Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘RTB’

PERMAISURI: Kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas 60 hektar di Kampung Banggol, dekat sini untuk program Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata sejumlah RM300,000 diperuntukkan untuk membina kemudahan asas, termasuk parit dan jalan.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengenal pasti seramai 170 peserta yang dijangka ditempatkan di RTB itu sebelum Oktober depan.

“Antara kriteria pemilihan peserta projek ialah mereka yang tidak mempunyai tapak rumah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, di sini, semalam.

Ahmad berkata, hak milik tanah akan diberikan selepas peserta mendirikan rumah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan Umno dalam bahagian Setiu di tempat yang sama, Ahmad meminta pemimpin parti supaya mengawal disiplin dan memiliki nilai moral tinggi untuk memperkasakan parti.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata menjadi tanggungjawab perminpin di semua peringkat untuk mengasuh dan mendidik generasi muda bersama parti agar mereka berperanan dan berkebolehan mewarisi amanah bangsa.

“Pemimpin dan ahli Umno bukan sekadar mewarisi sebuah organisasi, malah mewarisi satu amanah perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara,” katanya.

Read Full Post »