Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘kedai’

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Berang ditegur kerana menumpang duduk di sebuah kedai makan, seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila menendang kepala pemilik premis berkenaan, kelmarin.

Kejadian di sebuah kedai makan di Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), kira-kira jam 2.30 petang itu, menyebabkan mangsa berusia 42 tahun berasal dari Kampung Kuala Bekah, jatuh tersungkur ke lantai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian berlaku ketika gerai mangsa didatangi seorang lelaki yang kemudian duduk di kerusi.

Menurutnya, mangsa kemudian terus ke tempat duduk suspek untuk mengambil pesanan makanan dan minuman.

“Bagaimanapun, suspek menjawab dia hanya mahu menumpang duduk di kerusi itu dan mangsa memberitahu suspek supaya tidak duduk di situ terlalu lama kerana dia berniaga manakala pelanggan lain mahu menduduki kerusi berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian beredar dari kawasan itu sebelum melihat suspek membuang sos dan perisa makanan atas meja yang didudukinya.

“Melihatkan perbuatan suspek, mangsa terus menghampirinya dan tanpa sempat berbuat apa-apa, satu sepakan dilepaskan suspek hingga terkena kepala mangsa menyebabkan dia tersungkur di lantai.

“Suspek melarikan diri dengan meninggalkan beg galas dan pemeriksaan mendapati hanya terdapat dokumen bank di dalam beg berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang lebam pada matanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu jam 4.30 petang dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Advertisement

Read Full Post »

Air Bah Masuk Kedai!!!

Kedai kami dilanda banjir awal pagi ini. Air sedalam paras lutut telah membanjiri kawasan sekitar dan masuk ke dalam kedai kami. Walaupun kini air sudah pun surut namun kerosakan akibat kenaikkan air yang mendadak telah memusnahkan kebanyakkan buku yang terletak di bahagian bawah rak.kedai banjir1

Kata orang, mujurlah kami sudah mengambil pengajaran dari peristiwa lepas kami dilindungi takaful.

Seluruh dereten kedai dan kawasan sekitar turut mengalami nasib yang sama. Dilaporkan para peniaga di Pasar Kedai Payang banyak yang mengalami kerugian yang teruk namun belum lagi dapat ditaksirkan nilai kerugian mereka.

Dilaporkan juga beberapa batang jalan di sekitar di bandar Kuala Terengganu turut dinaiki air antaranya di Jalan Kamaruddin dan jalan Pantai Batu Buruk.

Amaran Angin Ribut Kencang dan Ombak

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=375391

KUALA LUMPUR: A strong north-easterly wind of 50 to 80km an hour and rough seas are expected off Kelantan, Terengganu, Pahang, east Johor, Sarawak, Labuan, Sabah (West Coast, Kudat) until Monday.

The rough sea waves of up to 4.5 metres are dangerous for small vessels, ferries and fishing boats, and other coastal activities, said the meteorological department in a statement Sunday.

Strong winds of up to 60km an hour and rough seas with waves up to 5.5 metres are expected off Condore, Palawan, Reef North and Layang Layang Island until Monday. – Bernama

Read Full Post »