Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 27th, 2009

hanneeyzah@bharian.com.my


KAKITANGAN UMT ketika di Pusat Santuari Kelah, di Tasik Kenyir. – Foto ihsan UMT

KUALA TERENGGANU: Seramai 10 warga kerja Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan lawatan kerja sehari ke Pusat Santuari Kelah di Tasik Kenyir baru-baru ini, bagi melihat dengan lebih dekat kaedah pemeliharaan ikan kelah di habitat asal.

Lawatan itu yang diketuai Timbalan Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Madya Dr Aboi Munafi diadakan sebagai susulan daripada perbincangan antara UMT dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengenai kerjasama kedua-dua pihak untuk memajukan sektor penternakan kelah.

UMT melalui bahagian penyelidikannya, Akuatrop bercadang membuka sebuah stesen penyelidikan ikan kelah di Tasik Kenyir bagi memudahkan penyelidik menjalankan kajian mengenai pembiakan ikan kelah, iaitu spesies ikan yang terkenal dan sinonim dengan Tasik Kenyir dan Terengganu amnya.

Maklumat Penuh…
No Frames

Timur: Universiti mahu buka stesen selidik kelah

hanneeyzah@bharian.com.my


KAKITANGAN UMT ketika di Pusat Santuari Kelah, di Tasik Kenyir. – Foto ihsan UMT

KUALA TERENGGANU: Seramai 10 warga kerja Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan lawatan kerja sehari ke Pusat Santuari Kelah di Tasik Kenyir baru-baru ini, bagi melihat dengan lebih dekat kaedah pemeliharaan ikan kelah di habitat asal.

Lawatan itu yang diketuai Timbalan Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Madya Dr Aboi Munafi diadakan sebagai susulan daripada perbincangan antara UMT dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengenai kerjasama kedua-dua pihak untuk memajukan sektor penternakan kelah.

UMT melalui bahagian penyelidikannya, Akuatrop bercadang membuka sebuah stesen penyelidikan ikan kelah di Tasik Kenyir bagi memudahkan penyelidik menjalankan kajian mengenai pembiakan ikan kelah, iaitu spesies ikan yang terkenal dan sinonim dengan Tasik Kenyir dan Terengganu amnya.
“Dalam lawatan itu kita turut mengadakan perbincangan awal dengan warga Ketengah mengenai projek yang bakal dijalankan melalui jalinan kerjasama antara kedua belah pihak. Kita berhasrat membuka pusat penyelidikan khas untuk ikan kelah bagi mengkaji proses yang boleh menggalakkan pembiakan ikan berharga mahal ini,” tambahnya.

Mengulas lanjut katanya, antara matlamat penubuhan stesen penyelidikan ikan kelah di Tasik Kenyir itu dijangka membolehkan pihaknya menggunakan kaedah pembiakan ikan dikenali sebagai pembenihan aruhan (buatan), iaitu dengan memberi suntikan hormon kepada ikan untuk memudahkan pembiakan.

“Kita tahu bahawa ikan kelah di Tasik Kenyir adalah spesies ikan yang dilindungi. Justeru, antara penyelidikan yang akan dijalankan kita akan lihat cara untuk menggalakkan pembiakan ikan ini kerana spesies ikan ini sama seperti ikan salmon yang membiak di kawasan hulu sungai.

“Disebabkan proses pembiakan sebegitu, ikan ini akan membiak dan banyak dalam tempoh tertentu. Jadi, penyelidikan yang dijalankan nanti akan membolehkan kita mengenal pasti kaedah khusus supaya proses pembiakannya nanti berterusan dan tidak hanya pada waktu-waktu tertentu,” katanya.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini meluluskan Enakmen Tanah Simpan Orang Melayu bagi membolehkannya dipindah atau dipindah milik kepada orang lain.

Bagaimanapun kuasa itu tidak menyeluruh kerana ia hanya membabitkan tanah milikan Melayu dan Persatuan Nelayan Setiu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, dengan kelulusan itu akan membolehkan tanah Melayu di kawasan terbabit dimaju atau digadai untuk tujuan komersial.

Katanya, pemilik tanah hanya dibenarkan menggadai atau memindah milik kepada Persatuan Nelayan Setiu.

”Kaedah dan perincian mengenai cadangan itu akan ditentukan kemudian,” katanya selepas sesi perbahasan pembentangan Enakmen Tanah Simpan Orang Melayu (Pindaan) 2009 di sini, hari ini.

Mengenai pembangunan penduduk Pulau Duyung dan sekitar sebagaimana dibangkitkan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) Ahmad berkata, projek pembinaan akan dimulakan apabila segala urusan termasuk pengambilan balik tanah selesai.

Katanya, pembinaan penempatan tentunya mengambil masa kerana ia membabitkan penduduk yang padat selain pengambilan balik tanah.

“Bila mahu diambil balik…tentunya penempatan baru akan disediakan.

“Salah satu kaedah ialah mendirikan penempatan di kawasan projek perumahan kerajaan yang baru disiapkan, saya harap penduduk bersabar kerana ia tetap dilaksanakan,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – Sebanyak 197 pelajar sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, Kemaman mencatatkan kes tangkapan kes tertinggi iaitu 126 kes manakala Dungun (55), Besut (49), Kuala Terengganu (35), Marang (29), Setiu (8) dan Hulu Terengganu lima kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengambil langkah bagi mengurangkan kes berkenaan.

Beliau berkata, antaranya ialah mengadakan program penerangan mengenai kesalahan jenayah syariah serta implikasi terhadap kesalahan berkenaan.

Katanya, kempen juga diadakan di sekolah serta institusi pengajian tertinggi terbabit di seluruh daerah dengan kerjasama agensi-agensi pertubuhan belia dan Rukun Tetangga.

“JHEAT juga mengadakan penerangan khas kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, pemimpin-pemimpin masyarakat dan lain-lain untuk diberi penjelasan pula kepada segenap lapisan masyarakat mengenai usaha menangani kes berkenaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan bertulis Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payung) berhubung isu tangkapan khalwat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Razif berkata, JHEAT juga membuat rondaan, risikan, pemeriksaan mengejut di hotel-hotel, chalet, rumah rehat, pusat hiburan, taman rekreasi dan seterusnya membuat pendakwaan di mahkamah mengikut bidang kuasa yang ada.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – Sebanyak 895 kes influenza A (H1N1) dikesan di negeri ini sehingga kelmarin oleh Jabatan Kesihatan Terengganu sejak wabak itu menular ke seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, bagaimanapun tiada kes melibatkan kematian dilaporkan.

Beliau menambah Dungun mencatatkan kes jangkitan tertinggi sebanyak iaitu 180 kes, diikuti Kuala Terengganu (146), Marang (145), Hulu Terengganu (136), Setiu (133), Kemaman (99) dan Besut (56).

“Melalui hasil laporan sebanyak enam kes penularan melibatkan kes import dan selebihnya adalah melibatkan kes tempatan.

“Sehingga semalam terdapat sebanyak 28 buah sekolah dan 12 buah institut pengajian tinggi (IPT) termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara dan asrama telah ditutup,” katanya semasa menjawab soalan lisan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) berhubung jumlah rakyat Terengganu yang dijangkiti H1N1 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun jumlah kes dicatatkan tinggi namun kerajaan negeri masih belum merancang untuk memberikan vaksin tersebut kepada pesakit.

Beliau memberitahu, vaksin yang diperlukan tersebut masih belum terdapat di pasaran dan keberkesanannya juga masih diragui.

“Setakat ini hanya pesakit berisiko tinggi sahaja akan diberikan pelalian ini kerana mereka mudah dijangkiti,” jelasnya.

Read Full Post »