Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 27th, 2009

KAMPUNG RAJA Sinar Harian)– Operasi Hentian Bas Ekspres Ban-dar Jertih terletak di tepi jalan utama Kota Bharu – Kuala Terengganu berham-piran Jambatan Jertih akan berpindah ke Stesen Bas Sementara Bandar Jertih berkuat kuasa 1 Julai ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Wan Mustafa Wan Hasan berkata, pemindahan kaunter menjual tiket dan hentian bas itu terpaksa dilakukan disebabkan faktor keselama-tan orang ramai serta pengguna jalan raya.

Menurutnya, kadang-kadang bas ekspres berhenti di tepi jalan utama di hujung jambatan itu yang membahayakan pengguna lalu-lintas lain terutama bas ekspres dua tingkat yang sukar masuk ke bahagian sebelah dalam jalan.

“Mulai 1 Julai ini kaunter jualan tiket bas ekspres dan urusan mengambil penumpang akan beroperasi di stesen bas sementara yang terletak berdekatan Ibu Sawat Telekom Malay-sia di sini,” katanya.

Menurut Wan Mustafa, perubahan itu diharapkan memberi kemudahan kepada pelbagai pihak terutama penumpang, pengusaha bas ekspres dan pengguna jalan raya lain.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) — Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh sedia memberi kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini, awal bulan ini.

Idris yang baru pulang daripada mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat malam tadi, berkata beliau akan memberi segala maklumat yang ada jika dikehendaki berbuat demikian.

“Kalau SPRM meminta saya membantu siasatan, saya bersedia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Pendidikan Kolej Profesional Mara dan Kolej Mara di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian bumbung stadium berkenaan yang menempatkan pintu A, B dan BI ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP) yang runtuh awal bulan ini.

Idris yang turut meminta SPRM menyiasat secara menyeluruh termasuk daripada aspek perancangan pembinaan bumbung sehingga proses selepas strukturnya itu siap, berkata sehingga kini beliau belum dipanggil SPRM.

“Siasatan ini perlu dilakukan kerana kita perlu tahu kenapa struktur itu runtuh,” katanya.

Mengenai pelantikan tiga pemimpin baru dalam Badan Perhubungan Umno Terengganu, Idris berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno itu, dibuat selepas melakukan pertimbangan yang sewajarnya.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan pelantikan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang sebagai Setiausaha menggantikan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang digugurkan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno negeri menggantikan Datuk Zuber Embong.

— BERNAMA

Read Full Post »

Peragaan fesyen turut menarik perhatian peserta Seminar Penampilan Dalam Gaya Busana Muslimah di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 26 Jun (Utusan Malaysia)- Biarpun pelbagai jenis fesyen dan pakaian masa kini digayakan, namun busana muslimah tetap menjadi tarikan dan pilihan.

Coraknya yang cantik membuatkan hati terpaut untuk memilikinya.

Rekaannya yang eksklusif menjadikannya pilihan generasi muda masa kini.

Kelahiran pelbagai fesyen busana muslimah adalah selari dengan cita rasa wanita masa kini yang amat mementingkan penampilan menutup aurat.

Namun dalam pada menutup aurat, mereka juga tidak mahu kalah dalam memilih produk yang serasi dengan jiwa.

Menyedari hakikat itulah kerajaan negeri Terengganu menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri menganjurkan Seminar Penampilan Dalam Gaya Busana Muslimah di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir di sini hari ini.

Seminar sehari itu turut mendapat kerjasama Terengganu International Design Excellence (TiDE) dan Pergerakan Puteri UMNO Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said merasmikan seminar sehari itu.

Empat tokoh turut menyampaikan ceramah masing-masing dalam seminar yang dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk setempat.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif TiDE, Profesor Madya Sulaiman Abdul Ghani yang membentangkan ceramah bertajuk ‘Pemahaman Tekstil Tradisi.’

Ini diikuti Ketua Unit Tekstil dan Fesyen Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Mohd. Nazari Maarus yang membentangkan ceramah bertajuk ‘Penggayaan Fesyen Kontemporari/ Busana Muslim Dalam Penampilan Masakini’.

Selain itu Personaliti tv9, Farah Adeeba Mohamad Ashraf pula membentangkan ceramah bertajuk ‘Pengalaman Sebagai Personaliti dan Perubahan Dalam Penampilan Berkonsepkan Busana Muslimah.’

Read Full Post »