Feeds:
Posts
Comments

Archive for September 6th, 2009

KUALA TERENGGANU, 6 Sept (Bernama) — Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Terengganu akan beroperasi 24 jam di kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri ini pada Hari Raya ini, kata pengarahnya Mej (PA) Kamal Mokhtar.
Beliau berkata antara tempat yang dikenalpasti ialah di Jambatan Sultan Mahmud di sini serta jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu di Kampung Sungai Tong, Setiu.

“Setiap tahun pada musim perayaan, memang kerap berlaku kemalangan di Jambatan Sultan Mahmud. Jadi, kami akan tempatkan 12 anggota kami di kawasan ini supaya lalu lintas bergerak lancar,” katanya di sini , Ahad.

Beliau berkata JPAM juga akan menempatkan anggotanya di Kampung Sungai Tong kerana di kawasan ini banyak haiwan ternakan seperti lembu yang melintas jalan dan merupakan antara punca berlaku kemalangan.

Pada masa ini, JPAM Terengganu mempunyai lima ambulans iaitu tiga ditempatkan di sini, manakala masing-masing satu di Besut dan Dungun.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

Tuesday, 01 September 2009 03:41 Wartawan Buletin Online

– Himpunan haram ‘menari’ dikhalayak ramai (Video Klip DiDalam)
KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri Terengganu ‘seolah-olah’ hilang arah tuju apabila pentadbiran negeri ini hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal.

Kerajaan Umno-BN Terengganu sejak dua penggal lalu gagal melihat aspek rohani dalam pembangunan modal insan.

Pada penggal lalu, slogan ‘Impian menjadi Realiti’ menjadi zikir yang sentiasa diucapkan bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Slogan itu tidak sah jika diungkapkan dengan tidak disambung bersama wirid ‘Tidak Pernah Sebelum Ini’ Terengganu jadi begini.

Idris mengulang-ulang ’zikir dan wirid’ tersebut supaya ia disematkan ke dalam pemikiran rakyat Terengganu, kehebatan dirinya dan pentadbirannya bagi membukti janji pilihanraya 2004.
Pada pilihanraya umum ke 11, tahun 2004, Idris yang mendapat dokongan kuat Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan membawa ’pembangunan yang tidak pernah’ dilihat sebelum ini.

Kini,  janji-janji tersebut menjadi ’badi’ dengan pelbagai peristiwa yang berlaku keatas negeri Terengganu benar-benar ’tidak pernah dilihat oleh mata’ rakyatnya.

Realiti yang benar-benar diimpikan oleh Idris, sebaliknya menjadi ’mimpi ngeri’ dengan kejadian stadium runtuh, pusat akuatik bocor dan siling lapangan terbang yang seing tercabut.

Pentadbiran negeri dibawah pengganti Idris, Dato’ Ahmad Said pula menghadapi pelbagai kesukaran sejak awal pelantikannya.

Ahmad masih tidak dapat ’berpijak dibumi nyata’ apabila kerajaan pimpinanya tidak dapat melangsungkan apa-apa program walaupun pelbagai slogan Idris diganti dengan ’merakyatkan pentadbiran’.

Kerajaan negeri dibawah pimpinan Ahmad yang sentiasa disaluti ’kontroversi’ juga tidak dapat memberi penumpuan kepada pembinaan insan.

Impak negatif kesan kekosongan pengisian jelas melanda golongan muda dan belia di negeri ini.

Kemunculan kumpulan ’punk’ dikalangan belia Terengganu membuktikan kegagalan slogan ’generasi ’Ulul-Albab’ Idris.

Kumpulan yang entah dari mana itu muncul kali pertama pada malam tahun baru 2008.

Selepas pilihanraya ke 12, pada Mac tahun 2008, Ahmad Said yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tidak mempunyai dasar belia yang jelas.

Ekoran kepincangan tersebut, gejala keruntuhan moral dan akhlak remaja dan belia semakin parah.

Ia jelas dengan pendedahan yang dibuat oleh Exco Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Razif dalam menjawab soalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengatakan seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Fenomena tersebut jelas bila sebuah akhbar tempatan melaporkan tangkapan khalwat dan zina berlaku secara berleluasa terutamanya di daerah Dungun.

Selain itu, kegiatan tidak bermoral bukan sahaja melanda peringkat menengah dan pengajian Tinggi malah, beberapa pelajar sekolah rendah yang dibekalkan komputer e-book turut terlibat dengan penyimpanan gambar lucah.

Walaupun statistik jenayah negeri dilaporkan menurun, namun gejala keruntuhan akhlak dan moral semakin meningkat.

Kegiatan ’merempit’ sudah menjadi rutin hujung minggu dan menjadi cukup kritikal apabila Mat Rempit dilaporkan bukan sahaj melanggar sekatan jalanraya, malah beberapa kali dilaporkan ’bertempur’ dengan pihak polis.

Sumber polis memaklumkan kegiatan rempit mempunyai kaitan rapat dengan penagihan dadah terutama dadah sintetik.

Kegiatan pengedaran pil kuda sudah turun ke pringkat paling bawah sehingga menjadikan pelajar sekolah rendah sebagai perantaraan rangkaian ’pemasaran’ dadah tersebut.

Sehingga semalam, malam menjelang 31 Ogos, ulang tahun kemerdekaan negara, pelbagai kumpulan ’hybrid’ remaja dan belia muncul, menunjukkan kecelaruan hala tuju rakyat dibawah pentadbiran Umno dan BN.

Walaupun tidak ada apa-apa majlis sambutan dianjurkan oleh kerajaan negeri, perhimpunan ’haram’ menyambut ’count down’ jam 12 malam telah diadakan terutamanya di perkarangan Taman Shahbandar dan stesen bas Tanjung.

’Tidak pernah sebelum ini’ anak muda, remaja dan belia mengadakan majlis tarian secara terbuka, ditempat awam dan disertai khalayak ramai tanpa segan dan silu.

Read Full Post »

Oleh Mohammad Ishak, Hamid Salleh dan Nor Fazlina Abdul Rahim

bminggu@bharian.conm.my


Gambar kiri, Mohd Hafizi hilang jari akibat letupan mercun buatan sendiri Khamis lalu di Besut. Gambar tengah, Wan Amirul Faiz mungkin hilang empat jari dalam kejadian di Marang, semalam

Hafizi, Amirul Faiz, Norsyafiqa kudung menjelang Aidilfitri

KUALA TERENGGANU: Aidilfitri yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin tidak bermakna buat dua remaja dari Marang dan Besut yang masing-masing hilang antara empat hingga lima jari tangan angkara mercun buatan sendiri yang meletup dalam kejadian berasingan Khamis lalu dan semalam.

Kejadian pertama berlaku jam 2.30 petang Khamis lalu di Besut menyebabkan Mohd Hafizi Mohd Ariffin, 18, dari Kampung Tok Dor, hilang semua jari tangan kirinya, pergelangan tangan berlubang dan muka cedera apabila mercun buatan dihasilkannya tiba-tiba meletup dan nyaris menyebabkan rumahnya turut terbakar.

Mangsa bersama adiknya berusia 15 tahun sebelum itu sedang memasukkan batang besi panas ke dalam paip berisi belerang dalam bilik tidur rumah mereka dengan hasrat untuk memaksimumkan bunyi letupan mercun berkenaan apabila secara tiba-tiba bahan itu meletup.

“Saya terus rebah ke lantai dalam keadaan berlumuran darah, jari hancur dan pergelangan tangan berlubang… percikan letupan juga terkena muka hingga cedera. Tak sangka ia terus meletup sehingga saya menerima nasib malang ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini semalam.

“Sekarang baru saya tahu akibat perbuatan ini. Saya sudah serik dan tak mahu ia berulang kepada saya dan orang lain. Saya berharap kejadian malang ini dapat menjadi pengajaran kepada orang lain, terutama kanak-kanak dan remaja yang suka mencuba perkara dilarang,” katanya.

Dalam kejadian berasingan kira-kira jam 9 pagi semalam di Marang, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Wan Amirul Faiz Wan Abdullah mungkin hilang empat jari, juga akibat terkena letupan mercun buatan sendiri di Kampung Binjai Rendah.

Kejadian menyebabkan tulang jari manisnya hancur, manakala jari telunjuk, hantu dan anak jari mungkin dipotong akibat jangkitan kuman selepas cedera apabila mercun buatannya meletup ketika api yang dinyalakan untuk memasang mercun itu dipercayai menyambar belerang yang bertaburan di atas tanah.

Kakak mangsa, Wan Nur Syafira, 22, berkata adiknya bersama sekumpulan remaja lain bermain mercun buatan sendiri di padang permainan berhampiran rumah dan dikatakan memasukkan belerang ke dalam kertas untuk menghasilkan bunyi mercun yang kuat.

“Tangan adik dipercayai terkena letupan selepas api menyambar sumbu yang dipasang sendiri. Dia bersama beberapa rakannya dikata memecahkan belerang daripada mercun bola untuk dimasukkan ke dalam beberapa bekas dan botol hingga padat bagi menghasilkan bunyi terkuat.

“Bagaimanapun, ketika cuba menyalakan mercun berkenaan, api dipercayai menyambar belerang yang bertaburan di atas tanah menyebabkan mercun meletup tanpa diduga,” katanya.

Sementara itu di RANTAU PANJANG, Seorang budak perempuan berusia enam tahun putus tiga jari tangan kanannya yang turut hancur terkena letupan mercun bola yang tidak sempat dilemparkan ketika bermain bahan larangan itu bersama abangnya di Taman Wahyu, di sini.

Kejadian kira-kira jam 9 malam Sabtu minggu lalu itu bagaimanapun hanya dilaporkan kepada polis malam kelmarin selepas mangsa, Norsyafiqa Amani Zulkifli, 6, dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Ibu mangsa, Siti Aminah Mohamad, 43, berkata pada mulanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) dan dipindahkan pula ke HUSM untuk pembedahan dengan daging pahanya digunakan untuk menampal sebahagian tapak tangan yang hancur, manakala tiga jari tidak dapat diselamatkan.

Read Full Post »