

Mencerita detik cemas itu, Amir Shafiq Kamaruddin, 26, dari Negeri Sembilan berkata, semasa kejadian pada pukul 6 petang kelmarin, beliau bersama rakannya, Alwi Ismail, 43, menjalankan kerja-kerja menyelenggara peralatan penyelaman di tengah laut.

“Selepas selesai tugas itu, saya cuba mendapatkan jet ski tetapi pandangan tiba-tiba menjadi gelap menyebabkan saya tidak sedarkan diri.

“Apabila saya tersedar saya terus berpaut pada boya dan ketika itu saya sudah tidak nampak Alwi atau jet ski yang kami naik sebelum ini,” kata beliau yang ditemui di akademi itu di Kuala Berang di sini semalam.

Amir Shafiq pengsan dipercayai kerana cuaca yang terlalu panas semasa melakukan kerja-kerja menyelenggara peralatan menyelam di laut.

Berikutan itu, katanya, berbekal pengalaman yang ada dan jaket keselamatan yang dipakai, beliau hanya mampu melihat jika ada bot melalui kawasan itu.

Bagaimanapun, jelas beliau, nasibnya malang kerana tidak ada sebuah bot ketika itu.

**************************

12 jam terapung di laut

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): “Tidak semua orang memperoleh peluang untuk hidup kali kedua. Saya pula umpama mati hidup semula selepas lebih 12 jam terapung di laut dengan hanya bergantung kepada jaket keselamatan dikenali Personal Floating Device (PFD).

“Tiada apa yang saya fikirkan ketika itu kerana gelap gelita dan hanya mempraktikkan segala pengalaman dipelajari dalam akademi (Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai) untuk terus hidup dan tidak dihanyutkan arus ke tengah laut,” kata Amir Shafik Kamaruddin, 26, jurulatih akademi bomba yang ditemui selamat selepas dikhuatiri lemas kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Ketika ditemui sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam tadi, Amir yang bersyukur dengan kejadian itu, berkata segala-galanya bermula ketika dia bersama seorang rakan menyelenggara peralatan menyelam di kawasan kira-kira 1.5 batu nautika dari pantai Tanjung Gelang, Mengabang Telipot, dekat Batu Rakit, kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, dia cuba menghampiri jet ski selepas selesai bertugas bersama rakannya, Alwi Ismail, 43, sebelum pandangannya menjadi gelap menyebabkan dia tidak sedarkan diri dipercayai berpunca cuaca panas ketika berada di laut.

“Beberapa minit kemudian apabila tersedar, saya dapati sudah berada di tengah laut dan jauh dari lokasi asal menyebabkan saya tidak mampu berenang dan hanya membiarkan diri terapung dibawa arus,” katanya.

Katanya, walaupun selepas sekian lama terapung, dia yakin akan terselamat kerana percaya Alwi akan mendapatkan bantuan selain mengharapkan kehadiran nelayan tempatan, namun tiada bot melalui kawasan itu sehingga dia terlihat boya digunakan pukat nelayan.

“Ketika itu sudah jam 5 pagi dan sebaik menemui boya berkenaan, saya segera memautnya kerana percaya pasti ada nelayan yang akan menaikkan pukat mereka semula,” katanya.

Menurutnya, telahannya tepat apabila sebuah bot nelayan yang melalui kawasan pantai Merang, Setiu, kira-kira jam 7 pagi semalam menemuinya dalam keadaan lemah.

Sementara itu, rakannya, Alwi Ismail, 43, dari Kampung Panji di sini, berkata dia mengambil masa hampir 20 minit untuk meyakinkan penduduk kampung mengenai kejadian itu.

“Saya hanya berseluar pendek, tidak berbaju dan selipar serta berlari menemui penduduk kampung yang keberatan membantu. Saya menyedari kehilangan rakan itu apabila timbul di permukaan hanya menemui jet ski manakala Amir Shafiq dan jaket keselamatan saya lesap.

“Selepas gagal mencarinya, saya cuba menunggu jika ada bot nelayan melalui tempat kejadian, tetapi usaha itu gagal,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu, katanya, dia nekad berenang ke pantai bagi menghubungi majikannya selain mendapatkan bantuan dan yang bermain dalam fikirannya ketika itu ialah keselamatan rakannya dan keluarga yang bakal ditinggalkan jika kejadian buruk berlaku.

“Saya bimbang dimarahi dan dituduh tidak bertanggungjawab serta tanggapan keluarga Amir kerana meninggalkannya seorang diri di tengah laut, namun saya seolah-olah ‘mati akal’ untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, hanya seorang remaja bermotosikal yang sudi menghantarnya ke kenderaan kira-kira lima kilometer dari tempat dia mendarat bagi membolehkannya mendapatkan bantuan pasukan penyelamat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Pauzan Ahmad berkata, Alwi berenang kira-kira tiga jam untuk tiba ke tepi pantai, kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi pengurusan akademi memaklumkan kejadian itu kepada anggota bomba dan penyelamat.

Read Full Post »

Penerbangan KT-Singapura mulai 14 Julai tingkat industri pelancongan

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Perkhidmatan penerbangan terus antara Kuala Terengganu-Singapura yang ditawarkan FireFly bermula 14 Julai depan, mampu menjana sektor pelancongan dan ekonomi negeri,” kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata, dengan kadar tambang bermula serendah RM88 bagi perjalanan dari Terminal Bajet Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, kerajaan negeri yakin bukan saja dapat menarik lebih ramai pelancong dari republik itu, malah pengunjung antarabangsa.

Katanya, dengan jadual penerbangan sekali sehari pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, ia dapat mempromosikan destinasi pelancongan di negeri itu, termasuk beberapa gugusan pulau yang sering menjadi tarikan pengunjung dengan lebih meluas, bahkan bakal menjana pulangan ekonomi lebih memberangsangkan kepada peniaga di bandar raya ini.

“Kerajaan negeri bersetuju menanggung kos cukai bernilai RM51 bagi setiap pelancong, selain bayaran pendaratan kapal terbang lebih RM100 bagi setiap pendaratan. Kita bersetuju untuk memberikan insentif ini kepada syarikat penerbangan, FireFly selama tiga tahun.

“Kita memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Changi kerana mahu menarik bukan saja pelancong Singapura, tetapi juga daripada pelbagai pelosok negara. Kita melihat keupayaan lapangan terbang ini yang mengendalikan ketibaan lebih 32 juta penumpang setahun mampu merealisasikan hasrat Terengganu menjadi hab penerbangan Pantai Timur.

“Dengan penerbangan terus dari Singapura ke pusat bandar raya ini, pengunjung antarabangsa tidak hanya tertumpu kepada gugusan pulau saja, malah membantu meningkatkan pendapatan peniaga tempatan seperti di Pasar Besar Kedai Payang dan menyuntik pulangan ekonomi lebih menggalakkan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat mengenai penerbangan terus Kuala Terengganu-Singapura itu oleh Pengarah Urusan FlyFirefly Sdn Bhd, Eddy Leong di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib.

Ahmad berkata, dari 3.5 juta jumlah pelancong yang melawat Terengganu tahun lalu, 90 peratus adalah pelancong tempatan, manakala 10 peratus lagi disumbangkan oleh pelancong asing dengan peratusan pelancong dari Singapura adalah yang terbesar.

Sementara itu, Eddy berkata, pengguna yang membuat tempahan tiket sepanjang tempoh promosi pengenalan dengan anak syarikat, Penerbangan Malaysia (MAS) itu sehingga 24 Oktober depan akan menikmati kadar tambang RM88, berbanding kadar pada harga biasa iaitu RM120 hingga RM150 seorang.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU: A plan to set up a state-level committee to investigate the collapse of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium roof has been shot down by the deputy prime minister.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said said Tan Sri Muhyiddin Yassin had advised him that there was no need to form an investigative committee in Terengganu as the one set up at the federal level would suffice.

“So, there will be no committee on our side. As advised by the deputy prime minister, it is best that only one committee probe the matter.”

A huge portion of the space frame roofing of the stadium, which was the main venue of the Malaysia Games (Sukma) last year, collapsed on June 2.

There were no casualties.
Following the incident, the state government had planned to form a committee to probe the collapse but a similar committee was also formed by the Works Ministry.

Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said the committee were given six months to complete investigations.

Regarding speculation that two other buildings in Kuala Terengganu were facing similar problems, Ahmad said the defects were not structural.

He admitted that a small section of the Sultan Mahmud airport roof was leaking and that cracks had appeared on the ramp leading to the indoor stadium in Gong Badak.

“But these are not structural defects and pose no danger. They will be rectified soon.”

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 11 Jun – Primula Beach Hotel di sini akan menganjurkan Pasar Ria Amal bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan dan Bencana Alam pada 13 Jun ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran hotel itu, Tina Surinda Karim berkata, program sehari itu akan diadakan di tempat letak kereta hotel itu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Menurutnya, pasar ria itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk orang ramai seperti pertandingan karaoke, gerai permainan, gerai makanan dan minuman serta peluang belajar menunggang kuda.

”Hadiah-hadiah lumayan disediakan kepada pemenang pertandingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, orang ramai adalah dijemput untuk menghadiri Pasar Ria Amal itu dan kupon boleh dibeli pada hari tersebut.

Dalam pada itu, jelasnya, pihak hotel juga akan menganjurkan kempen derma darah keesokan harinya dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) mulai pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Menurutnya, kempen derma darah itu yang akan diadakan di Bilik Rebana II, hotel tersebut adalah bagi membantu mengisi Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

”Program ini diadakan sempena sambutan Kempen Menderma Darah Sedunia yang jatuh pada hari sama iaitu 14 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata, melalui sumbangan itu diharapkan dapat membantu pesakit yang memerlukan darah di samping memupuk kesedaran orang ramai mengenai tujuan kempen tersebut diadakan.

Menurutnya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau di talian 09-6222100 sambungan 2119.

Read Full Post »