Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Tuanku Mizan’


AHMAD membuat lawatan mengejut di premis gerai makanan di Pusat Akuatik MBKT di Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

MB sedia dedah hasil siasatan jika ada kepincangan prosedur pembinaan

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dukacita dengan kejadian runtuh sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata baginda melahirkan perasaan itu ketika dimaklumkan mengenai insiden yang dianggar membabitkan kerugian RM25 juta itu pada hari kejadian.

Beliau berkata, Seri Paduka juga dimaklumkan susulan perkembangan semasa kejadian itu berserta gambar runtuhan berkenaan.

“Baginda memang sedih dan dukacita dengan kejadian itu,” katanya selepas meninjau operasi trafik dan membanteras samseng jalanan di Jalan Sultan Mohammad di sini, kelmarin. Hadir sama Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, Selasa lalu, bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta, yang perasmiannya disempurnakan Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mei tahun lalu, runtuh.

Stadium berkapasiti 50,000 penonton itu adalah yang pertama di Asia dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang atau ‘space frame’.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tragedi itu, beliau berkata, pihaknya tiada maklumat mengenainya, bagaimanapun sentiasa bersedia dan bersikap terbuka membantu siasatan suruhanjaya itu.

“Saya tidak tahu lagi (perkembangan) setakat ini. SPRM belum menghubungi saya lagi, tetapi tidak tahulah siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri bagaimana. Kita serahkan sepenuhnya kepada SPRM menyiasat berasaskan peruntukan undang-undang untuk mengenal pasti setiap kelemahan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia mendedahkan kepada umum hasil siasatan pihak berkuasa jika berlaku kepincangan dalam prosedur pembinaan dan penyelenggaraan prasarana awam itu.

Sementara itu, Ahmad yang mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Batu Burok di sini, menyuarakan kekecewaannya terhadap JKR negeri, yang mengambil mudah aspek pembinaan dan penyelenggaraan prasarana itu sehingga boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.

“Saya memang tidak berpuas hati dan sangat kecewa dengan JKR negeri. JKR (bertanggungjawab) mengawasi sesuatu projek, tetapi tiada pegawai yang datang.

“Sepatutnya kena lantik pegawai datang masa pembinaan. Jangan lepas tangan. Jangan ambil mudah lepaskan projek pada kontraktor, tetapi tidak buat pemantauan dan pemeriksaan susulan.

“Saya harap mereka dapat terima teguran ini secara positif,” katanya yang tidak berpuas hati dengan rekaan kolam renang itu.

Advertisements

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, Sat (Bernama): Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin is sad over the collapse of the roof of the stadium named after him, at the Gong Badak Sports Complex last Tuesday.

Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said said Tuanku Mizan had expressed disappointment when he informed the King of the incident.

“Today (Friday), I had an audience with the Yang di-Pertuan Agong to present him the details and photographs of the stadium roof collapse.

“His Majesty was saddened and disappointed, of course,” he said after joining the Terengganu police in an anti-crime and road bully operation here last night.

In the 9.30am incident on Tuesday, 60 per cent of the roof at the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium, including that above the royal box at the grand stand, built at a total cost of RM270 million, collapsed.
The stadium, opened by Tuanku Mizan on May 10 last year, could accommodate 50,000 people and was the first of its kind in Asia to utilise a column-free system.

Commenting further, Ahmad said he was willing to expose all flaws which could have led to the collapse.

On the Malaysian Anti-Corruption Commission investigation into the incident, he said the commission had yet to contact him for a statement. — BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian.

“Pada hari ini (semalam), saya sekali lagi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mempersembahkan maklumat serta gambar-gambar runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Sudah tentu Baginda sedih dan dukacita terhadap apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai polis Terengganu dalam operasi bersepadu cegah jenayah dan samseng jalanan di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi Selasa lepas, sebahagian struktur bumbung di tempat duduk utama, termasuk pentas diraja Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang keseluruhan pembinaannya bernilai RM292 juta, ranap.

Stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang itu dirasmikan Tuanku Mizan pada 10 Mei tahun lepas dan yang pertama di Asia dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata beliau sedia mendedahkan kepada umum segala kepincangan yang berlaku termasuk berhubung insiden runtuhan bumbung stadium berkenaan, sebagai ingatan kepada pihak-pihak berkaitan supaya tragedi itu tidak berulang.

Beliau sekali lagi mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya melakukan pemeriksaan keselamatan termasuk daripada aspek pendawaian terhadap semua bangunan yang menjadi tumpuan ramai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Ahmad turut memaklumkan bahawa beliau akan melawat bangunan-bangunan tersebut supaya arahan yang diberikannya dipatuhi oleh setiap PBT di negeri ini.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tragedi runtuhan bumbung stadium berkenaan, Ahmad berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh suruhanjaya berkenaan untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

“Saya bersikap terbuka dalam perkara ini dan bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk mengenalpasti punca tragedi runtuhan bumbung stadium berkenaan,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

SETIU, 23 Mei (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengetuai 109 pelumba menyertai Kejohanan Kuda Lasak Edaran Endurance Classic 2009 di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini.

Seri Paduka yang mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) dan menunggang kuda bernama “Jakim Murphy” bersaing dalam kategori 120km bersama 15 peserta lain.

Perlumbaan dijangka berakhir kira-kira 11 pagi esok.

Sementara itu, Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah turut mengambil bahagian dalam acara 40km.

Kejohanan dua hari anjuran bersama Edaran Berhad dan kerajaan Terengganu itu, membabitkan kategori 40km, 80km, 120km dan 160km.

— BERNAMA

Read Full Post »