Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘JKM’

KUALA TERENGGANU Sinar Harian) – Sebanyak 17 kontinjen dan 1,574 atlet dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara berkampung di negeri ini bagi mengha-dapi kejohanan Sukan Jabatan Kebajikan Malaysia kali ke-5 yang akan berlang-sung selama tiga hari.

Kejohanan pertama kali diadakan di negeri ini mendapat kerjasama Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri ini membabitkan 32 acara yang akan di-pertandingkan tidak termasuk acara olahraga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Sukan JKM Malaysia, Asha’ari Idris berkata, atlet yang terlibat harus memahami objektif sebenar kejohanan.

“Jika atlet yang terbabit dapat menyelami objektif kejohanan dengan berke-san, sudah tentu ia dapat melahirkan individu sihat dan produktif. Ia juga dapat meningkatkan tumpuan kerja dengan memberi perkhidmatan berkualiti kepada seluruh masyarakat,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Sukan Jabatan Kebajikan Malaysia di Stadium Tertutup Sultan Mizan, semalam.

Menurut Asha’ari, atlet yang terlibat tidak perlu mengejar kemenangan dengan mengetepikan semangat kesukanan sehingga membawa kepada pergaduhan, permusuhan serta persengketaan.

“Bertandinglah seperti seorang wira yang mahukan kemenangan tetapi pada masa sama mengikuti pera-turan ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan JKM, Datuk Meme Zainal Rasyik mengingatkan atlet bahawa mereka perlu mencapai objektif pada sukan kali ini.

“Diharap mereka yang menyertai aktiviti sukan kali ini tidak menjadikan kemenangan sebagai matlamat utama tetapi mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara jabatan,” katanya.

Read Full Post »