Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘London’

KUALA TERENGGANU 22 Jun (Utusan Malaysia) – Kerajaan negeri merancang menubuhkan sebuah pusat latihan penyenggaraan kapal terbang di Terengganu pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri kini dalam peringkat perbincangan dengan sebuah universiti di London, Britain untuk melaksanakan penubuhan pusat latihan tersebut.

Kata beliau, pihaknya menjangka pelaksanaan pusat tersebut akan menelan belanja lebih RM100 juta.

”Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menyediakan kemahiran untuk membantu rakyat Terengganu mendapat pekerjaan dalam bidang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Menteri Besar bersama Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di sini hari ini.

Ahmad berkata, sebelum ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8.3 juta untuk menaja 50 pelajar negeri itu melanjutkan pengajian dalam bidang penerbangan terutama sebagai juruterbang dan jurutera pesawat.

”Usaha untuk melatih anak Terengganu ini dicapai melalui perjanjian bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dan Asia Pasific Flight Training (APFT).

”Sebanyak 20 pelajar akan mengikuti latihan juruterbang di Asia Pasific Flight Training (APFT) di Kota Bharu, Kelantan manakala 20 orang lagi dilatih oleh Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC) menjadi juruteknik pesawat dan selebihnya mengikuti kursus kejuruteraan pesawat,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya juga bersedia menambah jumlah penajaan pelajar dalam bidang tersebut jika MAS memerlukan lebih ramai juruterbang.

”Perkara ini telah saya kemukakan kepada pihak MAS dalam pertemuan dengan mereka baru-baru ini,” jelasnya.

Read Full Post »