Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 21st, 2009

HM bantah notis

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Peguam bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, 37, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh memohon dokumen tambahan daripada pendakwaan.

Dalam sebutan semula kes terbabit di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Ab Karim itu, tiga peguam mewakili Dr Ahmad Ramzi iaitu Datuk Hazman Ahmad, Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmod memberitahu mereka sudah dibekalkan sebahagian besar dokumen.

Bagaimanapun, ia tidak mencukupi dan memohon dokumen lain di pihak pendakwaan termasuk keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah dan semua seksyen terbabit.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan permohonan Wan Zainuddin Wan Muda menjadi peguam pemerhati kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Wan Musa yang digunakan nombor telefon bimbitnya dalam penghantaran SMS terbabit dan menetapkan 27 September depan tarikh sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd Aziz @ Junid memberitahu dokumen bertulis belum siap dan hanya boleh memberikan maklumat lisan.

Read Full Post »