Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 22nd, 2009

KUALA NERUS – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa memantau semua lokasi dianggap sebagai ‘panas’ yang sering menjadi tumpuan remaja khususnya penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) berkelakuan tidak senonoh dengan pasangan masing-masing.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, antara lokasi terbabit termasuklah Pantai Teluk Ketapang, Pantai Tok Jembal serta beberapa pantai peranginan lain.

“Memang kawasan itu sering dipantau anggota penguat kuasa JHEAT sama ada sukarela atau tetap kerana menjadi lokasi tumpuan penuntut dan tindakan akan diambil kepada pasangan yang didapati berkelakuan agak mencurigakan.

“Setakat ini kebanyakan tangkapan dibuat adalah membabitkan penuntut berikutan kawasan berkenaan terletak di ‘lingkaran pendidikan’ yang menempatkan beberapa IPT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Zakat Hari Raya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tepoh, di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Ramli turut menegaskan gejala pondan di negeri ini masih terkawal dan pemantauan berterusan di beberapa lokasi dipercayai ‘tempat mencari makan’ mereka juga sering diberi pengawasan.

“Sebenarnya sukar untuk kita mengambil tindakan terhadap golongan terbabit, sebelum ini kita ada membuat tangkapan kumpulan berkenaan yang mengadakan Pertandingan Ratu Pondan di Tasik Kenyir dan jika begini kita boleh mengambil tindakan.

“Yang susahnya, apabila ia membabitkan golongan yang berpakaian menyerupai wanita tetapi ketika kita cuba untuk menangkap, mereka melarikan diri dan ini menyukarkan kerana ia melibatkan naluri manusia,” katanya.

Read Full Post »