Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘H1N1’

ARAHAN penutupan sementara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin terpampang di pagar kampus PSMZA di Dungun, semalam. – BERNAMA


DUNGUN 25 Julai – Selepas kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun diarahkan tutup dua hari lalu berikutan pelajarnya disyaki menghidap selesema babi atau influenza A H1N1, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin turut menerima nasib sama.

Kira-kira 1,200 pelajar baru dan 450 kakitangannya diarahkan pulang selama seminggu bermula hari ini hingga 1 Ogos ini.

Timbalan Pengarah Akademiknya, Saifullah Musa berkata, penutupan tersebut berikutan empat pelajarnya disahkan dijangkiti virus berkenaan.

“Kami mendapat arahan tersebut dari Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai lima pelajar mengalami demam dan tanda-tanda dijangkiti virus tersebut namun apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital berhampiran, hanya empat pelajar sahaja disahkan dijangkiti.

“Berikutan itu, kita telah membuat pengumuman tengah malam tadi dan pelajar mula meninggalkan kampus sejak pukul 6 pagi ini,” katanya.

Menurut Saifullah, keempat-empat pelajar yang dijangkiti H1N1 kini dikuarantin di bilik asrama mereka.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 12 Julai (Utusan Malaysia)- Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSSI) di sini yang diarahkan tutup Khamis lalu setelah dua pelajarnya disahkan dijangkiti influenza A (H1N1) akan dibuka semula Rabu ini.

Pengarah Pelajaran Terengganu, Ariffin Embong memberitahu, sekolah berkenaan akan dibuka semula pada hari tersebut selepas mendapati keadaan terkawal.

”Saya juga ingin menekankan bahawa arahan tutup dan membukanya semula bukan dibuat sewenang-wenang sebaliknya atas faktor kesihatan. Kita mengikut arahan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan SKSSI yang ditutup Khamis lalu selepas dua pelajarnya dijangkiti virus itu.

Dua murid sekolah terbabit dikuarantin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana dijangkiti selesema babi selepas pulang dari luar negara.

Mengulas lanjut, Ariffin menasihatkan ibu bapa supaya tidak panik dan bimbang dengan kes tersebut kerana keadaan terkawal.

Katanya, Jabatan Pelajaran sentiasa mengikut arahan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan penularan jangkitan virus itu.

”Kuarantin merupakan langkah awal bagi mengelak berlakunya jangkitan dan saya rasa keadaan terkawal dan ibu bapa tidak seharusnya bimbang dengan apa yang berlaku,” jelasnya

Read Full Post »

12/07/2009 7:02pm

KUALA TERENGGANU, 12 Julai (Bernama) — Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Satu di sini ditutup selama tujuh hari mulai Khamis lepas apabila dua murid sekolah itu disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong berkata sekolah itu ditutup setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Tidak mudah untuk kami menutup sementara sekolah itu. Tetapi setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan supaya berbuat demikian (menutup), barulah ditutup,” katanya di sini hari ini. Ariffin berkata sekolah itu akan dibuka semula Rabu ini dan menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang kerana keadaan masih terkawal. — Bernama

Read Full Post »

SK Sultan Sulaiman 1 won’t be closed

KUALA TERENGGANU (NST): State Education director Ariffin Embong said SK Sultan Sulaiman 1 will not be closed as two of its students who were infected with the influenza A (H1N1) virus had not attended classes.

The school would remain open, he said, despite claims by some parents that the two had been seen in school on Monday.

The two sisters, in Year Six and Three, have not attended classes after they were found to have contracted the virus. They are the daughters of a prominent Umno politician here.

Their mother and younger sibling, 6, had also tested positive for the virus and are hospitalised together with the two.

The politician and his family had just returned from the United Kingdom.
“They were immediately sent to Sultanah Nur Zahirah Hospital after they went through the screening when they returned from abroad. They did not set foot in the school,” Ariffin said.

The kindergarten in which the youngest sibling is enrolled has suspended classes until July 20.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 18 Jun – Terengganu mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penyebaran virus selesema influenza A (H1N1) dengan mengurangkan waktu melawat di semua hospital kerajaan di negeri ini bermula esok.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan berkata, tindakan mengurangkan waktu melawat selama sejam itu adalah sejajar dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Justeru, katanya, waktu melawat pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang akan dipendekkan kepada 1 petang hingga 2 petang.

Beliau berkata, waktu melawat antara pukul 4 hingga 7 malam juga akan dipendekkan kepada pukul 5 hingga 7 malam.

”Langkah ini diambil bagi mengurangkan penyebaran virus selesema H1N1 terutama di hospital yang merupakan tempat para pesakit mendapatkan rawatan. Langkah ini mula berkuatkuasa esok sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan semalam mengumumkan kes penularan tempatan pertama virus itu di negara ini.

Read Full Post »