Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Bukit Diman’

HULU TERENGGANU 15 Jun (Utusan Malaysia)- Kerajaan Terengganu akan menerima wang royalti minyak sebanyak RM744 juta daripada Petronas yang dijangka Julai ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pada Mac lalu sebanyak RM650 juta telah diterima kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya bayaran keseluruhan yang akan diterima tahun ini belum dapat dipastikan.

“Bayaran bagi bulan September ini saya tak tahu lagi berapa,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Bukit Diman, di sini, hari ini.

Sebelum ini Ahmad dalam kenyataan akhbar pernah berkata, kerajaan negeri percaya bayaran yang akan diterima hasil wang royalti minyak sekurang-kurangnya mencecah RM1.5 bilion

Menurutnya, kerajaan negeri menunggu jumlah pembayaran wang royalti minyak dari Petronas untuk mengetahui sama ada wang itu cukup untuk memenuhi bajet negeri 2009 yang berjumlah RM1.799 bilion.

Cabaran yang terpaksa dihadapi Terengganu selepas wang royalti dikembalikan adalah dari segi perancangan pembangunan dan kerajaan negeri tidak lagi boleh berharap kepada dana khas kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya jelas beliau, kerajaan negeri perlu melaksanakan segala perancangan pembangunan berasaskan bajet tahunan.

Mengenai tanggapan bahawa pentadbiran beliau dilihat agak perlahan dari segi pelaksanaan pembangunan fizikal negeri jelasnya, ia kerana semua perancangan perlu berdasarkan bajet.

Read Full Post »

HULU TERENGGANU 15 Jun (Utusan Malaysia)- Kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan sebuah pasar raya rakyat di setiap daerah di negeri ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said hari ini.

Beliau berkata, buat permulaan sebuah pasar raya yang berharga RM4juta akan diwujudkan di Kuala Berang manakala daerah lain akan dilaksanakan secara berperingkat.

Katanya, pasar raya rakyat yang akan menjadi pusat penjualan pelbagai barangan termasuk produk tempatan dijangka menjadi tumpuan ramai kerana harga barangan berpatutan.

”Bagi projek di Kuala Berang, kerja-kerja merata tapak dan rekabentuk akan dilakukan dan jika tiada aral pembinaan akan dimulakan awal tahun depan.

”Kita jangkakan harga pasar raya antara RM3 juta hingga RM4 juta sebuah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 31 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Diman, di PPK Bukit Diman, di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Pengerusi Pertubuhan Peladang Bukit Diman, Mustafa Muda dan lebih 1,000 penduduk setempat.

Terdahulu dalam ucapannya Ahmad berkata, kerajaan negeri merancang untuk membangunkan 4,500 unit perumahan rakyat di seluruh negeri ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Katanya, setiap unit berharga RM65,000 dan apabila siap dijangka menyediakan kediaman lebih selesa untuk kesejahteraan hidup rakyat.

Read Full Post »