Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 23rd, 2009

KUALA LUMPUR (The Star): Amateur stargazer Bobby Chiam was so excited over the longest total solar eclipse of the century that he set up two telescopes on his balcony early in the morning to catch the rising sun.

Chiam, 66, did not seem to mind that he could not get a good view of the full eclipse from his Bukit Jalil condominium.

Checking it out: Six-year-old Ahmad Ali Karim from Kuala Terengganu looking through a telescope to catch the solar eclipse at Kuala Ibai in Terengganu as (from right) his mother Asmahan Ahmad and siblings, 14-year-old Aiman Amani, Aesha Adlina, 11, and Anisas Afifah, eight, look on.

The eclipse in Malaysia was only a partial one with only 8% visibility in the Klang Valley.

“I feel like this is a moment in history and I am able to be part of it,” he said yesterday.

Despite the pouring rain that clouded the skies around 6am to 7am, Chiam and his five friends remained optimistic.

They were finally rewarded with good images of the partial eclipse as it was ending.

The group also recorded the historic event as it was being shown ‘live’ on television.

The eclipse as seen from Terengganu at 9.45am.

Chiam’s 15-year love affair with astronomy has seen him start two astronomy societies, Starhunter and Starfinder, besides starting up a business, Stargazer Scientific Sdn Bhd, which distributes astronomy equipment like telescopes, binoculars and lenses.

“This is my very first eclipse viewing,” said David Chan, 36, an IT director, as he looked at the sky while wearing eclipse shades for safety.

“Stargazing is a good way of releasing stress and improving my knowledge.”

The first contact in the Klang Valley occurred at 8.28am while the third ended at 9.48am.

Meanwhile, National Planetarium science officer Fazilah Mohammad Hanafiah reported minute viewings of the partial eclipse due to the bad weather and haze that clouded the skies in the Klang Valley.

In Kuala Terengganu, the solar eclipse viewing at Pantai Kuala Ibai had a turnout of around 1,500 people, including about 800 Universiti Darul Iman Malaysia students.

“Although we missed the maximum contact viewing, we managed to capture some images around 9.40am when the skies cleared up,” said Pusat Sains dan Kreatif Terengganu science executive Misbah Imran Mohammad.

Advertisement

Read Full Post »

Pelancong diminta jadi duta promosi lokasi menarik

MARANG 22 Julai – Pelancong asing yang melawat Terengganu diminta menjadi duta untuk mempromosikan kawasan pelancongan menarik yang telah dilawati.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, langkah tersebut perlu bagi memperluaskan promosi pelancongan ke peringkat antarabangsa.

Katanya, melalui kaedah tersebut, sesebuah kawasan lebih mudah dikenali untuk dilawati.

“Walaupun pelbagai promosi telah dilakukan untuk mempromosikan kawasan pelancongan, namun perkhabaran dari mulut ke mulut paling mudah dan cepat untuk mempromosikan sesebuah kawasan pelancongan dan ia juga tidak memerlukan bajet yang tinggi.

“Apa yang perlu, pelancong yang mengunjungi sesebuah tempat menarik hanya perlu menceritakan pengalaman mereka kepada rakan-rakan dan saya yakin mereka juga ingin mengunjungi tempat yang sama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Peserta Kursus Perancangan dan Pengurusan Integrasi Alam Sekitar di Marang River View di sini hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di ibu negara yang melibatkan 23 peserta dari 20 negara seperti Namibia, Thailand, Mauritius, Utopia, Bosnia, Afghanistan dan Myanmar.

Program yang bermula dari 21 hingga 23 Julai itu bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan peserta dari negara tersebut selain mempromosikan lokasi pelancongan menarik.

Selain menyusuri Sungai Marang, lokasi lain yang dilawati dalam program tersebut ialah Pulau Kapas dan Tasik Kenyir.

Sementara itu, Penyelaras Program Kanan, Program Pengurusan Alam Sekitar INTAN, Rozitta Sulaiman berkata, program tersebut bakal memberi manfaat kepada kerajaan negeri.

Ini kerana jelasnya, satu kertas kerja akan disiapkan oleh peserta-peserta tersebut yang meliputi cadangan, penambahbaikan serta komen-komen yang membolehkan pengurusan dan perancangan penjagaan alam sekitar diperbaiki.

“Peserta-peserta terlibat terdiri daripada pegawai penyelidikan dan pegawai alam sekitar dan mereka mempunyai pandangan dan pengalaman dalam pengurusan alam sekitar.

“Selain itu, melalui program ini juga akan memudahkan potensi sesebuah kawasan dikenalpasti untuk dimajukan,” jelasnya yang turut menyertai aktiviti menyusur Sungai Marang bersama peserta lain.

Read Full Post »

Peniaga mahu dialog

Harian Metro - 22 Julai 2009 - dialog

Read Full Post »

Ahmad Ali Karim melihat fenomena gerhana matahari dengan menggunakan teleskop yang disediakan Unit Falak Universiti Darul Iman Malaysia bersama ibunya, Asmahan Ahmad (kanan) sewaktu pencerapan gerhana separa di Pantai Kuala Ibai, Kuala Terengganu, semalam


KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kira-kira 1,000 penduduk bandar ini berkumpul di Pantai Kuala Ibai berdekatan Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini pagi ini untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari.

Mereka berkumpul di pantai berkenaan sejak pukul 8 pagi untuk menyaksikan fenomena tersebut melalui teleskop dan peralatan khas yang dibawa oleh Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Fenomena tersebut turut menarik kehadiran seorang penulis blog cilik, Ahmad Ali Karim, 6, untuk menyaksikan gerhana matahari.

Penulis blog mengenai fenomena gerhana dalam bahasa Inggeris, http://www.ahmadalikarim.wordpress.com itu berkata, dia mula menulis mengenai fenomena itu di laman blognya sejak tahun lepas.

”Saya sangat berminat dan ingin menyaksikan sendiri gerhana matahari.

”Sebelum ini, saya dapat peluang untuk melihatnya di Kuala Lumpur,” katanya yang ditemani ibunya, Asmahan Ahmad, 44, dan tiga kakaknya berumur lapan hingga 14 tahun.

Dalam pada itu, Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari, Roslan Umar berkata, fenomena itu boleh disaksikan di sini bermula pukul 8.24 pagi sehingga pukul 9.56 pagi.

”Bagaimanapun, ekoran awan tebal, kita hanya dapat melihat fenomena ini kira-kira pukul 9.15 pagi.

”Kita hanya dapat melihat fasa separa gerhana bulan iaitu penutupan matahari oleh bulan sebanyak 13 peratus,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya lagi, gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar.

Beliau berkata, gerhana matahari terbahagi kepada empat bentuk iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian).

”Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau berbentuk cincin,” ujarnya.

Read Full Post »

Sebuah bot membawa penumpang menyusuri sungai Marang dalam perjalanan menuju ke Kampung Jenang, Marang, baru-baru ini. – utusan/ AZLAN BAHRUM

MARANG 22 Julai – Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam, aktiviti menyusur sungai berpotensi untuk menjadi produk pelancongan yang menarik jika dimajukan secara sistematik.

Salah satu lokasi aktiviti itu yang popular di negeri ini ialah menyusuri Sungai Marang yang mengalir dari Bukit Kor hingga Gunung Gajah Terom sejauh 1,206 meter.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti ini, kemudahan bot untuk disewa boleh di dapati di Marang berdekatan dengan jeti ke Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Gemia.

Apa yang menarik, terdapat sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Jenang yang boleh disinggahi apabila pengunjung menyusuri sungai itu.

Kampung Jenang terkenal dengan aktiviti seperti menangkap ikan, menganyam atap dari daun nipah dan menghasilkan manisan dari air nira.

Untuk ke kampung tersebut, pengunjung hanya perlu menaiki perkhidmatan bot selama satu jam dari jeti Marang.

Namun jangan bimbang, perjalanan selama sejam tidak terasa bosan apabila pengunjung berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi yang masih belum terusik dengan pembangunan.

Di sepanjang sungai tersebut, deretan pokok bakau dan nipah menjadi penghias latar belakang pemandangan sungai tersebut selain puluhan sangkar ternakan ikan air tawar yang dijalankan oleh penduduk.

Jika bernasib baik, anda juga berpeluang melihat sekumpulan monyet yang sedang mencari makan di pesisir sungai tersebut.

Selain itu, haiwan-haiwan lain seperti kera, memerang, tuntung serta spesies burung yang jarang-jarang ditemui boleh dilihat di sepanjang sungai itu.

Apabila singgah di Kampung Jenang, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai makanan tradisional Terengganu seperti rojak betik, karipap inti kelapa, air tuak, ketupat, keropok lekor dan buah-buah tempatan yang jarang-jarang ditemui.

Bukan itu sahaja, pengunjung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat aktiviti harian yang dijalankan seperti menganyam atap daun nipah, membuat manisan dari air nira serta memproses daun rokok.

Bagi pelancong asing, sudah pasti gelagat kera yang dilatih untuk memetik kelapa menjadi kenangan indah memandangkan pemandangan tersebut pasti sukar dilihat di negara mereka.

Bagi pelancong tempatan pula pasti seronok melihat aktiviti membuat manisan gula Melaka dan boleh membelinya untuk dibawa pulang.

Sekiranya anda berpeluang menyusuri Sungai Marang, jangan lupa untuk singgah di kampung itu bagi merasai sendiri pengalaman menarik tersebut.

Read Full Post »

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak menolak kemungkinan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang ditutup sementara mulai 10 Julai lalu dibina tanpa mengikut kriteria ditetapkan.

Pusat bernilai hampir RM19 juta itu baru siap dibina setahun lalu mengikut konsep reka dan bina oleh kontraktor tempatan, dilaporkan mengalami kerosakan dari segi kualiti kemudahan dan tahap keselamatannya yang tidak sesuai.

Read Full Post »