Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘mangsa’

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Arapaima Gigas yang didakwa wujud di Tasik Kenyir antara spesies hidupan air yang diharamkan ditangkap atau dipelihara di negara ini.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu, Abdul Wahab Abdullah, berkata ini kerana ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan lain sebagai makanan.

Menurutnya, ikan berkenaan mempunyai jangka hayat yang lama, manakala saiznya boleh membesar sehingga melebihi 4.5 meter dan mencapai berat sekitar 120 kilogram (kg).

“Ikan Arapaima Gigas tergolong dalam keluarga Osteoglossidae (ikan berlidah tulang) iaitu satu keluarga dengan Arowana di negara ini. Bentuk sisinya hampir sama dengan Arowana tetapi Arapaima Gigas mempunyai badan bulat manakala Arowana berbentuk leper,” katanya.

Beliau berkata, ikan karnivor itu mempunyai gigi halus seperti gigi haruan dan boleh membuka mulut seperti ular sawa. Cara makannya pula hampir menyerupai Toman dan Haruan, ia akan melihat dulu mangsanya sebelum menyambar.

“Bagi mereka yang baru melihat cara ikan ini membaham mangsanya mungkin terkejut mendengar bunyi kuat terhasil ketika ia menerkam mangsanya, malah ia turut menyebabkan air bergelombang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sebagai spesies karnivor, ikan berkenaan menggunakan giginya yang tajam untuk mencengkam mangsa sebelum menelannya.

Abdul Wahab berkata, Arapaima Gigas mendiami kawasan air gelap dan naik ke permukaan setiap 12 minit untuk menghirup udara.

“Anaknya berwarna hitam kehijauan dan warnanya bertukar warna merah garang apabila dewasa. Semakin dewasa, warnanya terang dan ini menjadikannya mirip seperti naga,” katanya.

Berhubung dakwaan kewujudan ikan berkenaan di Tasik Kenyir, beliau berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan, namun jika dakwaan itu benar, pihaknya percaya ada kemungkinan ia dilepaskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Kami tidak dapat memastikan kewujudan ikan naga atau Arapaima Gigas di Tasik Kenyir kerana tiada laporan, namun jika ia wujud, ia boleh memusnahkan pembiakan ikan lain.

“Kemungkinan juga lembaga hitam yang didakwa sering dilihat menyusuri beberapa sungai adalah ikan itu kerana ia bergerak seperti naga dan menyebabkan gelombang serta kocakan air kuat ketika menerkam mangsanya,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Wahab berkata, pihaknya sebelum ini ada dimaklumkan berhubung kewujudan ikan Tapah gergasi dan spesies itu boleh membesar dengan cepat kerana sumber makanannya iaitu ikan bersaiz kecil, banyak ditemui di tasik itu.

***************************

Posting berkaitan:

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Berang ditegur kerana menumpang duduk di sebuah kedai makan, seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila menendang kepala pemilik premis berkenaan, kelmarin.

Kejadian di sebuah kedai makan di Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), kira-kira jam 2.30 petang itu, menyebabkan mangsa berusia 42 tahun berasal dari Kampung Kuala Bekah, jatuh tersungkur ke lantai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian berlaku ketika gerai mangsa didatangi seorang lelaki yang kemudian duduk di kerusi.

Menurutnya, mangsa kemudian terus ke tempat duduk suspek untuk mengambil pesanan makanan dan minuman.

“Bagaimanapun, suspek menjawab dia hanya mahu menumpang duduk di kerusi itu dan mangsa memberitahu suspek supaya tidak duduk di situ terlalu lama kerana dia berniaga manakala pelanggan lain mahu menduduki kerusi berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian beredar dari kawasan itu sebelum melihat suspek membuang sos dan perisa makanan atas meja yang didudukinya.

“Melihatkan perbuatan suspek, mangsa terus menghampirinya dan tanpa sempat berbuat apa-apa, satu sepakan dilepaskan suspek hingga terkena kepala mangsa menyebabkan dia tersungkur di lantai.

“Suspek melarikan diri dengan meninggalkan beg galas dan pemeriksaan mendapati hanya terdapat dokumen bank di dalam beg berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang lebam pada matanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu jam 4.30 petang dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Seorang wanita tidak sedarkan diri akibat mengalami gegaran otak selain bengkak bibir, lebam mata kanan dan patah gigi selepas menjadi mangsa ragut di Jalan Tengku Omar, Gong Badak, dekat sini, semalam.

Kejadian jam 11.30 pagi itu berlaku ketika Mazlina Nawang, 45, pekerja kedai dobi Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu di sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Tembusu, Batu Rakit sebelum dihampiri peragut bermotosikal yang cuba melarikan beg tangannya.

Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan.

Walaupun mangsa mengalami kecederaan serius, keadaannya stabil selepas menerima rawatan segera kakitangan Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Namun, wanita itu belum bersedia memberi keterangan.

Beberapa pegawai penyiasat dilihat berada di perkarangan hospital berbual dengan keluarga mangsa bagi mendapatkan gambaran kejadian, namun mereka juga tidak mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku.

Perkembangan itu menyebabkan polis hanya berpandukan kepada laporan awal kejadian dan menunggu mangsa pulih sepenuhnya untuk diambil keterangan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah, Deputi Superintendan Harry Chung Chiu Mok, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Memang kita menerima maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan mengenainya masih dijalankan,” katanya.

Anak sulung mangsa, Nur Aqidah Nasffatil, 23, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi seseorang melalui telefon bimbit ibunya yang memaklumkan ibunya cedera dan dihantar ke HSNZ.

Menurutnya, beg tangan ibunya gagal dilarikan dan sudah diserahkan kepadanya semalam dengan semua dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan wang tunai tidak terusik.

“Saya tidak tahu bagaimana beg itu masih ada pada ibu, mungkin talinya terputus menyebabkan kenderaan itu sukar dikawal lalu dia terjatuh.

“Bagaimanapun, saya berharap orang ramai yang membantu ibu dapat menghubungi polis atau bertemu kami sekeluarga kerana kami juga mahu tahu bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang menziarahi ibu enam anak berusia dua hingga 23 tahun itu mendapati wanita itu belum sedar sepenuhnya dan tidak mampu bercakap.

**************************

Dari The Star:

Daughter of snatch-theft victim vows to seek revenge

KUALA TERENGGANU: The daughter of a snatch-theft victim has vowed to seek revenge against the thief who injured her mother, even to the extent of engaging a bomoh.

“I will not leave him alone, he ought to be taught a lesson for this inhumane act,” said Nur Aqidah Nasffati Abdul Jalil, 23, outside Sultanah Nur Zahirah Hospital where her 45-year-old mother was being treated for multiple facial and body injuries.

Housewife Mazlina Nawang, 45, was on her way home in Mengabang Panjang, Batu Rakit from work at a laundry outlet when she fell prey to a snatch thief.

Bloody encounter: Mazlina, who had massive facial injuries, being treated at the emergency room of the Sultanah Nur Zahirah Hospital Thursday.

Mazlina was riding her motorcycle when she stopped at a traffic-light junction near her home at about 11am.

The thief who was also riding a motorcycle, seized the handbag that was slung on her left shoulder.

Mazlina put up a struggle, and the thief then kicked her motorcycle causing her to fall.

Despite bleeding from her cuts and lying on the roadside, Mazlina continued to cling on to her handbag while the thief tried to pull it from her.

The suspect fled empty-handed when a group of people ran towards him.

Passers-by rushed Mazlina to the hospital.

Nur Aqaidah said she received several calls informing her that her mother was injured in the incident at about 12pm.

But there was an anonymous caller who gave me the registration number of the suspect’s motorcycle and I will track him down at all cost, even if I have to go to the extent of seeking the help of a bomoh,” she said.

Nur Aqaidah said she strongly believes the suspect was a local and had trailed her mother for some time.

“My mother works hard to supplement our family’s income and seeing her in this condition breaks my heart,” she said in a furious tone.

Nur Aqaidah later lodged a police report while the hospital employees handed over her mother’s handbag which contained documents and RM500 to her.

Read Full Post »