Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘tempat duduk’

Stadium baru setahun diguna sudah runtuh – Struktur bumbung ranap dalam masa 10 saat


TINJAUAN udara menunjukkan runtuhan sebahagian daripada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU (Kosmo) – Pagi ini sepatutnya kira-kira 1,000 atlet dan pegawai sukan dijadualkan menyertai Kejohanan Sukan Staf Institusi Pengajian Awam Malaysia kali ke-34 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana 24 jam sebelum menyertai acara masing-masing pada kejohanan itu, bumbung stadium tempat mereka bakal beraksi ‘menyembah bumi’ semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu telah menyebabkan 60 peratus daripada bumbung stadium yang dibina kontraktor dari Korea Selatan itu ranap sama sekali selepas struktur besinya dipercayai patah.

Insiden yang pertama kali berlaku di Malaysia itu sebenarnya meninggalkan banyak persoalan dan memalukan industri pembinaan di negara ini.

Selain ranap pada usianya baru setahun, kualiti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang dibina dengan kos kira-kira RM300 juta itu boleh dipersoalkan kerana bumbungnya ranap sama sekali.

Dalam kejadian itu, bahagian timur stadium itu terjejas apabila kesemua struktur bumbung berbentuk bulan sabit roboh sepenuhnya.

Kawasan yang terlibat itu menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 yang turut mengandungi tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.

Beberapa saksi memberitahu Kosmo!, bumbung stadium sepanjang 400 meter itu roboh dalam masa 10 saat sahaja menyebabkan gegaran kuat di sekitar stadium.

Advertisement

Read Full Post »

insidepix1

KUALA TERENGGANU (NST): If the roof of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium had collapsed today instead of yesterday, thousands of lives may have been lost.

The collapsed roof damaged several vehicles in the car park. — NST  picture by Rozainah Zakaria
The collapsed roof damaged several vehicles in the car park. — NST picture by Rozainah Zakaria

For the stadium was scheduled to host the Public Institutions of Higher Learning games which would have seen thousands of competitors and spectators packed in the year-old sports arena.

Although no lives were lost, the collapsed roof has left numerous red faces in the state.

Calling it an embarrassment that had tarnished the country’s image, Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor lashed out at contractors for not building a proper structure.

Shaziman said the ministry would investigate the cause of the collapse and an in-house consultant would evaluate the damage.
A car and three motorcycles parked outside the stadium were damaged when about 80 metres of the roof collapsed about 9.30am.

Most of the debris crashed onto the grandstand of the RM292 million ringgit stadium.

“People will say that in Malaysia, not only newly constructed buildings collapse, but even ones earmarked for demolition,” he said, referring to the collapse of the Jaya Shopping Centre in Petaling Jaya, Selangor on Thursday, which killed seven Indonesian workers and injured two others.

“There should be no compromise when it comes to selecting the best experts for such jobs.”

Shaziman was speaking after visiting the site yesterday afternoon. Also present were Menteri Besar Datuk Ahmad Said, state secretary Datuk Mokhtar Nong and several state executive council members.

On opposition politicians’ statements that they would lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission on the matter, Shaziman said there was nothing to hide and the ministry would cooperate with the MACC.

Said said the stadium was issued a temporary certificate of fitness by the Public Works Department just before the Malaysian Games last May, although none was required for a government building.

He also estimated damage at RM25 million, adding that a Korean contractor was appointed to construct the roofing structure.

“We don’t have the details of why and how it happened but we will wait until the investigations are over,” he said, adding that the stadium would be closed until repairs were completed.

He also said the stadium was still under the main contractors’, Bina Struktur Sdn Bhd, Emarcon Sdn Bhd and Genggam Mercu, two-year warranty.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 2 Jun – Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Runtuhan pada pukul 9.30 pagi itu berlaku kira-kira setahun stadium tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter itu menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

Kejadian itu turut merosakkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil serta tiga buah motosikal, tetapi tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

Ini berikutan kesemua 19 pekerja di sebuah pusat boling yang berada di aras satu, stadium setinggi lima tingkat itu berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari runtuhan.

Pemilik kereta berkenaan, Hanafiah Osman, 27, yang berada di luar stadium berkata, dia bersama empat rakannya sedang menjalankan kerja-kerja memasang lampu apabila tiba-tiba mendengar bunyi seperti benda ‘patah’ kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Bunyi kuat itu datang daripada tempat saya meletakkan kereta. Saya terus bergegas ke sana dan melihat bumbung tersebut runtuh perlahan-lahan lalu menghempap kereta saya.

“Saya tergamam melihat runtuhan itu dan menelefon bapa untuk memberitahu kejadian yang berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Hanafiah yang menetap di Kampung Bukit Bayas di sini berkata, tiga motosikal rosak itu adalah milik rakan sekerjanya dan turut melakukan kerja-kerja pemasangan lampu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Pauzan Ahmad berkata, terdapat seramai 19 orang berada di dalam stadium ketika kejadian berlaku.

“Bagaimanapun mereka iaitu 17 pekerja di Pusat Boling Si Diman dan dua pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan diri.

“Namun pihak bomba tetap menjalankan pemeriksaan di setiap tingkat stadium yang terlibat dalam runtuhan itu,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 9.45 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

“Seramai 25 anggota dengan tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hiliran serta Jalan Kota dikejarkan ke tempat kejadian,” ujarnya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan salah sebuah daripada dua stadium yang terdapat di Kompleks Sukan Negeri selain stadium tertutup.

Pembinaan Kompleks Sukan Negeri dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan.

Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM292 juta manakala stadium tertutup RM160 juta dengan pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain.

Read Full Post »