Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘keselamatan’

KUALA TERENGGANU 4 Jun (Utusan Malaysia) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu sedang mengumpulkan satu pasukan jurutera untuk memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega yang baru siap di negeri ini seperti yang diarahkan kerajaan negeri semalam.

Pengarahnya, Rosly Zainal berkata, pasukan itu yang akan diketuai Timbalannya, Ghazali Hashim akan melakukan pemeriksaan di ketiga-tiga bangunan baru itu dengan segera.

Menurutnya, pasukan tersebut akan memeriksa keseluruhan struktur ketiga-tiga projek baru siap itu bagi memastikan ia selamat untuk digunakan oleh orang awam.

”Perkara ini menjadi keutamaan kita sekarang. Kita akan melakukan pemeriksaan dengan segera seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengarahkan JKR memeriksa tahap keselamatan terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak, Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Menurut Rosly, JKR mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja pemantauan keselamatan ketiga-tiga bangunan tersebut.

Jelasnya, sebelum ini pihaknya sentiasa memantau projek-projek pembangunan yang dijalankan di negeri ini mengikut jadual yang ditetapkan.

”Kita percaya kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak akan berlaku di ketiga-tiga projek mega tersebut.

”Ini kerana reka bentuk bumbung di ketiga-tiga projek tersebut berbeza dengan bumbung stadium,” ujarnya.

Menurutnya, reka bentuk bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah dari jenis berbingkai manakala bumbung ketiga-tiga projek mega itu menggunakan reka bentuk biasa seperti bangunan lain.

Beliau berkata, JKR sudah mengarahkan kontraktor utama untuk menghubungi subkontraktor dari Korea yang mereka bentuk, membina dan memasang bumbung stadium itu.

”Subkontraktor tersebut dijangka menghubungi kontraktor utama dalam tempoh terdekat. JKR hanya berurusan dengan kontraktor utama dan bukan dengan subkontraktor,” jelasnya.

Read Full Post »

surau cherong lanjutCHERONG LANJUT (Sinar Harian) – Jemaah surau Cherong Lanjut merayu pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tanah runtuh berhampiran surau, akibat projek pembinaan yang dijalankan di atas bukit di belakang surau berkenaan.

cherong lanjutSalah seorang jemaah, Tengku Kamal Tengku Awang, 45, berkata, masalah bermula pada hujung 2008 lagi di mana sejak projek pembinaan itu dijalankan, tanah runtuh sering berlaku terutama apabila musim hujan dan situasi ini boleh membahayakan jemaah.

“Apa yang paling membimbangkan, ketika musim hujan, tanah selut akan melimpah sehingga memasuki hampir separuh daripada kawasan surau.

“Akibatnya, banyak kemudahan surau rosak dan tidak boleh digunakan lagi, antaranya kolah tempat jemaah mengambil wuduk dan tandas,” katanya.

6 bulan lalu - tapak bedil ditembak telah digondol untuk projek pelancongan

6 bulan lalu - tapak bedil ditembak telah digondol untuk projek pelancongan

Pernah suatu ketika katanya, batu besar daripada bukit berkenaan terjatuh, namun mujur ketika itu tiada apa-apa kejadian buruk berlaku melibatkan jemaah.

“Kami juga bukan hanya berpeluk tubuh melihat keadaan sebegini. Sepanjang masalah ini bermula, jemaah di sini sudah tiga kali mengambil inisiatif sendiri membuang dan membersihkan selut yang memasuki kawasan surau.

6 bulan lalu - masih ada plastik biru. Kini tiada lagi perlindungan dibuat. Pondok putih tempat tembakan bedil sudah tiada dan kawasan yang digondol semakin besar.

6 bulan lalu - masih ada plastik biru. Kini tiada lagi perlindungan dibuat. Pondok putih tempat tembakan bedil sudah tiada dan kawasan yang digondol semakin besar.

Menurutnya, surau itu sentiasa dipenuhi jemaah tidak mengira masa dan jika masalah ini tidak diatasi secepat mungkin, ia boleh mengancam nyawa mereka.“Tapi sampai bila kami harus berhadapan dengan masalah sebegini?,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, ahli jawatankuasa (AJK) surau, Suhaimi Abdul Ghani, 52, berkata, beliau mewakili semua jemaah mengharapkan pihak berkenaan juga mengubah lokasi surau itu memandangkan ia sudah tidak sesuai lagi kerana bimbang, masalah tanah runtuh itu boleh mengancam nyawa penggunanya.

Apakah ini dikatakan "Where Nature Embraces Heritage" ?

Apakah ini dikatakan "Where Nature Embraces Heritage" ?

“Saya berharap pihak berkenaan mencari satu tempat sesuai untuk mengalihkan surau ini kerana di sini sudah tidak selamat lagi untuk jemaah.

“Diharapkan pihak berkenaan tidak memandang remeh masalah ini kerana ia melibatkan nyawa orang awam,” katanya.

******************************

Artikel berkaitan:

Read Full Post »