Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘kompaun’

KUALA TERENGGANU 17 April (Utusan Malaysia) – Penduduk bandar raya ini yang menerima saman lalu lintas daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ditawarkan kompaun RM10 bagi setiap kesalahan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat MBKT, Noor Laila Ariffin berkata, tawaran kompaun itu akan bermula Ahad ini sehingga 3 Mei ini sempena Minggu Pengurangan Bayaran Kompaun Kesalahan Lalu Lintas.

Katanya, bagi memudahkan pembayaran dilakukan, MBKT menyediakan beberapa kaunter semakan dan bayaran di beberapa lokasi di daerah ini yang turut beroperasi pada hujung minggu.

”Orang ramai boleh membuat pembayaran pada hari bekerja di Kaunter Hasil, Tingkat 1 MBKT dan Pusat Khidmat Pelanggan di Batas Baru.

”Selain itu, bayaran juga boleh dibuat di Pejabat Bahagian Tempat Letak Kereta, Pasar Besar Kedai Payang; Pejabat MBKT Cawangan Utara, Gong Badak dan Medan Tempat Letak Kereta Shahbandar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Read Full Post »

Kempen dua minggu bagi bayaran tertunggak

KUALA TERENGGANU (Berita Harian) : Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan potongan RM30 bagi setiap kompaun trafik kepada pengguna yang mempunyai saman trafik tertunggak sempena Minggu Pengurangan Bayaran Kompaun Trafik MBKT bermula 15 hingga 30 April ini.

Melalui kempen itu, setiap pengguna yang mempunyai kompaun tertunggak yang sebelum ini dikenakan RM40 bagi setiap kompaun hanya perlu membayar RM10.

Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim, berkata potongan istimewa itu diberikan berikutan MBKT mempunyai kira-kira 200,000 kompaun trafik tertunggak yang berjumlah kira-kira RM8 juta bermula 2003.

“Kempen dua minggu ini bertujuan memberikan peluang kepada pengguna yang mempunyai kompaun tertunggak untuk menjelaskan kompaun terutama bagi kesalahan meletakkan kenderaan di petak bermeter tanpa membuat bayaran, selain kesalahan menghalang laluan dan meletak kenderaan di petak tidak dibenarkan.

“Selepas tamat kempen dua minggu, pengguna yang dikenakan kompaun perlu membayar jumlah penuh iaitu RM40 dan tindakan mengunci roda kenderaan yang mempunyai tunggakan akan dilaksanakan selepas itu,” kata selepas Majlis Bertemu Pelanggan MBKT di Menara Permint di sini, semalam.

Katanya, ada antara pengguna dan pemilik kenderaan yang mempunyai sehingga 60 saman dan tidak pernah membayarnya sejak sekian lama.

Beliau berkata, tindakan mengunci tayar kenderaan yang gagal menjelaskan kompaun sudah dilaksanakan sebelum ini, bagaimanapun tahun ini penguatkuasaannya akan dilaksanakan secara agresif bagi memastikan pengguna yang mempunyai saman tertunggak dapat menjelaskan saman dengan segera.

Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my

Read Full Post »