Feeds:
Posts
Comments

Archive for September 16th, 2009

Angkara gila stereng

Oleh Hadzlan Hassan

hadzlan@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun yang gila stereng memandu kereta selepas mengambil kunci ditinggalkan pemiliknya menyebabkan adik lelakinya terbunuh, manakala seorang lagi adiknya patah tangan selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh sebuah rumah, semalam.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi di Kilometer 5, Jalan Kuala Dungun-Bukit Besi, dekat Dungun itu turut mengakibatkan dua motosikal rosak selepas garaj yang menempatkan kenderaan berkenaan turut dirempuh.

Jurucakap Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan masih dijalankan dan pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan keterangan pihak berkaitan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis akan mengambil keterangan pemandu kenderaan berkenaan yang turut cedera bagi membantu siasatan.

“Kami minta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut membantu dengan memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat cawangan trafik,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Airil Mizan Dollah, 3, yang disahkan meninggal dunia kira-kira setengah jam selepas kejadian itu di Hospital Dungun (HD) akibat cedera parah di kepala.

Setakat ini, polis masih menunggu tahap kesihatan abang mangsa yang juga pemandu kereta berusia 15 tahun itu bagi membantu siasatan selain mendapatkan keterangan semua pihak termasuk pemilik kenderaan berkenaan.

Selain Muhammad Airil, seorang lagi adik remaja berkenaan, Muhammad Daniel Dollah, 4, terselamat dan hanya patah tangan kanan manakala tiga penumpang lain turut cedera di badan akibat hentakan kuat ketika kemalangan.

Bagaimanapun, identiti tiga lagi penumpang terbabit belum diketahui sama ada mereka bersaudara atau kenalan tiga beradik berkenaan kerana pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut.

Setakat ini, polis percaya kenderaan itu dipandu remaja berkenaan yang masih di bawah umur dan mengesyaki ia diambil ketika kenderaan itu diletakkan bersama kunci di tempat letak kereta berhampiran tempat kejadian.

//

Advertisement

Read Full Post »

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

utusanterengganu@utusan.com.my

Mokhtar Omar (kanan) mewakili peserta Felcra Terengganu menerima replika cek daripada Rozi Mamat (tengah) dan Tajuddin Abdul Rahman di Wakaf Tapai, Marang, kelmarin. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM


MARANG 15 Sept. – Seramai 4,504 peserta Felcra Berhad di Terengganu mendapat manfaat apabila agensi tersebut mengisytiharkan pemberian dividen kepada pesertanya sebanyak RM24.62 juta.

Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, pemberian dividen tersebut adalah sebagai usaha dan galakan kepada peserta Felcra Berhad di atas kepercayaan mereka kepada agensi tersebut untuk memajukan tanah mereka.

Katanya, walaupun prestasi kemajuan agak lembap pada tahun ini, Felcra Berhad dijangka dapat mengimbangi cabaran kelembapan ekonomi itu dengan kemajuan projek di bawah pengurusan agensi berkenaan.

“Berdasarkan komitmen staf dan peserta sendiri, terdapat projek yang mencatat pemberian dividen yang memberangsangkan.

“Contohnya seperti projek getah di Limau Nipis di mana sebanyak RM11,234.27 diperoleh dan dividen per hektar sebanyak RM4,354.37 manakala projek kelapa sawit pula di Alor Lintah sebanyak RM31,570.22 iaitu dividen per hektar sebanyak RM3,692.42,” katanya kepada pemberita di Wakaf Tapai, Marang semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, walaupun terdapat sedikit penurunan jumlah dividen tahun ini namun jumlah tersebut masih lumayan.

Jelasnya, penurunan tersebut berlaku akibat kemerosotan pengeluaran dan permintaan kelapa sawit seluruh dunia.

“Kemerosotan permintaan kelapa sawit tersebut bukan sahaja menjejaskan ekonomi di negara ini malah di seluruh dunia.

“Jadi ia bukanlah satu perkara yang serius memandangkan Felcra Berhad masih mampu memberikan dividen yang tinggi kepada pesertanya setiap dua kali setahun,” jelasnya.

Read Full Post »