Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘terkini runtuh’

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kerajaan negeri Terengganu menyiasat dengan menyeluruh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh awal pagi ini, memandangkan bangunan itu baru dibina.

Beliau berkata perlu disiasat sama ada kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan pengesahan bangunan stadium itu selamat digunakan, dibuat mengikut prosedur yang betul ataupun tidak .

“Kerosakan sikit-sikit tu biasalah, tapi kalau runtuh sana, runtuh sini, ia tidak menggambarkan profesionalisme,” katanya pemberita selepas menutup Program Titian Gemilang V yang merupakan kursus motivasi bersepadu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2009 anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab Umno Luar Negara di sini, Selasa.

Beliau berkata apa yang penting ialah semua pihak mahu tahu punca kepada kejadian itu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi tadi, hampir 60 peratus struktur bahagian bumbung stadium yang berharga RM270 juta yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas telah runtuh.

Ditanya mengenai cadangan agar kerajaan membenarkan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan, Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air adalan tegas.

“Hentikan debat mengenai Chin Peng dan komunis agar luka lama tidak berdarah kembali, terima keputusan kabinet dan kerajaan dan hargailah wira-wira Malaysia yang terkorban akibat memerangi komunis ketika zaman darurat,” katanya.

Kerajaan tidak akan melayan cadangan dari mana-mana pihak untuk membangkitkan isu Chin Peng dan komunis, katanya.

Rakyat Malaysia harus sedar mengenai betapa zalimnya komunis, ramai orang yang meninggal dunia, ada yang menjadi orang kurang upaya, itu sudah jelas menunjukkan kezaliman mereka, katanya.

“Kalau keluarga anda yang terlibat, mesti ada perasaan marah, cuba bayangkan kalau kita lah yang mempunyai ahli keluarga yang terseksa akibat kezaliman komunis, takkan kita (kata) balik lah, sila lah, kita sediakan permaidani merah untuk mereka (Chin Peng dan golongan Komunis),” katanya.

Mengenai kemelut isu kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP), Muhyiddin berkata pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada beliau yang mereka memerlukan masa untuk menyediakan laporan lengkap.

Katanya ROS akan memaklumkan kepadanya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila laporan tersebut siap kelak.

Mengenai masalah kekeliruan pengambilan pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah menimbulkan rasa kurang puas hati ibu bapa dan pelajar terbabit, Muhyiddin berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dalam mesyuarat kabinet esok untuk maklumat terperinci mengenainya.

— BERNAMA

*******************************************

Laporan sebelum ini:

  1. Kejadian Bumbung Stadium Runtuh Memalukan Negara – Shaziman
  2. Gambar-gambar stadium Sultan Mizan runtuh
  3. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh
  4. Gong Badak stadium roof collapse
Advertisement

Read Full Post »

Untuk lihat Gambar-gambar stadium Sultan Mizan runtuh (klik di sini)

*****************************************

KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) — Kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini, yang runtuh pagi ini amat memalukan negara, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan.

“Walaupun daripada segi membaikpulihnya ditanggung oleh kontraktor dengan memasang bumbung baru, ia memberi gambaran yang tidak baik kepada negara, seolah-olah kontraktor kita tidak berkemampuan untuk melakukan kerja (membina) bangunan sedemikian rupa,” katanya selepas meninjau stadium itu bersama Menteri Besar Datuk Ahmad Said, Selasa.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, hampir 60 peratus struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh menyebabkan besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk.

Shaziman berharap Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat kajian terperinci bagi mengenalpasti punca runtuhan itu.

“Saya minta satu juru perunding yang mempunyai kepakaran dan berkualiti dilantik bagi menilai dan mengkaji mengapa bumbung stadium baru itu boleh runtuh.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Apa yang saya mahu ialah satu laporan terperinci kerana kejadian ini memalukan negara walaupun kesilapannya mungkin bukan berpunca daripada kita,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu akan menyebabkan masyarakat luar menganggap kontraktor tempatan tidak berkemampuan untuk membina bangunan-bangunan besar.

“Saya juga ingin tekankan kepada CIDB supaya lihat dengan terperinci jika hendak membina satu-satu struktur bangunan di negara ini daripada perancangannya, reka bentuknya, juruperunding, pembinaannya sehinggalah kalau bangunan itu hendak diruntuh pun kita sudah ada piawaian amalan kerja. Kita tidak akan bertolak-ansur dalam perkara ini.

“Pemilihan kontraktor hendaklah berdasarkan kemampuan dan kalau projek besar, pastikan konsultan itu ada kapasiti. Begitu juga dengan kontraktor mesti ada pengalaman dan pengetahuan teknikal yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri akan melantik konsultan bebas yang benar-benar berkemampuan dan mendapatkan maklumat dari Jabatan Kerja Raya bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati kerugian dianggar RM25 juta,” kata menteri besar itu yang jelas sedih dan kecewa dengan insiden yang berlaku itu.

Beliau berkata stadium utama itu akan ditutup sehingga kerja membaikpulih dilakukan sepenuhnya dan ia akan dibuka setelah mendapat jaminan keselamatan daripada kontraktor yang akan dilantik kelak.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata stadium tertutup dan beberapa bangunan baru yang terletak berhampiran stadium utama itu akan diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati polis, bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) masih mengawal keadaan sekitar stadium berkenaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Stadium berharga RM292 juta itu baru siap setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Ia menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

— BERNAMA

Read Full Post »

dipetik dari pelbagai sumber:

1.  dari Bernama:

stadium-bernama1stadium-bernama2stadium-bernama3stadium-bernama4

2.  dari http://buletinonline.net

stadiumruntuh

stadiumruntuh2bandingan(klik untuk imej lebih besar)

3.  dari mampat.blogspot.com

stadiumruntuh-mampat

stadiumruntuh-mampat2

stadiumruntuh-mampat3

stadiumruntuh-mampat44. dari hardyweb: http://hardyw3b.wordpress.com

stadium-hardyruntuh2stadium-hardyruntuh3

stadium-hardyruntuh4stadium-hardyruntuh5

5. dari terengganuleningblogspot

stadium runtuha lening2stadium runtuha lening1

6. Malay Mail:

stadium Collapse mmail1stadium Collapse mmail2stadium Collapse mmail3

7.  NST:

RUNTUH / STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Read Full Post »