Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 17th, 2009

Oleh Baharom Bakar

bhkt@bharian.com.my

Lambakan di pasaran apabila kemasukan buah dari Thailand, Indonesia

KUALA BERANG: Sehingga lima tahun lalu, musim duku adalah tempoh yang dinanti-nantikan pekebun kerana buah yang sinonim dengan Terengganu itu dapat dijual dengan harga antara RM3 hingga RM7 sekilogram, sekali gus menjanjikan pulangan baik untuk menampung sara hidup mereka sebagai petani.

Bagaimanapun, musim lumayan itu tidak kekal lama lantaran semakin banyak pokok duku yang ditanam menyebabkan lambakan di pasaran dan akibatnya, pekebun mula terasa perit apabila harga borong buah keluaran mereka kini dijual tidak lebih 50 sen sekilogram, tidak setimpal dengan penat lelah mereka.

Dengan harga itulah pekebun perlu mengagihkan untuk upah memetik dan menggred buah. Akan tetapi, pekebun tiada daya upaya untuk mengubah keadaan kerana bagi mengelakkan pembaziran mereka terpaksa juga menjual buah duku walaupun pada harga yang sangat rendah.

Bagi seorang pekebun duku, Fauzi Ilham, 32, dari Kampung Durian Bador, di sini, lambakan yang berlaku di pasaran adalah disebabkan kemasukan buah yang sama dari Thailand dan Palembang, Indonesia serta kawasan pasaran duku Terengganu yang terhad.

Selain kemasukan daripada negara asing, duku kini bukan lagi eksklusif di Terengganu malah ia turut subur di Kelantan dan Johor hasil program perkongsian benih diperkenalkan kerajaan sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menyebabkan duku negeri ini tidak lagi dapat menembusi pasaran besar di negeri berkenaan.

“Bukan saja duku Terengganu tidak dapat menembusi pasaran berkenaan, malah pasaran di negeri ini sendiri turut ‘diganggu’ dengan kemasukan duku daripada negeri berkenaan, sementara yang diimport dari negara luar membanjiri pasaran utama di Lembah Klang,” katanya.

Mohd Hilmi Jaafar, 25, yang turut mengeluh kerana harga duku yang terlalu murah berkata pengeluaran serentak di Johor dan Kelantan menyebabkan lambakan serius hinggakan pemborong hanya dapat membeli pada harga 50 sekilogram daripada kebunnya dan dijual kepada peruncit antara 80 sen hingga RM1 sekilogram yang kemudian menjual kepada orang ramai pada harga antara RM1.50 hingga RM2 sekilogram.

“Harga duku Terengganu beberapa tahun lalu dijual dengan harga antara RM3 hingga RM7 sekilogram,” katanya.

Ngah Embong, 65, dari Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu pula berpendapat lambakan ini akan dapat diatasi jika agensi kerajaan seperti Fama dan Mardi dapat membuat kajian bagi membolehkan musim berbunga dan berbuah yang tidak serentak di kalangan negeri pengeluarnya.

Masalah harga duku atau nama saintifiknya, lansium domesticum menyebabkan pekebun terpaksa meminta campur tangan agensi kerajaan. Rungutan pekebun sebelum ini menyebabkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membeli terus buah daripada pekebun untuk dipasarkan ke seluruh negara.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 16 Ogos (Utusan Malaysia) – Polis Terengganu akan menganjurkan Majlis Menteri dan Polis Bersama Masyarakat Mencegah Jenayah Peringkat Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, penganjuran majlis tersebut adalah bagi membentuk kesedaran di kalangan anggota masyarakat bahawa tanggungjawab mencegah jenayah tidak hanya terletak pada polis tetapi mereka juga perlu memainkan peranan.

Katanya, selain itu ia juga merupakan program untuk merapatkan lagi hubungan antara polis dengan anggota masyarakat.

”Orang ramai dijemput menghadiri majlis ini yang bermula kira-kira pukul 8 malam.

”Majlis yang akan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu turut akan diserikan beberapa acara aksi menarik oleh anggota pasukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 500 anggota IPK Terengganu akan terlibat mengadakan pelbagai persembahan termasuk demonstrasi motosikal berkuasa tinggi dan segmen mencegah jenayah melibatkan polis peronda.

”Persembahan payung terjun dan seni silat termasuk menggunakan belantan dan senaman perang selain demonstrasi Unit Berkuda juga merupakan antara pertunjukan yang akan diadakan pada majlis ini.

”Sebanyak 300 kadet polis dari pelbagai sekolah di negeri ini turut akan terlibat dalam menganjurkan persembahan berkenaan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, perkhidmatan polis pelancong di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Tasik Kenyir juga akan dilancarkan pada majlis berkenaan.

”Perkhidmatan polis pelancong di ketiga-tiga destinasi pelancongan ini akan memberikan keyakinan terhadap pelancong dalam dan luar negara dari segi keselamatan untuk berada di sana,” katanya.

Read Full Post »

dipetik dari blog Di Bawoh Rang Ikang Kering (http://bustamann.blogspot.com)

SOMETHING OLD, SOMETHING BLUE

Friday, August 14, 2009

Last Thursday, while nibbling on Club Sandwiches at Renaissance’s The Vogue, Mat Som told those present (Bloggers: Awang Goneng, Kak Teh, Puteri Kamaliah. Non-Bloggers: Pak Abu, Shamsuddin Jaafar, Kol. (B) Shafieq Ismail) that bloggers should be agitators for change. Although I personally think that bloggers should just highlight things like a highlighter and leave the opinion-making to the reader, there are times when agitation is necessary.
Take the case of the rows of pre-war buildings in Kuala Terengganu that the state government wanted to demolish. Read the blog here.

Apparently, the buildings were acquired by Lembaga Tabung Warisan Negeri Terengganu and the shopkeepers paid rent to carry on doing business in the building. To me, “warisan” means heritage. Things you pass on, intact, from generations to generations. I would like to believe that Lembaga Tabung Warisan Negeri Terengganu bought the old buildings to preserve them as heritage for the Terengganu people, present and future. Even after demolishing historical buildings like Mesjid Bukit Besar and Mesjid Chendering, it is still not too late for the state government to think about conservation. There are intrinsic values in old buildings which will never be replicated in vulgar modern malls.

I am not against progress if it means improving the life of Terengganu people. After all, that is what the government is for. Progress does not mean obliterating historical landmarks. Learn to work around these irreplaceable buildings. If other capitals in the world can do that, why can’t Terengganu?

Read also Awang Goneng’s piece here.

Read Full Post »