Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 24th, 2009

Sempena menyambut kedatangan Shaaban dan disusuli nanti dengan Ramadhan, kami telah mengandakan koleksi buku-buku agama kami.

Kesemua pembekal/penerbit utama buku-buku Agama telahpun menghantarkan stok-stok tambahan termasuk banyak tajuk-tajuk baru yang pasti menarik untuk tatapan para pelanggan kami.

Datanglah dan rebutlah peluang ini sambil bersedia untuk bulan-bulan ibadah ini.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (NST): A 78-year-old woman broke her right arm and suffered cuts on the head when she was attacked by a relative in her bedroom yesterday.

Saerah Musa broke her arm and was cut on the head in an assault yesterday.
Saerah Musa broke her arm and was cut on the head in an assault yesterday.

Following the assault, the man, in his 30s, ran off with RM34,000 in cash and valuables.

Saerah Musa was alone at her home in Kampung Padang Tengir, Manir, when her relative appeared in the room around 8am and hit her with an iron rod.

He also threatened to kill her if she screamed.

The man then ransacked the house and fled with jewellery and RM4,000 stashed under Saerah’s mattress.
When her husband returned from buying breakfast 30 minutes later, he was shocked to find her lying in a pool of blood.

He called their daughter and they rushed Saerah to the Kubang Jela Hospital.

She was transferred to Sultanah Nur Zahirah Hospital two hours later.

Another relative lodged a report at the Manir police station at 1pm the same day.

Read Full Post »

LANGKAH PENCEGAHAN...sebahagian pelajar UiTM Dungun diberi <br>penutup mulut dan hidung.
LANGKAH PENCEGAHAN…sebahagian pelajar UiTM Dungun diberi
penutup mulut dan hidung.

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Tindakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menutup kampusnya di Dungun selama seminggu mulai semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan kemungkinan penularan wabak selesema babi (H1N1) apabila beberapa pelajarnya disyaki dijangkiti ‘influenza light illness.’

Kelmarin, seramai 5,188 pelajar dan 709 kakitangan universiti berkenaan diarahkan bercuti serta-merta oleh pihak pengurusan berikutan peningkatan bilangan pelajar menghidap selesema mencecah 100 orang.

Difahamkan, sejak beberapa hari lalu, beberapa pelajar mengadu selesema dan mendapatkan rawatan biasa, tetapi bilangannya terus meningkat sehingga menjadikan situasi agak membimbangkan pihak pengurusan.

Berikutan penutupan itu, pelajar berasal dari Semenanjung diarahkan pulang ke kampung masing-masing manakala pelajar dari Sabah dan Sarawak dikuarantin dalam sebuah asrama.

Ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Mahad, 50, dari Kuala Terengganu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya berusia 21 tahun pagi semalam untuk mengambilnya dari kampus di Dungun.

Katanya, anaknya pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan memberitahu universitinya diarahkan bercuti seminggu berikutan penularan wabak selesema di kalangan pelajar.

Mahad berkata, dia kesal apabila perkara itu seperti mahu dirahsiakan sedangkan pelajar dijangkiti selesema itu mencecah 100 orang.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya terkejut kerana mendapat tahu perkara ini secara mengejut, saya bimbang kesihatan anak saya terjejas dan berharap tindakan segera perlu diambil sebelum keadaan lebih teruk,” katanya.

Pelajar Hawa Sathiyah Mamat, 20, dari Kuala Terengganu, berkata dia menerima mesej penutupan universiti daripada beberapa rakan sejak Selasa lalu, tetapi tidak pasti punca penutupan itu.

Pelajar tahun pertama Diploma Kulinari itu berkata, apabila menerima notis berhubung penutupan serta-merta selama seminggu semalam, dia mula cemas dan terus menghubungi keluarga untuk menjemputnya pulang.

“Saya mulai bimbang dan menyedari semakin ramai pelajar bersebelahan bilik yang demam dan selesema, saya hanya ingin segera pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Nor Hanidah Akma Mohd Zakaria, 20, juga dari Kuala Terengganu pula berkata, dia terkejut apabila menerima notis penutupan universiti pagi semalam.

Katanya, pada masa sama, dia menyedari semakin ramai pelajar yang terpaksa dipindahkan dari asrama sama ada untuk dikuarantin atau dihantar ke hospital.

“Saya sangat lega apabila dapat menghubungi keluarga untuk pulang dan pada masa sama, saya bersyukur tidak dijangkiti oleh penyakit berkenaan, namun saya masih berasa kesal kerana terpaksa meninggalkan pelajaran dalam jangka masa seminggu,” katanya yang mengambil kursus sama dengan Nor Hanidah Akma.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata beliau sudah menerima laporan mengenai arahan penutupan kampus.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 23 Julai (Utusan Malaysia) – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersedia membantu para pengusaha nira nipah untuk menghasil dan meningkatkan pelbagai produk berasaskan bahan itu.

Ketua Jabatan Sains Makanan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Dr. Amir Izzwan Zamri, usaha itu mampu mengurangkan risiko kerosakan bahan berkenaan dengan cepat.

Katanya, dengan menjadikannya produk tahan lama, ia mampu diperluaskan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Air nira nipah sering mendapat permintaan tinggi di pasaran namun ia sukar diperolehi tambahan pula mudah rosak menyebabkan pasarannya amat terhad.

“Bagi menjana pendapatan jangka masa panjang, UMT akan membantu pengusaha air nira menghasilkan pelbagai produk baru berasaskan bahan itu yang lebih tahan lama,” katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Bengkel Pembangunan Produk Hiliran Berasaskan Nira Nipah di UMT di sini hari ini.

Bengkel anjuran UMT dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu disertai seramai 22 orang pengusaha air nira nipah dari Kedah dan Perlis.

Bengkel dua hari yang bermula hari ini merangkumi penerangan berkenaan pengetahuan am dan kemahiran asas produk berasaskan nira nipah, kaedah pemprosesan produk dan pengawalan mutu serta jangka hayat produk yang dihasilkan.

Menurut Amir Izzwan, bengkel tersebut turut menekankan aspek kepentingan pengurusan air nira selepas proses tuaian dilakukan.

Ini kerana ujarnya, langkah itu perlu bagi menjaga kualiti nira tersebut agar tidak tercemar.

“Pengurusan yang tidak sistematik akan menjejaskan kualiti bahan tersebut malah dan membahayakan kesihatan.

“Jika pengusaha-pengusaha tidak ambil berat tentang perkara ini akan menyebabkan berlaku pembaziran dalam pengeluaran nira nipah,” jelasnya.

Read Full Post »