![]() |
Deretan rumah kedai di Jalan Bandar ini diberi notis sebulan untuk dikosongkan.
|
KUALA TERENGGANU 6 Ogos – Bangunan berusia 100 tahun di Jalan Bandar berdekatan Pasar Payang bakal ‘hilang’ dalam masa seminggu lagi. Bukan ghaib, namun bangunan yang menjadi warisan perniagaan sejak satu abad itu diarah supaya dikosongkan sejak 13 Julai lalu oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bagi membangunkan kawasan tersebut.
Difahamkan, tapak yang menempatkan 35 buah rumah kedai itu bakal didirikan pejabat dan rumah kedai mengikut pelan pembangunan yang entah bila akan diluluskan. Ini kerana masih tiada lagi papan tanda tentang makluman pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu.
Apa yang membimbangkan peniaga dan penyewa, pembangunan yang dirancangkan itu difahamkan tidak akan memberi kelebihan kepada peniaga.
Ini terbukti pada awal lagi memandangkan tapak lokasi para peniaga yang perlu mengosongkan kedai mereka pada tarikh akhir pengosongan iaitu 13 Ogos ini, masih belum ada.
Persoalan dan kebimbangan itulah menyebabkan para peniaga di kawasan tersebut tampil menubuhkan Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol untuk menyuarakan hasrat mereka yang sering ‘diketepikan’.
Pemilik kedai hawa dingin, How Kok Kong, 65, pilu apabila kedai yang diusahakan oleh keluarganya sejak empat generasi lalu bakal musnah tidak lama lagi.
Katanya, dia hairan mengapa LTAWNT begitu teruja untuk memusnahkan bangunan berkenaan sedangkan ia merupakan bangunan warisan yang perlu dipelihara kerana ia menyimpan nilai-nilai sejarah.
”Saya hairan mengapa LTAWNT memberi tempoh begitu singkat kepada peniaga untuk mengosongkan bangunan berkenaan sedangkan mereka tahu tempoh sebulan yang diberikan tidak cukup malah untuk memindahkan barangan pun kami memerlukan lebih daripada sebulan.
”Mereka juga menolak permohonan kami untuk melanjutkan tempoh pengosongan bangunan ini dan mereka langsung tidak sensitif tentang perasaan kami yang bakal kerugian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang akhbar di Jalan Bandar di sini hari ini.
Pemilik kedai buku Alam Akademik Sdn. Bhd, Asmahan Ahmad, 45, meminta Menteri Besar agar campur tangan selain Jabatan Warisan Negeri untuk membantu para peniaga memandangkan ia melibatkan nasib rakyat.
”Kami sudah tidak mahu berbincang dengan LTAWNT kerana apa yang mereka maklumkan kepada media tidak betul.
”’Mereka mendakwa peniaga telah ditawarkan lokasi perniagaan baru sebelum ini di Bangunan Paya Keladi namun kami menolak. Dakwaan itu tidak benar kerana peniaga tidak pernah menerima tawaran berkenaan.
”Justeru itu, saya amat berharap Menteri Besar dapat membuat keputusan tentang masalah ini dengan segera memandangkan tinggal beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan,” jelasnya.

Leave a Reply