Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Wisma Darul Iman’

KUALA TERENGGANU 15 Julai (Utusan Malaysia)- Menteri Besar, Datuk Ahmad Said hari ini menafikan spekulasi kononnya akan berlaku rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Saya tidak pernah merancang untuk merombak kedudukan Exco sedia ada malah berpuas hati dengan prestasi yang mereka tunjukkan.

“Bagaimana kita hendak rombak Exco yang baru pegang jawatan dua tahun, kita tidak boleh menilai prestasi mereka berdasarkan tempoh ini,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin akan berlaku rombakan Exco negeri ekoran terdapat anggotanya yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Ahmad berkata, prestasi ahli-ahli Exco akan dinilai selepas satu penggal melaksanakan tugas masing-masing.

“Kita tidak boleh menilainya sekarang kerana tahun pertama adalah tahun bulan madu, tahun kedua adalah tahun perancangan. Jadi tidak adil kita menilai dalam tempoh ini,” ujarnya.

Ahmad berkata, beliau memberi peluang selama satu penggal untuk melaksanakan tugas sebelum melihat sejauh mana prestasi ahli Exco terbabit.

Read Full Post »