Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 27th, 2009

KUALA TERENGGANU 26 Julai – Dalam usaha untuk memastikan kebajikan ibu tunggal terbela, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menyediakan sebanyak 960 unit pangsapuri kos rendah di empat daerah.

Empat daerah tersebut ialah Kuala Terengganu, Dungun, Setiu dan Kemaman.

Pengarahnya, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, kemudahan tersebut disediakan bagi memberi keselesaan kepada golongan tersebut selain memudahkan pemantauan kebajikan dilaksanakan.

Katanya, mereka yang berkelayakan boleh memohon untuk tinggal di rumah tersebut.

”Kita telah menyediakan sebanyak 350 unit di Kemaman, 280 unit di Dungun, 250 unit di Kuala Terengganu dan 80 unit di Setiu.

”Mereka boleh memohon untuk tinggal di kawasan tersebut sekiranya mahu dan layak,” katanya selepas menghadiri Seminar Ibu Tunggal Negeri Terengganu 2009 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafaruddin menambah, bagi menggerakkan program-program yang dirancang, YPKT telah menubuhkan 32 Kelab Ibu Tunggal di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu sejak 2005.

Jelasnya, melalui program tersebut pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya program peningkatan ekonomi, bimbingan undang-undang, pengurusan kelab ibu tunggal, kesedaran dan bimbingan kesihatan dan bimbingan kekeluargaan dan pendidikan.

“Mengikut statistik daripada Dana 2u, sehingga Oktober 2008 terdapat sebanyak 18,541 orang ibu tunggal di negeri Terengganu.

“Sehubungan itu, menyedari perihal pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka, YPKT merangka pelbagai program agar nasib mereka terbela,” jelasnya.

Advertisement

Read Full Post »