Ketika pulang dari bekerja semalam sekitar jam 6.30 ptg, 17 Jun, Cik Norafarzura binti Khalid (Zura), salah seorang kakitangan kami diragut sekitar beberapa meter dari rumahnya di Kuala Ibai.
Zura yang menunggang motorsikal jatuh apabila peragut cuba menarik beg tangannya yang diletakkan di dalam bakul depan. Zura mengalami kecederaan di bahu, lengan, tangan dan kaki dan diberi cuti sakit. Walau bagaimanapun peragut gagal menarik beg tersebut kerana talinya terputus.
Pengurusan dan seluruh kakitangan mendoakan agar Zura cepat sembuh.
Leave a Reply