Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Tepoh’

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Seramai 17 kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan pengusaha makanan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh menyertai Bengkel Pemprosesan Produk Makanan Komersial (BPPMK) yang dianjurkan oleh UMT dengan kerjasama kerajaan negeri.

Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata bengkel itu adalah antara aktiviti Program Tanggungjawab Sosial Korporat bertujuan membantu masyarakat setempat terutama wanita dan ibu tunggal mengembangkan pengetahuan dalam bidang pemprosesan makanan dan perniagaan.

Katanya, melalui bengkel berkenaan, peserta akan didedahkan dengan pengetahuan dan teknik asas yang betul berhubung cara pemprosesan produk makanan komersial sama ada untuk kegunaan harian atau perniagaan bagi penghasilan produk berkualiti tinggi.
“Sebagai sebuah gedung ilmu, wajar bagi kami menyalurkan maklumat kepada orang ramai melalui aktiviti sebegini dan ia sejajar dengan visi universiti untuk menjadi institusi penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu berinovatif kepada pembangunan insan.

“Kita berharap peserta akan mendapat ilmu bermanfaat dan lebih berdaya saing bagi meningkatkan taraf ekonomi masing-masing,” katanya ketika merasmikan bengkel berkenaan di UMT, kelmarin.

Aziz berkata, bengkel yang diadakan dalam tiga fasa itu amat bermanfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) industri makanan terutama dalam kegawatan ekonomi sekarang kerana ia banyak membantu dalam teknik penjimatan.

“Berikutan keadaan ekonomi sekarang, pendedahan kepada penghasilan produk secara komersial dapat membantu penjimatan dan meningkatkan taraf ekonomi berbanding amalan yang dipraktikkan oleh usahawan selama ini.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 8 Jun (Utusan Malaysia)- Seorang pengusaha bengkel kereta menahan bekas pekerjanya yang dipercayai terlibat mencuri komponen enjin terpakai di bengkelnya di Kampung Padang Air, Tepoh dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di Kampung Pasir Putih oleh bekas majikannya itu kira-kira pukul 6.15 petang sebelum menyerahkannya kepada polis.

Katanya, barangan komponen enjin bernilai kira-kira RM1,500 yang dicuri itu turut ditemui di rumah suspek.

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah iaitu mencuri dan mengedar dadah secara kecil-kecilan ditahan di rumahnya bersama barang-barang yang dicuri.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, pengusaha bengkel itu yang juga seorang kontraktor berusia 40-an menerima panggilan daripada seorang lagi bekas pekerjanya memaklumkan bahawa bengkel kereta itu dipecah masuk kira-kira pukul 4 petang.

“Selepas menerima panggilan itu, pengusaha itu bergegas ke bengkelnya dan mendapati beberapa komponen enjin terpakai yang disimpan, hilang.

“Bertindak atas maklumat orang awam, mangsa pergi ke rumah suspek dan mendapati barang-barang yang dicuri berada dalam rumah itu,” ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit dekat sini kira-kira pukul 5 petang hari kejadian.

Read Full Post »