Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 1st, 2009

KUALA TERENGGANU 31 Mei (Utusan Malaysia) – Orang ramai diingatkan supaya memastikan rumah mereka dikunci sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing pada musim cuti sekolah ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mereka juga dinasihatkan berhati-hati ekoran berlakunya peningkatan kes pecah rumah sejak kebelakangan ini dengan yang terbaru ialah dua kes kelmarin.

Menurut beliau, dalam kejadian pertama, seorang warga emas kehilangan barang kemas bernilai RM6,000 apabila rumahnya di Kampung Kedai Manir, Manir, di sini dipecah masuk.

“Mangsa berusia 65 tahun keluar dari rumah kira-kira pukul 5 petang dan pulang kira-kira pukul 7 petang, mendapati rumahnya berada dalam keadaan berselerak.

“Selepas memeriksa rumah, dia dapati barangan kemas termasuk satu utas rantai leher emas, satu butang emas dan dua bentuk cincin emas hilang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, penjenayah berkenaan dipercayai memecah masuk rumahnya melalui tingkap sisi dan keluar melalui pintu dapur.

Dalam kejadian kedua, katanya, seorang gadis berusia 20-an kehilangan seutas rantai leher bernilai RM500 apabila rumahnya di Kampung Tok Ris di sini, turut dipecah masuk Khamis lalu.

Beliau memberitahu, kejadian disedari kira-kira pukul 10.30 malam apabila mangsa hendak turun ke tingkat bawah rumahnya.

“Dia terkejut apabila mendapati seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain berada di dalam rumah.

“Penjenayah itu kemudian bertindak mengacu mangsa dengan pisau dan mengambil rantai di lehernya,” katanya.

***********************

From NST:

Woman robbed of gold chain

KUALA TERENGGANU: An armed intruder robbed a woman of a gold chain worth RM500 in Kampung Tok Ris, here, on Thursday night.

The woman was coming down the stairs of her house when the man held a kitchen knife to her neck before yanking off the chain.

It is believed the man had entered the house through the window in the kitchen.

In an earlier incident, a 63-year-old retiree lost jewellery worth RM6,000 to burglars in Kampung Kedai Manir.

Among the items stolen were a gold chain and two diamond rings.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 31 Mei (Utusan Malaysia) – Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diminta mengenal pasti tanah terbiar di kawasan masing-masing untuk dijalankan projek-projek tanaman.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tindakan itu bagi membolehkan penduduk kawasan berkenaan terutama daripada golongan miskin dapat menjana pendapatan tambahan.

Katanya, apabila tanah berkenaan dikenal pasti, tanaman yang bersesuaian seperti jagung dan kelapa sawit akan dipilih untuk tanaman di kawasan itu.

”Kita akan sediakan benih pokok dan baja untuk membantu penduduk memulakan projek tanaman tersebut.

”Ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan semua tanah terbiar di Terengganu diusahakan dan tidak terabai begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program memetik jagung tanaman berkelompok dan pengagihan anak pokok buah-buahan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di sini semalam.

Ahmad berkata, melalui projek berkenaan, penduduk yang terlibat dijangka mampu memperoleh pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

”Projek seumpama ini yang dilaksanakan sebelum ini dilihat telah memberikan pendapatan tambahan yang baik kepada mereka,” katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri tidak akan memberikan hak milik tanah kepada mereka yang mengusahakan tanah terbiar.

”Ini kerana sebelum ini berlaku mereka yang mendapat geran tanah berkenaan tidak lagi mengusahakan projek.

”Keadaan itu tidak memenuhi hasrat kerajaan negeri,” katanya.

Read Full Post »