Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 7th, 2009

HMetro21Julai2009-Bantah notis 20 hariLanjutan kenyataan Ahli Lembaga Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) yang juga Pegawai Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, para peniaga yang berkumpul membincang dalam sesi dialog bersama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyatakan kekesalan mereka terhadap kenyataan yang tidak bertanggung jawab beliau yang telah disiarkan dalam Harian Metro 21 Julai 2009.

Para peniaga menyatakan perkara-perkara yang disebutkan oleh Datuk Mazlan kebanyakannya adalah tidak benar. Sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang benar dengan sokongan fakta. Kenyataan sebegitu dan disiarkan oleh akhbar semestinya penuh bertanggung-jawab.

HMetro-21Julai2009-kenyataan MazlanNgah

Berikut adalah sanggahan para peniaga berhubung kenyataan beliau (mengikut nombor di atas):

  1. Para peniaga menyambut baik kenyataan ini kerana kesediaan LTAWNT melanjutkan tempoh notis, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Para peniaga telah mengusahakan pelbagai cara melalui pelbagai saluran untuk memohon serta merayu agar tempoh yang terlalu singkat itu dilanjutkan. Jawapan rasmi menolak rayuan mereka dari LTAWNT telah pun diberikan pada 28 Julai. Jawapan menolak rayuan tiba ke tangan peniaga tidak sampai 24 jam selepas mereka berjumpa dengan Haji Talaha Setiausaha LTAWNT untuk menyerah surat rayuan mereka. Malah surat sokongan dari Adun Bandar, YB Toh yang juga merupakan seorang exco kerajaan negeri tidak dipandangpun oleh LTAWNT. Apakah nilai budi bicara yang disebutkan ini?
  2. Kenyataan bahawa para peniaga “sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa” adalah suatu pembohongan yang amat nyata. Semasa sesi dialog tersebut, kesemua peniaga sebulat suara menafikan kenyataan ini sambil secara sepadu bergema laungan “pelawak!”. Tidak pernah ada peringatan seperti ini dikeluarkan oleh LTAWNT kepada para peniaga. Malah kebanyakan peniaga sentiasa menanyakan kepada kakitangan LTAWNT yang datang setiap bulan untuk mengutip sewaan bulanan dan akan sentiasa mendapat jawapan “lambat lagi, tak apalah duduklah dulu” Pembohongan ini hanya dapat disangkal dengan menunjukkan bukti edaran surat-surat atau notis-notis yang dikatakan telah dikeluarkan sebelum ini. Dan mustahillah untuk Datuk Mazlan membuktikan kenyataan palsu beliau.
  3. Beliau mengakui bahawa tapak yang hendak dibangunkan belum pun mendapat kelulusan MBKT. Maka kenapa perlu menghalau para peniaga untuk mengosongkan premis tersebut bukan sahaja dalam tempoh yang singkat tetapi di waktu para peniaga bersedia untuk sambutan Ramadhan dan Syawal. Berapa lamakah pula untuk pemaju mendapat kelulusan MBKT? Kemudian apabila bangunan-bangunan tersebut telah dikosongkan dan kelulusan pembangunan masih belum diperolehi, maka bangunan tersebut akan menjadi terbiar dan mulalah disarangi oleh pelbagai unsur negatif yang bakal menghantui para peniaga sekitar bandar dengan kemungkinan kadar jenayah yang meningkat.
  4. Datuk Mazlan turut mengatakan bahawa kerajaan tidak menyediakan pampasan kerana kawasan terbabit adalah milik kerajaan. Seorang bekas pemilik bangunan tersebut menyatakan bahawa semasa pengambilalihan premis tersebut 15 tahun lalu, tidak ada pemilik yang secara sukarela menyerahkan hak-milik mereka kepada kerajaan. Kesemua mereka pada asalnya menolak tawaran kerajaan kerana antaranya:
    • Mereka memiliki tapak yang strategik, di tengah-tengah bandar bersebelahan Pasar Kedai Payang pusat membeli-belah utama bandar Kuala Terengganu – kenapa seudah itu hendak diserahkan kepada orang?
    • Nilai pampasan yang tidak sepadan. Para pemilik premis dibayar sekitar RM200,000 pada masa itu. Jika dikira mengikut kaki persegi ianya hanya sekadar lebih kurang RM70-RM75 sekaki persegi. Nilai ini adalah terlalu jauh dari nilai komersial memandangkan ianya adalah betul-betul di tengah pusat bandar yang menurut nilaian mereka yang arif ialah melebihi RM100 sekaki persegi.
    • Bayaran yang diberi sebagai pampasan hanyalah untuk nilai tanah. Di dalam perbincangan dulu, kerajaan hanya membayar untuk nilai tanah dan tidak untuk bangunan. Jika seseorang membeli premis yang telah siap tersergam, nilaian yang dibuat untuk urusan jual beli semestinya termasuk nilaian terhadap bangunan yang sedia tersergam dan juga nilai tambah lain seperti kedudukan strategik lokasi, prasarana yang sedia ada, nilai sejarah yang tidak ternilai dan lain-lain “goodwill”. Ini semua tidak dikira semasa pengambilalihan dulu. Malah di antara janji Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar ialah para pemilik akan diberi keutamaan apabila projek Paya Keladi siap nanti dan nilaian tambahan ini akan diambil kira dalam harga istimewa yang bakal ditawarkan kepada pemilik premis yang kerajaan ambilalih ini. Semua ini tidak terjadi dan hanya tinggal janji manis bagi memujuk pemilik premis melepaskan pemilikan mreka ketika itu sahaja.
  5. Kenyataan bahawa LTAWNT “telah mencadangkan beberapa kawasan tetapi mereka lewat bertindak dan masih enggan berpindah” adalah satu lagi pembohongan yang nyata. “Buktikan cadangan-cadangan yang telah diunjurkan kepada kami sebelum ini” kata beberapa peniaga di situ.

Salah seorang peniaga di situ, Haji Ahmad Omar, mengatakan atas harapan bahawa kerajaan kita tidak akan menaniayai peniaga dan tidak atas janji-janji MB ketika itulah kami bersetuju untuk menyerah pemilikan premis tersebut kepada kerajaan. Namun ternyata selepas 15 tahun berlalu dan kini sudah 4 orang Menteri Besar, janji-janji dullu tidak tertunai dan para pegawai yang mentadbir kini tidak ingat dan tidak tahu menahu janji-janji kerajaan memerintah ketika dulu. Masalahnya ialah kebanyakkan pegawai kanan kerajaan yang kini memegang jawatan utama masih lagi pegawai mentah 15 tahun dahulu dan tidak mengikuti perbincangan-perbincangan penting ketika itu. Sesetengah mereka pula bertugas di tempat lain ketika itu.

Haji Ahmad Omar, yang pernah menjadi Setiausaha Politik MB Tan Sri Ibrahim Fikri dan juga sebagai YB Adun Binjai (Bukit Payung) dan juga pemilik kedai buku Alam Akademik, mengatakan masalah kerajaan sekarang ialah mereka tidak dapat memahami nilai sumbangan kami para peniaga. Orang kerajaan tidak peka dengan “sumbangan kedai seperti Alam Akademik yang menyumbang kepada pembinaan budaya ilmu untuk orang Terengganu keseluruhannya seabad lamanya semenjak dari Keda Pok Loh Yunang”.

Read Full Post »

Deretan rumah kedai di Jalan Bandar ini diberi notis sebulan untuk dikosongkan.

KUALA TERENGGANU 6 Ogos – Bangunan berusia 100 tahun di Jalan Bandar berdekatan Pasar Payang bakal ‘hilang’ dalam masa seminggu lagi. Bukan ghaib, namun bangunan yang menjadi warisan perniagaan sejak satu abad itu diarah supaya dikosongkan sejak 13 Julai lalu oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bagi membangunkan kawasan tersebut.

Difahamkan, tapak yang menempatkan 35 buah rumah kedai itu bakal didirikan pejabat dan rumah kedai mengikut pelan pembangunan yang entah bila akan diluluskan. Ini kerana masih tiada lagi papan tanda tentang makluman pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu.

Apa yang membimbangkan peniaga dan penyewa, pembangunan yang dirancangkan itu difahamkan tidak akan memberi kelebihan kepada peniaga.

Ini terbukti pada awal lagi memandangkan tapak lokasi para peniaga yang perlu mengosongkan kedai mereka pada tarikh akhir pengosongan iaitu 13 Ogos ini, masih belum ada.

Persoalan dan kebimbangan itulah menyebabkan para peniaga di kawasan tersebut tampil menubuhkan Badan Bertindak Peniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol untuk menyuarakan hasrat mereka yang sering ‘diketepikan’.

Pemilik kedai hawa dingin, How Kok Kong, 65, pilu apabila kedai yang diusahakan oleh keluarganya sejak empat generasi lalu bakal musnah tidak lama lagi.

Katanya, dia hairan mengapa LTAWNT begitu teruja untuk memusnahkan bangunan berkenaan sedangkan ia merupakan bangunan warisan yang perlu dipelihara kerana ia menyimpan nilai-nilai sejarah.

”Saya hairan mengapa LTAWNT memberi tempoh begitu singkat kepada peniaga untuk mengosongkan bangunan berkenaan sedangkan mereka tahu tempoh sebulan yang diberikan tidak cukup malah untuk memindahkan barangan pun kami memerlukan lebih daripada sebulan.

”Mereka juga menolak permohonan kami untuk melanjutkan tempoh pengosongan bangunan ini dan mereka langsung tidak sensitif tentang perasaan kami yang bakal kerugian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang akhbar di Jalan Bandar di sini hari ini.

Pemilik kedai buku Alam Akademik Sdn. Bhd, Asmahan Ahmad, 45, meminta Menteri Besar agar campur tangan selain Jabatan Warisan Negeri untuk membantu para peniaga memandangkan ia melibatkan nasib rakyat.

”Kami sudah tidak mahu berbincang dengan LTAWNT kerana apa yang mereka maklumkan kepada media tidak betul.

”’Mereka mendakwa peniaga telah ditawarkan lokasi perniagaan baru sebelum ini di Bangunan Paya Keladi namun kami menolak. Dakwaan itu tidak benar kerana peniaga tidak pernah menerima tawaran berkenaan.

”Justeru itu, saya amat berharap Menteri Besar dapat membuat keputusan tentang masalah ini dengan segera memandangkan tinggal beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan,” jelasnya.

Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu yang terletak di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu kini dalam proses pemuliharaan bagi mengekalkan sejarah warisan negara.
– UTUSAN/ Fauzi Baharudin

KUALA TERENGGANU 5 Ogos – Kebanyakan bandar raya di negara ini mempunyai tarikan unik dengan kewujudan premis kediaman atau bangunan peninggalan sejarah sejak turun-temurun lagi.

Ia termasuk Bandaraya Pulau Pinang, Ipoh yang selain dikelilingi ‘hutan batu’ bercirikan reka bentuk moden, terdapat juga premis yang kaya dengan nilai warisan sejarah sekali gus menjadi tumpuan pelancong.

Senario seumpama itu turut terdapat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu termasuk bangunan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu yang terletak di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu.

Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, mengikut sejarah, bangunan berbentuk Rumah Limas berbungkus dua tingkat itu mula beroperasi sebagai Pejabat Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu pada April 1986.

Katanya, bangunan yang mencecah usia hampir 100 tahun itu memiliki keunikan tersendiri, malah turut dikenali sebagai bangunan lama Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) suatu ketika dulu.

”Asalnya, bangunan itu adalah kepunyaan Tengku Teh Dungun membabitkan keluasan 0.070 hektar di atas lot bernombor 437, Mukim Bandar Kuala Terengganu.

”Tengku Teh Dungun ialah isteri kepada Allahyarham Tengku Seri Bijaya Raja (Tengku Chik Ahmad Abdul Rahman) iaitu bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu yang memegang jawatan pada 1924-1929,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, bangunan tersebut juga pernah dijadikan Pejabat Hal Ehwal Agama Kuala Terengganu (1937- 1938).

Katanya, bangunan berbentuk memanjang kemudian menjadi pejabat MPKT bagi tempoh yang lama, bermula pada 1946 hingga 1979 sebelum dijadikan pejabat Persatuan Sejarah serta pejabat Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita).

Rumah itu kemudian dijual pula kepada Tengku Bijaya Wangsa Tengku Hitam Ali dan sejurus kematian beliau, bangunan tersebut kemudian dijadikan pejabat sementara MPKT.

Pada tahun 1986, kerajaan Terengganu telah bersetuju menyerahkan rumah itu kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu untuk dijadikan pejabat dan pusat kegiatan persatuan.

Upacara penyerahan bangunan itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu pada waktu itu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad pada 10 April 1986.

Selesai majlis penyerahannya, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu menempatkan seorang kerani untuk membantu menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran persatuan.

Premis itu menempatkan bilik mesyuarat, bilik perpustakaan, bilik penginapan, bilik pentadbiran dan ruang niaga yang disewakan kepada penyewa bagi tujuan menambah dana persatuan sebagai tambahan.

Selain itu pihak persatuan juga bersetuju menyerahkan satu ruang kepada Persatuan Penulis-Penulis Terengganu (Pelita) bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan.

Tidak disangkal lagi, bangunan itu cukup istimewa dengan seni bina yang unik apabila diperbuat daripada konkrit kapur dan bahan pelekat putih telur.

Malah, turut terserlah ukiran timbul daripada konkrit dan ukiran kayu pada bahagian atas pintu, jendela dan tangga.

Namun, setelah mengambil kira kesesuaian semasa, bangunan itu terus dikekalkan dan kini dalam proses membaik pulih tanpa menjejaskan nilai sejarah dan warisannya di bawah tanggungjawab Jabatan Warisan Negara.

Atas keprihatinan itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mat Nasir Baba sempat meluangkan masa meninjau kerja membaik pulih bangunan tersebut di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kunjungan beliau turut disertai rombongan media dari Kuala Lumpur bagi meninjau perkembangan bangunan itu yang sedang giat dibaik pulih yang dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan ini.

Read Full Post »