Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 19th, 2009

dipetik dari: http://akarimomar.wordpress.com/2009/07/19/lagi-mercu-sejarah-terengganu-akan-diruntuh/

Hari ini Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terenggganu (LTAWNT) mengeluarkan notis menghalau para peniaga di deretan kedai Jalan Bandar/Kg. Cina dan sebahagian Jalan Banggol/Paya Keladi untuk meruntuhkan bangunan yang bersejarah demi “pembangunan kompleks Paya Keladi”.

Notis bertarikh 13 Julai 2009 menyuruh para peniaga di kawasan terlibat keluar dalam masa 30 hari dari tarikh notis (walaupun notis hanya diserahkan kepada para peniaga pada hari ini 19 Julai 2009). Ini bermakna para peniaga hanya mempunyai lebih kurang 3 minggu untuk mengosongkan premis perniagaan mereka.

Jalan Kedai Payang

Nampaknya satu demi satu tapak dan premis bersejarah negeri Terengganu menyembah bumi demi pembangunan untuk membina tamadun.

Gambar di atas menunjuk (tanda X) dua bangunan bersejarah yang telahpun lama hilang dari muka bumi ini. Yang sebelah kiri kini adalah tempat letak kereta Pasar Payang manakala yang ditengah ialah Jam Besar yang amat bersejarah digantikan hanya dengan jalan berturap tar tanpa apa-apa erti kepada sejarah. Kini bangunan sebelah kanan (tanda panah) pula yang hendak dimusnakkan.

Ketika cuba mendapat maklumat lanjut dari LTAWNT tidak membuahkan apa-apa penjelasan kerana kesemuanya amat jelas tidak berani memberi komen. Walhal para peniaga tertanya-tanya apakah tindakan yang harus mereka ambil dalam tempoh yang amat singkat.

Ada peniaga yang telah mula menambahkan stok mereka bagi menyediakan kedatangan Ramadan dan sambutan Raya Aidil Fitri. Kebanyakkan mereka merungut bahawa di dalam suasana ekonomi yang amat tidak menggalakkan mereka berdepan pula dengan suasana paksaan kerajaan untuk berpindah.

Para sejarahwan mula bertanya kewajaran tindakan kerajaan. Malah mereka mempersoalkan pula lembaga untuk amanah warisan negeri tetapi memusnahkan warisan yang berharga. Di sinilah bermulanya para peniaga negeri Terengganu lebih seratus tahun lalu. Di sinilah terletaknya kedai-kedai yang bersejarah yang banyak disebut di dalam buku unik “Growing Up in Trengganu” karangan Awang Goneng (Wan Hulaimi). Malah, satu-satunya kedai yang masih kekal perniagaan asalnya dari mulanya masih bertapak di premis asalnya Alam Akademik Sdn Bhd. (Keda Pok Loh Yunang).

janganlah diroboh lagiTOLONG SELAMATKAN WARISAN-WARISAN YANG ADA DI TERENGGANU.

Sudah cukuplah satu demi satu bangunan bersejarah yang telah ranap menyembah bumi.

Jangan hanya berslogan:

Memahat Sejarah Mencipta Tamadun

tetapi bertindak secara:

Meruntuhkan Tamadun dengan Melupakan Sejarah

Advertisement

Read Full Post »

KUALA DUNGUN – Jenayah membabitkan remaja kini semakin membimbangkan dan tindakan segera perlu dilakukan bagi membanteras gejala itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, sejak belakangan ini banyak kes jenayah dilaporkan membabitkan belia, terutama mereka berumur 17 tahun ke atas.

“Banyak kejadian jenayah dilaporkan membabitkan remaja, ada antaranya masih lagi berada di bangku sekolah ataupun baru menamatkan sekolah menengah namun sudah mula melibatkan diri dengan jenayah pecah rumah ataupun curi motosikal.

“Gejala ini harus ditangani segera, selain peranan ibu bapa, kita sebagai masyarakat harus bekerjasama, badan pertubuhan bukan kerajaan pula perlu mencari kaedah sesuai untuk mendekati golongan berkenaan supaya mereka tidak terjerumus ke dalam gejala tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Program Ekspedisi Belia Bebas Jenayah, anjuran Majlis Belia Malaysia cawangan Dungun, di sini, petang semalam.

Pada program itu, pihaknya turut mengadakan demonstrasi pencegahan jenayah berkaitan kejadian ragut membabitkan wanita sebagai cara mendidik orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang kejadian tidak diingini.

Menyentuh mengenai kes ragut, Ismail turut menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya meningkatkan aspek keselamatan ketika berada di luar rumah, khususnya sewaktu membeli-belah ataupun berada di jalan raya.

“Penjenayah sering menjadikan wanita sebagai sasaran melakukan jenayah ragut dan hasil kajian polis mendapati kebanyakan kes ragut dilaporkan adalah berpunca daripada kecuaian mangsa itu sendiri.

“Mereka membuka ruang kepada penjenayah dengan mengabaikan aspek keselamatan dan kesempatan ini digunakan dengan sebaiknya oleh penjenayah untuk mencari mangsa,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Yayasan Terengganu (YT) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 6,000 graduan anak negeri yang gagal melunaskan pinjaman pelajaran berjumlah lebih RM40 juta walaupun urusan pembayaran sudah dipermudahkan.

Pengarah YT, Kamaru Al Amin Ismail, berkata pihaknya mengambil pelbagai pendekatan untuk memudahkan peminjam, termasuk membuka kaunter pada hujung minggu dan bekerjasama dengan beberapa bank tempatan untuk kemudahan pembayaran dalam talian.

Beliau berkata, YT perlu mengambil tindakan tegas terhadap peminjam terbabit bagi membolehkan agensi itu menambah dana untuk memberi pinjaman atau biasiswa kepada pelajar lain

“Daripada 6,000 peminjam, 1,000 sudah menerima surat daripada peguam dan kebanyakan mereka memberikan maklum balas positif dan menyegerakan pembayaran balik pinjaman.

“YT juga sudah mengambil tindakan mahkamah terhadap 10 peminjam kerana gagal memberikan sebarang maklum balas walaupun surat daripada peguam sudah mereka terima,” katanya selepas merasmikan Karnival Sains Sekolah Menengah (SM) Imtiaz dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terengganu di SM Imtiaz Kuala Terengganu, di sini, kelmarin.

Kamaru Al Amin berkata, selepas beberapa tindakan diambil bagi mengingatkan peminjam melalui peguam dilantik, YT kini dapat mengutip balik sejumlah RM1.5 juta sebulan berbanding sekitar RM500,000 hingga RM700,000 sebelum ini dan YT mensasarkan membuat kutipan sekurang-kurangnya RM12 juta setahun.

“Alhamdulillah, kini ia mula menampakkan perkembangan menggalakkan dan peminjam juga mulai sedar kepentingan mereka membuat pembayaran balik bagi memberikan peluang kepada lebih ramai anak Terengganu yang lain mendapat pembiayaan pelajaran melalui YT,” katanya.

Ditanya mengenai permohonan mendapatkan pembiayaan pelajaran bagi tahun ini, Kamaru Al Amin berkata, YT menerima kira-kira 10,000 permohonan untuk membiayai pengajian peringkat diploma dan sarjana muda di seluruh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara membabitkan peruntukan sebanyak RM20 juta setahun.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Selepas tiada lagi individu yang berjaya menaikkan ikan naga atau Arapaima Gigas di Tasik Kenyir, walaupun kerajaan negeri menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 awal bulan ini, beberapa agensi menjalin kerjasama mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu spesies ikan itu mulai semalam.

Pengarah Perikanan negeri, Munir Mohd Nawi, berkata operasi sehingga pertengahan Oktober depan itu bertujuan melipatgandakan usaha untuk mempercepatkan penangkapan ikan naga bagi mengelak spesies ikan lain di tasik itu habis dimakan pemangsa yang berasal dari Sungai Amazon itu.

Beliau berkata, operasi menangkap dan memantau ikan naga yang berterusan selama tiga bulan di Tasik Kenyir itu membabitkan kerjasama antara Jabatan Perikanan Negeri, Polis Marin, Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Perhilitan Negeri dengan kekuatan 10 anggota yang bergilir setiap hari.

“Sejak kerajaan negeri mengumumkan ganjaran RM10,000 kepada pemancing yang dapat menaikkan ikan naga, belum ada lagi individu yang berjaya dalam misi itu. Justeru, kita sepakat mengadakan operasi ini untuk mempercepatkan usaha menangkap ikan gergasi itu.

“Ini kerana, kita mendapat maklumat ramai pelancong takut untuk ke Tasik Kenyir kerana bimbangkan keselamatan walaupun ikan itu hanya menjadikan ikan kecil sebagai makanannya, bukan manusia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan Terengganu menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 sehingga 15 Ogos ini kepada pemancing di Tasik Kenyir yang dapat menaikkan ikan Arapaima Gigas dan mereka yang berminat perlu mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan mematuhi syarat ditetapkan.

Mengulas lanjut, Munir berkata, berdasarkan maklumat awam, pihaknya mengenal pasti empat lokasi utama sebagai sasaran menangkap ikan itu iaitu di Sungai Babi, Sungai Buluh Nipis, Sungai Tembat dan Sungai Petuang.

“Maklumat yang diperoleh daripada orang ramai mendakwa sering melihat kelibat ikan naga di empat sungai ini. Mereka mendakwa saiz ikan itu adalah antara tiga hingga empat meter dengan anggaran berat 80 hingga 100 kilogram seekor.

“Ada juga mendakwa ikan naga di Tasik Kenyir itu adalah ikan peliharaan penduduk yang terlepas daripada sangkar,” katanya.

Beliau berkata, sebuah rumah operasi yang diletakkan di kawasan berhampiran lokasi pemantauan dan penangkapan ikan naga itu juga disediakan bagi memudahkan anggota membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika ditemui selepas menyambut ketibaan penerbangan pertama FireFly dari Singapura ke sini di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Rabu lalu berkata, kerajaan negeri akan menaikkan nilai ganjaran jika tidak ada pemancing yang berjaya menangkap ikan itu sehingga tempoh ganjaran berakhir pada 15 Ogos ini.

Read Full Post »

HULU SELADANG (Sinar Harian)- Kawasan perkelahan Hutan Lipur Chakah Dua akan berwajah baru akhir tahun ini bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pusat perkelahan itu yang dikatakan tidak terjaga dan terbiar sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Hulu Seladang, Hamzah Salim, 44, berkata, pembangunan kawasan perkelahan itu sudah mula dirancang dengan rapi bagi membolehkan kawasan itu kembali ‘bernyawa’.

Menurut Hamzah, beberapa projek pembangunan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Setiu rancak dilaksanakan di kawasan perkelahan itu ketika ini.

“Ini termasuk pembinaan menambah kemudahan infrastruktur seperti membina laluan pejalan kaki sepanjang 100 meter, tempat persalinan, surau dan menaik taraf jalan utama selain membaik pulih beberapa tempat rehat.

Projek bernilai kira-kira RM200,000 itu dilihat sebagai perkembangan infrastruktur yang mampu memberi manfaat kepada pengunjung dan penduduk setempat apabila ia siap sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Selain itu, pembinaan kemudahan baru seperti laluan pejalan kaki, tempat persalinan dan surau juga akan mengembalikan zaman kegemilangan Hutan Lipur Chakah Dua yang terkenal sebagai pusat perkelahan utama di sini.

Menurutnya, pengunjung secara berkumpulan atau rombongan tidak akan mengalami masalah meletakkan kenderaan terma�suk bas persiaran. Ini kerana di kawasan itu, terdapat tempat meletak kenderaan yang luas dibina sebelum ini.

Sementara itu, untuk perancangan masa depan, premis perniagaan juga dicadangkan dibina. Ia penting bagi memberi peluang penduduk mencari rezeki sekali gus menambah pendapatan.

Read Full Post »

KEMAMAN (Sinar Harian)- Rakyat Terengganu diminta menghentikan spekulasi dan tafsiran negatif mengenai Kerajaan Negeri kerana pelbagai kemudahan serta nikmat pembangunan telah diberikan kepada mereka.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, adalah tidak wajar jika rakyat menuduh Kerajaan Negeri sebagai kerajaan zalim dengan mengemukakan pelbagai dakyah kosong.

“Bila tidak dapat sesuatu perkara, mereka (rakyat) mula menuduh yang bukan-bukan, Kerajaan Negeri tidak adil, hal ini amat men�dukacitakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi penggal 2009/2010 serta Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.

Menurut Ahmad, rakyat harus memahami tidak semua perkara dapat dilakukan Kerajaan Negeri kerana sesetengah hal berkaitan diuruskan agensi kerajaan berkaitan.

“Apabila anak mereka tidak dapat masuk Maktab Rendah Sains Mara, sesetengah pihak menelefon saya menyatakan Kerajaan Negeri tidak adi.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat sehinggakan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar diwujudkan demi membantu mereka.

“Kita beri bantuan persekolahan untuk anak miskin, kos pengangkutan, sewa rumah ,rawatan dialisis dan kos pengangkutan ke tempat kerja kepada mereka yang layak, jika Kerajaan Negeri terus dihentam, hal ini tidak patut berlaku,” katanya.

:Sempena majlis yang dihadiri itu, Ahmad meminta semua pengerusi JKKK di Daerah Kemaman dilantik menunaikan tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin.

Read Full Post »

PALOH (Sinar Harian) – Penduduk menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) turun padang membersihkan Sungai Paloh kerana sejak belakangan ini sungai itu agak tercemar dan terbiar tanpa sebarang tindakan.

Penduduk, Syed Mohd Zailani Engku Sulong berkata, PBT sebelum ini boleh dikatakan setiap tahun membuat kerja pembersihan tetapi sejak 2008 hingga kini, Sungai Paloh dibiarkan begitu sahaja menyebabkan keadaannya semakin tercemar.

“Melalui pemerhatian, didapati punca utama sungai tercemar agak ketara adalah kesan pembinaan jambatan di Pulau Rusa pada tahun lalu.

“Disebabkan pembinaan itu, air tidak dapat mengalir dengan sempurna dan bertakung menyebabkan sungai dipenuhi lumut hijau, sekali gus menyebabkannya kotor,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Syed Mohd Zailani, lumut hijau penuh pada permukaan sungai menyebabkan air tercemar dan laluan juga tersekat.

“Jika dahulu, air Sungai Paloh sangat bersih dan digunakan hampir 200 penduduk di sini sekiranya bekalan air terputus tetapi kini semuanya tinggal kenangan.

“Disebabkan air sungai sudah tercemar, penduduk sukar mendapatkan sumber air lain sekiranya bekalan air di rumah terputus kerana sumber lain jaraknya agak jauh,” katanya.

Menurut Syed Mohd Zailani, masalah itu tidak boleh dipandang remeh pihak berkenaan kerana ia adalah sumber semula jadi perlu dipelihara dengan sebaiknya bertepatan dengan slogan ‘Cintai dan Peliharalah Sungai Kita’.

“Saya mewakili penduduk di sini amat mengharapkan supaya pihak berkenaan jangan sesekali mengambil mudah dengan masalah ini kerana ia membabitkan pencemaran alam semula jadi.

“Sekiranya sungai tidak dipelihara, saya yakin generasi masa depan pasti tidak dapat melihat keindahan semula jadi dikurniakan Tuhan dan sudah tentu sungai yang mempunyai pelbagai sejarah ini terkubur begitu sahaja,” katanya.

Read Full Post »

MARANG (Sinar Harian) – Kesetiaan pengusaha bot yang menggunakan dan menjadi pelanggan tetap Shell sejak lima tahun yang lalu nyata berbaloi apabila terpilih memenangi tunai sejumlah RM30,000 dalam Peraduan Menangi Wang Tunai Shell.

Lebih menggembirakan, kemenangannya itu membolehkan Zakaria Sulong, 49, menunaikan hasrat meningkatkan perniagaan botnya yang kini beroperasi di Jeti Bandar Marang.

Ditanya mengenai kemenangannya itu, Zakaria berkata, walaupun menghantar banyak borang peraduan, dia tidak berharap untuk memenanginya, sebaliknya sekadar ingin mencuba nasib.

Menurut Zakaria, dia menghantar banyak borang peraduan berikutan dia membelanjakan kira-kira RM400 sehari membeli bekalan minyak dan membelanjakan sehingga RM10,000 sebulan untuk bekalan minyak sahaja.

“Setiap kali Shell mengadakan peraduan, saya akan mencuba nasib sementelah saya mengunjungi stesen itu setiap hari bagi mendapatkan bekalan minyak untuk bot saya.

“Sebelum ini, saya pernah menangi peraduan sebegini, tetapi hadiahnya tidaklah sebesar saya terima hari ini (semalam). Alhamdulillah, saya bercadang membesarkan perniagaan dengan wang kemenangan ini atau membeli bot baru untuk kemudahan penumpang nanti,” katanya.

Sebelum itu, beliau dikunjungi Pengurus Besar Shell Wilayah Timur, Gerald Lim; Pengurus Shell Kawasan Terengganu dan Pahang Utara, Hafiz Azizan; Pengurus Stesen Shell Rhu Rendang, Wan Mohd Nor Wan Othman dan wakil Shell yang menyampaikan hadiah wang tunai itu di premis perniagaannya di Jeti Bandar Marang, semalam.

Sementara itu, Pengurus Stesen Shell Rhu Rendang, Wan Mohd Nor Wan Othman berkata, Zakaria adalah antara pelanggan tetapnya dan banyak menghantar pera�duan melalui stesen minyaknya yang terletak di Rhu Rendang.

Menurutnya, promosi bagi pertandingan itu berlangsung selama 11 minggu, bermula 15 Jun hingga 31 Ogos. Melalui peraduan itu, cabutan bertuah akan diadakan setiap minggu oleh Shell dan menawarkan hadiah mingguan berupa RM30,000 bagi seorang pemenang, RM3,000 bagi tiga pemenang dan RM300 bagi 300 pemenang di seluruh negara.

“Syarat menyertai pertandingan adalah membeli RM30 atau lebih sebarang petrol dan diesel Shell atau minyak pelincir Shell atau barangan di Shell Select. Zakaria pula menjadi pemenang bertuah bagi cabutan keempat untuk pertandingan ini,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (SInar Harian)- T-Team masih mempunyai keyakinan menduduki tangga pertama Liga Perdana musim ini.

Pasukan itu perlu menang semua saingan yang masih berbaki tiga perlawanan dan mengharapkan pasukan tangga pertama, Harimau Muda tewas dua perlawanan.

Jurulatih pasukan T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor berkata, pasukannya yakin akan memenangi semua baki perlawanan, sekali gus membuka peluang menduduki tangga pertama.

“Corak permainan pemain sejak belakangan ini amat memuaskan dan berada pada tahap terbaik.

“Jika kami memenangi semua perlawanan, peluang diidamkan terbuka luas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Che Ku Marzuki, bagi merealisasikan impian itu, T-Team akan bersungguh-sungguh apabila berdepan pasukan Proton di Selangor.

“Saya percaya, pertemuan ini menjadi milik kami berdasarkan semangat ditunjukkan semua pemain, Insya-Allah kami mampu menewaskan pihak lawan, sekali gus meraih tiga mata penuh perlawanan.

“T-Team hanya tinggal satu perlawanan di tempat sendiri dan saya harap, peminat serta penyokong datang menyaksikan saingan terakhir pada 29 Julai ini di Stadium Sultan Nasiruddin, di sini,” katanya.

Menurut Che Ku Marzuki, sekurangnya-kurangnya ia mampu menaikkan semangat pemain.

“Saya harap T-Team mampu mencipta sejarah dan bersaing mengharungi Liga Super musim depan,” katanya.

Read Full Post »