Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 28th, 2009

KUALA TERENGGANU (NST): For a 44-year-old labourer here, football is the not-so-beautiful game.

He was stabbed by one of his neighbours at a food stall here yesterday evening following a misunderstanding over a football game days earlier.

The victim, from Kampung Banggol, was said to be having tea with several friends at Kampung Tok Jiring around 5.30pm when the neighbour approached him from behind and allegedly stabbed him with a kitchen knife.

The attacker then fled the scene.

The victim was rushed to the Bukit Tunggal Health clinic where he received four stitches for the cut.
State CID chief Assistant Commissioner Mohd Fauzi Abduri said the victim lodged a report later that night.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita harian): Lebih 13,000 penduduk sekitar Manir di sini, tidak melepaskan peluang menyaksikan lebih dekat wajah Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Kampung Jeram, Telok Pasu di sini, kelmarin.

Ketibaan baginda yang turut diiringi kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah kira-kira jam 4.45 petang dengan menaiki ‘buggy’ disambut meriah oleh penduduk setempat serta pelajar sekolah yang mengibar bendera sepanjang jalan tanda menghargai kesudian baginda meluangkan masa bersama rakyat.

Kampung Jeram yang menjadi lokasi kedua majlis berkenaan selepas Dataran Seri Limbat, Marang pada Sabtu minggu lalu turut dimeriahkan dengan paluan alat muzik dikenali ‘tarodak’ serta perarakan bunga manggar dan pulut kuning turut mengiringi ketibaan Tengku Muhammad Ismail.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Baderulzaman; Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Said.

Pemangku Raja turut meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa lemas, Allahyarham Mohd Uzeir Norman yang juga anak saudara kepada Abdul Rahin. Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol itu lemas ketika mandi di Sungai Jeram di sini, bersama dua abang dan dua rakannya dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu.

Pelbagai acara dan permainan tradisional disediakan untuk disertai penduduk setempat antaranya pertandingan sukan air, pukul bantal, meniti tiang licin dan menangkap itik. Baginda dipertontonkan dengan persembahan silat oleh murid Sekolah Kebangsaan Telok Pasu.

Antara aktiviti lain ialah pameran kuih tradisional, promosi hasil kraftangan penduduk setempat serta gerai jualan oleh peniaga tempatan.

Read Full Post »

YB dinasihat elak buat keputusan silap

KUALA TERENGGANU (Berita harian): Semua wakil rakyat diingatkan supaya mendengar suara rakyat setempat terutama pandangan mereka terhadap setiap projek pembangunan dirancang kerajaan negeri, bagi memastikan semua perancangan dilaksanakan memberi manfaat dan dapat dinikmati semua golongan.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Awang, berkata suara rakyat penting dalam memastikan pembangunan yang dijalankan bukan saja mendatangkan hasil kepada ekonomi kerajaan negeri, tetapi dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata, pengalaman sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Exco) banyak memberi pengajaran kerana ada kalanya pendapat disuarakan masyarakat di peringkat akar umbi lebih bernas berbanding pendapat pakar dalam sesuatu bidang.

“Saya masih ingat, pembinaan benteng pemecah ombak di Merang, Setiu dulu mendapat bantahan daripada penduduk setempat kerana ia dikhuatiri hanya mampu bertahan beberapa ketika.

“Bagaimanapun, pembinaan tetap diteruskan dan terbukti walaupun sudah melalui kajian dan nasihat dari pakar berkaitan, ia roboh dan tetap tidak boleh pakai.

“Daripada pengalaman ini kita boleh lihat bahawa pendapat dan suara rakyat sangat bernilai untuk membantu kerajaan negeri membangunkan negeri seiring dengan pendekatan merakyatkan pembangunan yang dilaungkan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media sempena Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DUN Terengganu di sini, semalam.

Sempena sambutan itu, sebanyak RM700,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menjayakan pelbagai program yang akan berlangsung selama hampir lima bulan bermula semalam.

Beliau berkata, sempena sambutan itu pelbagai program membabitkan semua golongan termasuk pihak istana, pemimpin negeri, bekas wakil rakyat, ahli akademik, pegawai kerajaan, pelajar dan masyarakat setempat sudah diatur.

Tengku Putera berkata, wakil rakyat pada kini amat bertuah kerana mempunyai banyak saluran untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas berhubung suara rakyat.

“Sekarang ini banyak cara untuk wakil rakyat dapat mendengar suara rakyat termasuk melalui SMS dan e-mel. Walaupun tidak lagi berborak di kedai kopi macam dulu-dulu, pelbagai maklum balas boleh didengar untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Read Full Post »