Feeds:
Posts
Comments

Archive for September 2nd, 2009

2009/09/02 (NST)

KUALA TERENGGANU: Two men were arrested here and in Besut over the weekend for possession of firecrackers.

A police team raided a 42-year-old trader’s house here in Kampung Kubang Panjang on Friday night and found a large box containing various types of firecrackers in his bedroom. On Sunday night, a 25-year-old salesman from Permaisuri, Setiu, was caught with several boxes of firecrackers in his Alor Lintah home in Besut. Police did not reveal how much the firecrackers were worth.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Sambutan kemerdekaan negara yang sepatutnya diraikan dengan semangat patriotik, khususnya di kalangan generasi muda, sebaliknya menjadi medan untuk mereka mempamerkan aksi kegiatan lumba haram yang berlarutan dari detik ambang merdeka jam 12 malam sehingga awal pagi.

Buktinya, Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu yang mengadakan operasi membanteras samseng jalanan sempena ambang merdeka di beberapa jalan utama sekitar bandar raya ini, menahan sebanyak 380 motosikal, dengan 146 disaman atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak memiliki lesen dan nombor pendaftaran tidak mengikut kelulusan.

Tinjauan Berita Harian sejak jam 9 malam, Ahad lalu mendapati, samseng jalanan mula membanjiri beberapa jalan utama yang menjadi lokasi mempamerkan aksi di sekitar bandar raya ini, malah ada antara mereka sanggup melanggar lampu isyarat merah untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim, berkata daripada jumlah itu seramai 44 penunggang motosikal dikenakan ujian air kencing dan hasil pemeriksaan mendapati enam daripada mereka didapati positif pil kuda (methamphetamine).

“Dalam operasi ini, sebanyak 95 peratus golongan muda yang ditahan terbabit dengan kegiatan lumba haram. Ini jelas menunjukkan ibu bapa mereka tidak memberi perhatian penuh terhadap anak-anak dan membiarkan mereka bebas merayau dan berkeliaran di bandar raya dan terbabit dengan aktiviti lumba haram.

“Kita juga berasa kesal kerana sambutan kemerdekaan negara sepatutnya disambut dengan penuh muhasabah diri, tetapi golongan remaja kita gagal menghayati erti kemerdekaan sebenar dan lebih gemar terbabit dalam kegiatan lumba haram yang bukan saja boleh membahayakan nyawa sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya lain,” katanya.

Dalam operasi sama, seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi bernilai RM105,000 turut ditahan di Jalan Sultan Ismail di sini, ketika sedang bersiar-siar menikmati pemandangan malam sempena sambutan kemerdekaan di sekitar bandar raya ini atas kesalahan menunggang motosikal tanpa cukai jalan.

Alias berkata, motosikal itu disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan diserahkan kembali kepada pemiliknya yang berasal dari Durian Burung, di sini selepas pemeriksaan lanjut terhadap butiran motosikal dijalankan.

Read Full Post »