Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Taman Permint Jaya’

TAMAN PERMINT JAYA (Sinar Harian) – Pemimpin di sini memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat garisan kuning dan menyediakan papan tanda amaran selekoh tajam di persimpangan Jalan Rajawali, berhadapan Kompleks Noor Arfa Batik, memandangkan simpang itu amat berbahaya kepada pengguna laluan berkenaan.

Setiausaha Jawatan-kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Permint Jaya, Ahmad Zamri Sulong berkata, Jalan Rajawali adalah salah satu penghubung utama ke kawasan perindustrian Chendering dan laluan itu sentiasa sibuk terutama pada waktu puncak hari bekerja.

“Laluan ini dijadikan salah satu laluan kenderaan berat yang ingin ke kawasan perindustrian berham-piran.

“Ia juga sentiasa sibuk kerana ia adalah laluan utama penduduk di sini dan kampung berhampiran antaranya Kubang Ikan menuju ke Pusat Bandar,” katanya.

Pihaknya mendakwa, simpang di situ terlalu bahaya memandangkan ia berada di selekoh yang agak tajam.

“Situasi ini membahayakan pengguna terutama mereka yang ingin keluar dari simpang tersebut,” katanya.

Beliau turut mendakwa kebanyakan kenderaan yang melalui laluan itu dipandu laju.

“Jadi, saya mewakili pemimpin di sini mengharapkan PBT mengambil inisiatif menyediakan garisan kuning di persimpangan ini demi keselamatan orang ramai.

“Selain itu, kami mengharapkan PBT menyediakan satu papan tanda ama-ran selekoh tajam kerana sehingga hari ini, papan tanda itu masih belum ada,” katanya.

Dengan adanya papan tanda amaran itu, katanya, ia dapat memberi peringa-tan kepada pengguna supaya memperlahankan kende-raan mereka.

Ahmad Zamri mengha-rapkan, PBT tidak meman-dang remeh permasalahan itu kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa orang ramai yang saban hari menggunakan laluan berkenaan.

“Buat pengetahuan, sebelum ini, kerap berlaku kemalangan di sini selain ada kenderaan terbabas kerana mereka tidak tahu kewu- judan selekoh tajam itu, terutama bagi yang tidak pernah menggunakan laluan ini.

“Jadi saya mengharapkan PBT mengambil tinda-kan secepat mungkin demi keselamatan dan kebaikan orang awam,” katanya.

Read Full Post »